9 March 2016

Mesyuarat Agong Dan Perlembagaan Kuala Lumpur Counselling Association (KLCA)



                                               

Sempena Mesyuarat Agong KLCA atau Persatuan Perkhidmatan Kaunseling Pelajaran KL  yang berlangsung pada 2 Mac 2016 yang lepas, satu pemilihan AJK dijalankan. Selaku Pengerusi Guru Kaunseling PPD Pudu WPKL bagi sesi 2014 dan 2015 automatik saya juga ialah AJK untuk KLCA. Namun apabila berakhir 2 tahun saya memegang jawatan selaku Pengerusi GBK PPD Pudu WPKL dan memberikan laluan kepada orang lain pula pengalaman, saya telah merangka untuk fokus kepada aktiviti sekolah dan mengurangkan penglibatan saya di luar.
Tetapi pada hari tersebut, sebaik sahaja jawatan AJK KLCA dibubarkan, saya dicalonkan untuk jawatan Naib Pengerusi pula. Walaupun saya menolak dengan baik, tetapi pengerusi sementara yg mempengerusikan Mesyuarat Agong memaklumkan bahawa undian telah dibuat..huhuhu. Orait saya cuba bertugas dengan harapan agar dipermudahkan urusan.

Beza antara MGKKL iaitu Majlis Guru Kaunseling Kuala Lumpur dan KLCA ialah MGKKL untuk keahlian guru guru kaunseling sahaja. Jawatankuasa KLCA lebih luas bukan semata mata untuk guru kaunseling WPKL malah personalia yang bertugas dalam perkhidmatan pendidikan. Sekurang-kurangnya tahun ini saya tidak terlibat dengan pengurusan JK Guru Kaunseling Pudu dan MGKKL . KLCA ibarat payung kepada MGKKL di Kuala Lumpur kerana semua aktiviti di JK GBK PPW yang melibatkan kewangan akan melalui kewangan yang diuruskan oleh Bendahari KLCA. 

Pemilihan AJK untuk barisan KLCA yang baru iaitu

Presiden: Cik Rosnah Bt Abdullah
Ketua Sektor Psikologi Kaunseling JPWPKL

Timbalan Pengerusi: En Azhar B Hj Mohd Razali
Pegawai Kaunseling Organisasi PPW Keramat

Naib Pengerusi 1: En Che Mohamad Padali
GBK SMK Cheras

Naib Pengerusi 2: Pn Nurhaiza Che Mat
GBK SMK Cheras

Setiausaha:
Puan Noorlia Bt Arshad
Pegawai Kaunseling Organisasi PPW Sentul

Bendahari
Puan Ang Yoke Yan
GBK SMK Jinjang

AJK
Semua pengerusi JK GBK PPW 4 sekolah menengah
Semua pengerusi JK GBK PPW 4 sekolah rendah




UNDANG-UNDANG
PERSATUAN PERKHIDMATAN KAUNSELING PELAJARAN ,KUALA LUMPUR.
(KUALA LUMPUR COUNSELLING ASSOCIATION) (KLCA)

JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA
 1.            NAMA   Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Perkhidmatan Kaunseling, Pelajaran Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Counselling Association)(KLCA). Selepas ini disebut  ‘Pertubuhan’.

2.         ALAMAT TEMPAT URUSAN DAN SURAT MENYURAT 
Alamat tempat urusan dan surat menyurat Pertubuhan ialah d/a Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWP,KL), Jalan Maktab, 50604 Kuala Lumpur (u/p: Unit Hal Ehwal Murid) atau di tempat lain yang akan ditetapkan dari masa ke semasa oleh Jawatankuasa. Tempat urusan Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

3.          TUJUAN DAN OBJEKTIF
(a)          Mempertingkatkan ilmu dan profesion serta mutu perkhidmatan kaunseling di sekolah menengah dan rendah di bawah pentadbiran JPWP,KL dikalangan ahli.
 (b)          Menjayakan sebarang usaha dan dasar Kerajaan khususnya dalam  menjalankan penyelidikan, program latihan dan penyaluran perkhidmatan kaunseling kepada masyarakat.
(c)          Berhubung dan berkoordinasi dengan agensi Kerajaan dan swasta serta pihak-pihak luar  serta boleh membuat sebarang keputusan demi kebaikan dan kebajikan ahli.
(d)          Bekerjasama dengan mana-mana Pertubuhan yang mempunyai matlamat yang sama.
(e)          Berusaha mengutip dan mengumpul kewangan serta boleh menerima apa-apa sumbangan atau tajaan tertakluk kepada kebenaran Pendaftar Pertubuhan dan pihak-pihak berkuasa tertentu diperolehi terlebih dahulu.
(f)           Boleh mencetak, menerbit, mengedar sebarang penerbitan, artikel, buku atau laman web yang berkaitan dengan Pertubuhan dengan syarat mendapat kebenaran pihak-pihak tertentu.
(g)          Boleh memajak, memperolehi atau memiliki harta ta’ alih dan alih untuk Pertubuhan.
(Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus  kepada  ahli Pertubuhan.  Sungguhpun   begitu  peruntukan ini tidakmenghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Pertubuhan dengan syarat mereka telah memberikan perkhidmatan kepada Pertubuhan). 

