2 March 2016

Work SMART Untuk Program Berimpak Tinggi UBK




                                     

hari ini saya ke Auditorium JPWPKL untuk slot saya selama sejam iaitu dari pukul 8.00 pagi hingga 9.00 pagi untuk pembentangan pengurusan amalan terbaik kaunseling peringkat JPWPKL yang diadakan semasa Simposium Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling untuk guru kaunseling sekolah rendah dan menngah di JPWPKL. Selain membentangkan mengenai amalan terbaik perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang telah saya usahakan sehingga sampai ke peringkat saringan akhir kebangsaan tahun lepas.

Saya berkongsi dengan guru kaunseling yang lain mengenai cara untuk menjalankan program Work SMART agar dapat menjalankan program berimpak tinggi. Ini kerana walaupun guru kaunseling menjalankan pelbagai program di sekoah hingga berpuluh sekali pun tetapi jika tiada satu pun program berimpak tinggi maka kurang keberkesanan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Berbanding dengan GBK yang dapat menjalankan 5 program setahun dan kelima-limanya adalah berimpak tinggi lagi berkesan.

bagaimana menghasilkan program berimpak tinggi?
Menggunakan konsep 
S - spesific
M - measureable
A - acheivable
R - realistic
T - timing

dalam program yang dijalankan agar dapat mengukur keberkesanan program tersebut menyumbang kepada organisasi. 

Contohnya dalam fokus 4 bidang yang dijalankan di sekolah. Pada tahun lepas berimpak tinggi ialah program Zoom In untuk bidang peningkatan disiplin dan pengurusan am dengan fokus inovasi.

Maka pada tahun ini fokus kepada bidang pembangunan kerjaya dan bidang peningkatan sahsiah untuk program berimpak tinggi di samping meneruskan program berimpak tinggi kami yang lain.


bidang peningkatan sahsiah yang fokuskan kepada program RAI iaitu sambutan hari jadi
S - spesifik sambutan hari jadi
M - melalui pengukuran  Indeks Persepsi Murid Guru Penyayang
A - boleh dicapai
R - realistik dijalankan dengan tajaan
T - timing dari Januari hingga November

Impak: Indeks Persepsi Murid dari tidak penyayang - sederhana penyayang dan kepada penyayang
Semua kelas meletakkan tarikh hari jadi masing-masing
Semakin ramai memberikan wish kerana warga sekolah yang menyambutnya akan naik ke pentas dipanggil nama untuk diberikan sebiji kek dan kad hari jadi.

Bidang peningkatan disiplin
S - Program Zoom In meningkatkan kehadiran murid ke sekolah
M - melalui data kehadiran sebelum dan selepas program
A - boleh dicapai dengan strategi 4 model Zoom In
R - realistik dijalankan
T - Jan - September

Impak : Peningkatan 6% kehadiran murid berbanding tahun lepas
             Peningkatan 2 kali ganda murid kehadiran penuh
             Penurunan 50% bilangan surat amaran ponteng dikeluarkan


Bidang perkembangan kerjaya
S - Inovasi sistem intervensi murid psikometrik melalui blog kaunseling
M - Tempoh masa yang cepat untuk menjawab inventori dan temph masa cepat mendapatkan skor
A - boleh dicapai kerana kepakaran dalam sistem maklumat
R - relaistik kerana menggunakan tenaga GBK
T - Jan - Sept

Impak :
Tempoh masa yang cepat dalam mentadbir data dan mendapat skor IMK sebaik sahaja murid menjawabnya
Murid Cina juga dapat menjawabnya dengan cepat kerana IMK mempunyai dwibahasa
Tiada penggunaan kertas dan key in semata -mata.

Bidang psikososial
S - Program Minda Sihat
M - Bilangan murid yang normal dari 3 kategori
A - boleh dijalankan dengan kerjasama komuniti
R - realistik
T - Mac - Oktober

Impak: Apabila kita membentangkan mengenai data kemurungan, stress dan sebagainya iaitu data mentah kepada JPWP  melalui JU PPW data -data  ini tidak memberikan makna yang boleh difahami. ia hanya sekadar data kepada organisasi sekolah. Tetapi jika dapat mengaitkan dengan kehadiran murid ke sekolah, bagaimana kehadiran murid ting 4 lebih baik dari tahun lepas, bilangan serangan kes histeria yang berkurangan dengan intervensi Minda Sihat maka data ini lebih memberi makna kerana ia boleh diukur. oleh itu apabila pembentangan dalam mesyuarat, data ini lebih memberi impak tinggi.

Pengurusan
S - Sistem D'e-KS sistem dashboard kaunselor sekolah
M - Tempoh masa capaian data yang cepat dan tepat
A - boleh dicapai 
R - realistik
T - Mei - Oktober

Impak : Tempoh masa yang cepat untuk akses data oleh mana-mana kaunselor dan di mana - mana

Semoga penenrangan ini bermanfaat untuk semua guru bimbingan dan kaunseling menjalankan perkhidmatan.

saya  mengingatkan agar memang banyak projek di bawah UBK cuma kerja -kerja itu terkesan pada organisasi atau tidak bergantung kepada impaknya. Contohnya program motivasi, kem kepimpinan apakah yang ingin diukur. Jika borang penilaian mengatakan murid berpuas hati dan program berjalan lancar itu bermakna program itu berjaya dijalankan . TETAPI jika ia tidak mendatangkan impak iaitu keberhasilan utama yang ingin dilihat maka ia hanyalah sebuah program yang tidak memberi impak yang tinggi. 

Now I realize..
Penghargaan kendiri
Note to myself




4 comments

tahniah... bagusnya. boleh dijadikan panduan, tq

Sama sama. Semoga berguna untuk panduan kita menjalankan program

It's difficult to find educated people about this topic, however, you seem
like you know what you're talking about! Thanks

Hi there, after reading this remarkable paragraph i am
too glad to share my know-how here with colleagues.

 

Telegram Channel