8 March 2016

Pemantauan Program Juara Oleh JPWPKL

Salam semua.
Meriah betul dan banyak betul fail untuk dipantau oleh pegawai kurikulum JPWPKL. Yg tertempias pemantauan fail kepada saya selaku penyelaras program Juara. Setelah sesi.bersoal jawab mengenai program ini dengan pemantau, disini saya kongsikan penambahbaikan yg perlu saya lakukan;
Antara penambahbaikan dalam program Juara ialah
1) kumpulan murid yang dibentuk mesti juga dipantau oleh ibu bapa. Masukkan nama ibu bapa dalam setiap kumpulan murid. Contohnya ada 8 kumpulan. Maka nama ibu bapa yg memantau dalam setiap kumpulan perlu dimasukkan dan perjumpaan belajar berkumpulan itu perlu diawasi oleh ibu bapa ahli kumpulan itu sendiri secara giliran yg dipersetujui.
2) Jadual waktu perjumpaan murid bukanlah semata mata jadual perjumpaan belajar berkumpulan di sekolah tetapi jadual belajar yg dipersetujui oleh ibu bapa kumpulan murid tersebut di mana mereka menetapkan tempat perjumpaan di luar waktu sekolah. Contohnya isnin waktu malam pukul 8 hingga 9.30 malam di rumah Ani, Rabu pukul 4 hingga 6 petang di rumah Abu, Jumaat 2.30 hingga 5 petang di rumah Siva, Sabtu pkl 8 hingga 10 malam di perpustakaan Flat.
3) Dalam takwim perlu dimasukkan perjumpaan ibu bapa sebaik habis satu peperiksaan untuk memaklumkan kemajuan murid Juara. Taklimat pertama, perjumpaan pertengahan tahun atau selepas peperiksaan percubaan SPM.
4) Dalam mesyuarat kurikulum, sila laporkan kemajuan murid Juara yg didapati dari pemantauan ibu bapa pemantau setiap kumpulan Permata dan pemantauan GBK sendiri. Pastikan setiausaha kurikulum menulis mengenai kemajuan murid ini untuk diminitkan.
5) Kad kumpulan Permata perlu direkodkan setiap kali penilaian dijalankan. Contoh penilaian ialah ujian bulanan untuk murid sasaran ini hasil dari ujian yg diberikan. Guru penyedia modul perlu menyediakan skema jawapan agar ibu bapa yg memantau kumpulan belajar Juara ini pada masa tersebut dapat mengenalpasti skor murid kumpulan tersebut sebaik sahaja tamat ujian itu. Murid Juara ini perlu diberikan penilaian yg konsisten dan bukan sekadar mengikuti takwim peperiksaan sekolah seperti ujian Mac, peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan percubaan SPM.

Keep calm
& do your best



 

Telegram Channel