4.         KEAHLIAN DAN HAK
(1)          Keahlian adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan keatas yang tinggal atau bekerja diKuala Lumpur serta kawasan sekitarnya. Keahlian adalah terbahagi kepada 4 (empat) kategori:           
            ( a )      Ahli Biasa / Ahli Seumur Hidup –mereka yang berkelulusan Sijil / Diploma / Sarjana Muda dalam bidang Kaunseling / Bimbingan dan Kaunseling / Psikologi dari universiti tempatan dan luar negara atau Sarjana dalam bidang Kaunseling / Bimbingan dan Kaunseling / Psikologi  atau Doktor Falsafah dalam bidang Kaunseling / Bimbingan dan Kaunseling / Psikologi. Setiap pemohon untuk menjadi Ahli Seumur Hidup perlu mendaftar sebagai Ahli Biasa sekurang-kurangnya setahun. Ahli layak bersuara, mengundi atau diundi serta memegang apa-apa jua jawatan di dalam pertubuhan.
            ( b )      Ahli Bersekutu –mereka yang berminat dalam kegiatan Bimbingan dan Kaunseling. Ahli tidak layak bersuara, mengundi atau diundi serta memegang apa-apa jua jawatan di dalam pertubuhan.
            ( c )      Ahli Pelajar – Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti Kursus Bimbingan dan Kaunseling atau bidang berkaitan institusi pengajian tinggi  yang diiktiraf oleh kerajaan dengan syarat mendapat kebenaran secara bertulis dari Pendaftar IPT berkenaan. Ahli tidak layak bersuara, mengundi atau diundi serta memegang apa-apa jua jawatan di dalam pertubuhan.
            ( d )      Ahli Kehormat – Ahli Kehormat adalah keahlian yang dianugerahkan kepada sesiapa yang difikirkan layak oleh jawatankuasa.

 (2)          Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dengan mengisi borang keahlian dan disokong oleh dua (2) orang ahli biasa dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya, menolak sebarang pemohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

(3)          Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang dinyatakan di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahunan pertama seperti yang ditentukan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.

(4)          Setiap pemohon untuk menjadi Ahli Seumur Hidup perlu mendaftar sebagai Ahli Biasa sekurang-kurangnya setahun dari tarikh pendaftaran.   
          
 (5)       Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti tidak boleh diterima  menjadi ahli Pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu  secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan. Setiap ahli pelajar yang telah layak sebagai Ahli Biasa dikecualikan daripada  membayar yuran pendaftaran sekiranya permohonan dikemukakan                         setahun dari tempoh tamat pengajian.

5.          BAYARAN PENDAFTARAN, YURAN DAN BAYARAN LAIN
 (1)          Ahli Biasa, Ahli Seumur Hidup, Ahli Bersekutu dan Ahli Pelajar               dikenakan bayaran pendaftaran, yuran dan bayaran lain seperti berikut:-
                     
   (a)        Bayaran Pendaftaran   RM10.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh sahaja).                    (b)       Yuran Seumur Hidup    RM100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus sahaja). 

     (c)        Yuran Tahunan:
                    (i)         Ahli Biasa  RM25.00 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Lima sahaja).                           (ii)        Ahli Bersekutu RM15.00 (Ringgit Malaysia: Lima Belas sahaja).                          (iii)      Ahli Pelajar RM10.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh sahaja).
                   (iv)         Ahli Kerhormat Tiada sebarang bayaran dikenakan.

   (2)          Yuran tahunan hendaklah dibayar kepada Bendahari terlebih dahulu dalam                   masa 7 (tujuh) hari dari awal Januari tiap-tiap tahun.      
    
   (3)          Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada tempoh tiga (3) bulan   pada tahun berkenaan akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh wakil   Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya       telah dibayar.

   (4)          Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada tempoh enam (6)      bulan pada tahun berkenaan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli               Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah 
    diambil  terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima    kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
            
    (5)          Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi             sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
           
   (6)          Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang    tertentu boleh dijalankan dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli             yang gagal membayar yuran tersebut dalam masa yang telah ditetapkan maka wang ini        akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.

6.    PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
(1)          Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi Ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan membayar segala hutangnya.
(2)          Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Pertubuhan atau bertindak dalam cara yang mencemarkan nama baik Pertubuhan bolehlah dipecat atau digantungkan keahliannya bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa    memecat   atau  menggantungkan  ahli  tersebut,  ahli  itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungan secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang menerangkan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan ini hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung menunda atau membatalkan keputusan itu, atas rayuan oleh ahli tersebut. 

7.            MESYUARAT AGUNG
(1)          Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada Mesyuarat Agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli jawatankuasa, ikut mana yang kurang hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi bilangan (korum) untuk mesyuarat.
(2)          Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada  suatu  tarikh  (tidak  lebih  daripada 30 hari) yang  ditetapkan  oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah  ahli-ahli  yang  hadir  menjalankan  mesyuarat  tetapi tidaklah berkuasa mengubah undang-undang Pertubuhan atau membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.
(3)          Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahunan ialah:-
            (a)          Menerima laporan jawatankuasa berkenaan kerja Pertubuhan di dalam tahun                                        yang lalu;    
            (b)          Menerima laporan Bendahari dan penyata kira-kira yang telah diaudit bagi                                        tahun yang lalu;
            (c)          Melantik ahli-ahli jawatankuasa dan dua (2) orang pemeriksa kira-kira untuk                                        dua (2) tahun sekali;
            (d)          Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat                                        itu.
(4)          Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan, satu agenda termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan berserta dengan penyata kira-kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diauditkan. Salinan surat-surat juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di tempat urusan Pertubuhan.
 (5)          Mesyuarat Agung Khas bagi Pertubuhan ini boleh diadakan:-
            (a)          Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa, atau
            (b)          Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada                                     satu per lima (1/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan                                                 menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah                          dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan.
(6)          Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.
(7)          Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk mesyuarat.
(8)          Perenggan 7(1) dan 7(2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan dalam masa enam (6) bulan daripada tarikh ini. Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.
(9)          Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya Mesyuarat itu.

8.    JAWATANKUASA
(1)          Satu Jawatankuasa yang dinamakan pegawai pertubuhan adalah seperti berikut:                         (a)        Seorang Presiden
                        (b)        Seorang Timbalan Presiden
                        (c)        Dua orang Naib Presiden
                        (d)        Seorang Setiausaha                        
                         (e)        Seorang Penolong Setiausaha                        
                         (f)        Seorang Bendahari                        
                        (g)        11 (Sebelas) Orang Ahli Jawatankuasa Biasa.
(2)          Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas pemerintah dalam Pertubuhan hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia.
(3)          Nama untuk jawatan di perenggan (1) (a),(b),(c),(d) dan (f) di atas hendaklah dicadangkan dan disokong dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan dua tahun sekali, manakala jawatan (1)(e) dan (g) dilantik sendiri oleh Presiden dengan dipersetujui oleh ahli jawatankuasa. Semua pegawai boleh dilantik semula.
(4)          Pekerjaan Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan dengan tidak terkeluar daripada dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh membuat tindakan bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa taat kepada keputusan Mesyuarat Agung. Jawatankuasa hendaklah memberi laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.
(5)          Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali di dalam 3 (tiga) bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 (tujuh) hari terlebih dahulu. Presiden dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 (empat) orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.
(6)          Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli jawatankuasa dengan surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima:
            (a)          Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang didalam             surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa;
            (b)          Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa             mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan,
            (c)          Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak.
(7)          Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa.
 (8)          Jika seorang ahli jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, Jawatankuasa berkuasa melantik ahli yang lain bagi memenuhkan kesosongan itu sehingga pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
(9)          Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantung atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.
(10)        Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.


9.    KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI 

Presiden, dalam masa menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. 
(1)          Ia mempunyai kuasa pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari.
 (2)          Timbalan Presiden hendaklah memangku jawatan Presiden semasa ketiadaannya.
(3)        Naib Presiden hendaklah memangku jawatan Timbalan Presiden semasa ketiadaannya.
(4)          Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab menguruskan hal-hal surat-menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali kira-kira dan buku-buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Setiausaha hendaklah dalam masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirim penyata tahunan Pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan, 1966.
 (5)          Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.
(6)          Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua pekara kewangan dan bertanggungjawab ke atas kebetulannya.
(7)          Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.

 10.          KEWANGAN
(1)          Disyaratkan kepada peruntukan-peruntukan yang berikut bagi peraturan ini, wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji, dan upah memeriksa kira-kira, tetapi walaubagaimanapun tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman di Mahkamah.

 (2)          Bendahari dibolehkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM500.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang disetujui oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Pertubuhan.

(3)          Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh Presiden, Setiausaha atau Bendahari. Semasa ketiadaan Presiden, Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa diantara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek-cek atau kenyataan pengeluaran wang Pertubuhan.

 (4)          Perbelanjaan yang lebih daripada RM1,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM2,500.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ribu Lima Ratus sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM1,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu sahaja) bagi sesuatu masa bolehlah diluluskan oleh Presiden bersama Setiausaha dan Bendahari.

(5)          Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan berserta timbangan kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira- kira yang dilantik mengikut undang-undang 11 setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan.

(6)          Tahun kewangan Pertubuhan ini bermula dari 1hb. Januari dan berakhir pada 31hb. Disember tiap-tiap tahun.

11.        PEMERIKSA KIRA-KIRA
             (1)          Dua (2) orang ahli biasa yang bukannya pegawai pertubuhan boleh 
               dilantik di dalam Mesyuarat Agung sebagai Pemeriksa Kira-kira. Mereka akan                 memegang jawatan selama 2 (dua) tahun dan boleh dilantik semula.
            (2)          Pemeriksa Kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira 
                Pertubuhan bagi  setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk 
                Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka harus juga dikehendaki pada bila-bila 
               masa oleh Presiden mengaudit kira-kira  Pertubuhan bagi mana-mana masa di 
                dalam tempoh jawatan mereka dan membuat  laporan kepada Jawatankuasa.

12.          PENTADBIR HARTA
            (1)          Semua harta Pertubuhan hendaklah dinamakan atas nama 
                        Pertubuhan. Pemegang jawatan semasa dalam Jawatankuasa iaitu 
                      Presiden, Setiausaha danBendahari hendaklah dilantik menjadi Pegawai                                    Pentadbir Harta mengikut Seksyen 9(b)     Akta Pertubuhan 1966 dimana sijil pengesahan akan dikeluarkan oleh Pendaftar             Pertubuhan kepada mereka. Mereka diamanahkan semua harta kepunyaan Pertubuhan     untuk ditadbir. Mereka akan menjalankan tugas sebagai Pegawai Pentadbir Harta   selagi mereka memegang jawatan berkenaan didalam Pertubuhan.
            (2)          Pegawai Pentadbir Harta tidak boleh menjual, memajak, menarik balik atau             menukarkan milik harta kepunyaan Pertubuhan tanpa persetujuan dan kuasa             Mesyuarat Agung Pertubuhan.
            (3)          Sekiranya seseorang Pegawai Pentadbir Harta itu tidak lagi memegang             jawatan dalam Pertubuhan seperti diperenggan (1), maka kuasanya dengan sendiri             terlucut. Jawatankuasa mempunyai kuasa melantik ahli yang lain bagi mengisi             kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung yang akan datang.

13.  TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
            (1)          Diantara mesyuarat-mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikan             tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa jika mustahak boleh             memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.
            (2)          Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar             yang telah dibuat dalam Mesyuarat Agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli             adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.

14.       PENASIHAT / PENAUNG / PERUNDING
            Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak 
               menjadi Penasihat/Penaung/Perunding bagi Pertubuhan ini dengan syarat 
               mendapat kebenaran bertulis daripada mereka  terlebih dahulu.

15.        LARANGAN
             (1)     Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam             rumah Pertubuhan: Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belankai, Pai Kau,                Tau  Ngau, Tien Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu,                       Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker’s                                game, video game  semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib.
            (2)          Pertubuhan ini tidak boleh mengambil bahagian secara langsung atau tidak             langsung di dalam kegiatan politik.
            (3)          Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak boleh mencuba menghalang atau dengan             apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil             peranan di dalam gerakan Kesatuan Sekerja seperti yang diterangkan di dalam Akta             Kesatuan Sekerja, 1959.
            (4)          Pertubuhan tidak boleh menjalankan loteri samada dikhaskan kepada ahli-            ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau             ahli tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan.
            (5)          ”Faedah” seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan,             1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahli.
            (6)          Mana-mana orang tidak boleh memegang jawatan, menjadi penasihat atau             pekerja Pertubuhan jika ia telah hilang kelayakan berbuat demikian menurut Seksyen             9A Akta Pertubuhan, 1966.

16.       PINDAAN UNDANG-UNDANG 
Undang-undang ini tidak boleh dipinda kecuali dengan             keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk pindaan kepada undang-undang               hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh             keputusan Mesyuarat Agung meluluskan pindaan itu dan hanya boleh dijalankan             kuatkuasanya mulai daripada tarikh pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

17.      PEMBUBARAN
            (1)          Pertubuhan boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan 
                           tidak kurang daripada tiga per lima (3/5) daripada jumlah ahli yang   
                            berhak mengundi  dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas 
                           kerananya.
            (2)          Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang diatas  segala                         hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut undang-undang                hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara  yang dipersetujui dalam   Mesyuarat  Agung.
            (3)          Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada             Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran


Gerhana matahari


 

Telegram Channel