16 April 2016

Video Pembentangan Pengurusan Kaunseling Terbaik Kebangsaan 2015: Johan Hingga Tempat Kelima

Video Pembentangan Pengurusan Terbaik Kaunseling 2015 di Simposium Perkhidmatan Kaunseling Dan Disiplin Peringkat Kebangsaan.

Video Johan dari SK RPS Kemar , Gerik, Perak. Klik link http://youtu.be/UeCsVNFXr8U atau video di bawah. Unit Bimbingan dan Kaunseling SK RPS Kemar, Gerik diterajui oleh seorang guru bimbingan iaitu En Marno Azman bin Omar selaku guru bimbingan kaunseling sepenuh masa. Peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) di sekolah amat besar bagi merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menyahut cabaran Wawasan 2020 dengan memperkembangkan sumber manusia secara optimum. Pihak Pengurusan Sekolah sentiasa memberi kepercayaan penuh kepada UBK bagi menguruskan semua aktiviti dan program sekolah dan komuniti setempat. Kesiapsiagaan UBK dengan memberi komitmen terbaik adalah berdasarkan kepada rasa kepercayaan barisan pentadbir sekolah dengan memberikan jawatan-jawatan khas yang utama di sekolah diterajui oleh guru bimbingan dan kaunseling. Keupayaan UBK dalam keberhasilan memberi impak bagi setiap pengurusan program kepada semua pihak menjadi wadah utama dalam meningkatkan kemenjadian insan sejati di peringkat akar umbi. Pelbagai program dilaksanakan oleh UBK yang melibatkan penglibatan semua warga sekolah dan komuniti setempat. Kepakaran UBK dalam pengurusan program menjadi pemangkin untuk mewujudkan suasana sekolah lebih berinformasi dan kreatif. Semua komuniti sekolah menjadikan UBK pakar rujuk dalam semua pengurusan aktiviti dan program. UBK sentiasa membuat penambahbaikan dalam meningkatkan mutu pengurusan dalam perkhidmatan agar lebih cemerlang.



Video Naib Johan dari SMK Bukit Rahman Putra, Selangor. Klik link http://youtu.be/XiysH87KR-oatau video di bawah.

Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Bukit Rahman Putra menjadi identiti penting dan berwatak di sekolah. Semua GBKSM sentiasa mesra dan sedia membantu. Empat fokus utama UBK telah dilaksanakan sepenuhnya dan memberi impak yang tinggi ke arah kemenjadikan murid berkeperibadian unggul. UBK berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang aman dan tenang demi pembentukan insan yang seimbang. 


Program dan aktiviti UBK dilaksanakan berpandukan analisis Kajian Konsep Kendiri Murid dan Minda Sihat dapat melahirkan murid yang mempunyai kepintaran intelek (IQ), emosi yang tinggi (EQ) dan berakhlak mulia (SQ) dan mencpaai prestasi yang tinggi dalam akademik. 


Bilik Cahaya Putra yang kondusif dan teraputik mendapat pertambahan kunjungan murid dan warga pendidik dari semasa ke semasa. Pendekatan pecegahan Perkembangan Pemulihan dan Kritis digunapakai dalam setiap aktiviti UBK. Bilangan sessi Bimbingan dan Kaunseling individu dan kelompok yang melebihi daripada ketetapan KPM telah memenangi jiwa murid dan seterusnya membimbing klien ke matlamat kebahgian hidup.


Empat inovasi yang dilaksanakan dan memberi impak yang tinggi adalah Sinar PUTRA - Pendaftaran Kunjungan Murid ke bilik Cahaya Putra, Sudut Luahan Rasa - Menangani Vandalisme, Kemenjadian Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) - peringkat Antarabangsa dan Kebangsaan dan Lorong PPDa - menurunkan kes merokok di sekolah. Manakala GBKSM telah menyumbang profesionalisme ke peringkat antarabangsa. 


GBKSM SMKBRP telah memfokuskan perkhidmatan kepada usaha pembangunan sahsiah dan peningkatan disiplin murid di sekolah seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.




Video Tempat Ketiga dari  SK Taman Pelangi Indah, Johor. Klik link http://youtu.be/56zxopoD55g atau video di bawah
PRISMA Kaunseling 3.0 bertema SPA Salju di bawah perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Pelangi Indah (SKTPI), Johor sebagai pusat operasi kejuruteraan insan. Tema bilik SPA Salju membawakan 5 elemen teraputik SPA iaitu 'sense', 'sight', 'touch' dan 'taste' digabungkan dengan konsep 'Smart Penguin' (salju) yang merupakan budaya amalan terbaik sekolah. Melalui PRISMA 3.0, tiga fasa perubahan pengurusan dan perkhidmatan berlandaskan Teori Perubahan Fasa (Lippitt Watson dan Wesley, 1958) dan Pengembangan Organisasi Teknologi (Thompson,1957) diperkenalkan. Tiga ciri terbaik pengurusan dan perkhidmatan PRISMA Kaunseling iaitu Pengurusan Perubahan Fizikal, Sistem Pengurusan Berteknologi dan Membudayakan Amalan Terbaik. Amalan ini juga mengaplikasikan Psikologi Gunaan (Applied Psychology) Neuro Unguistic Programming (NLP) dan hipnoterapi bagi menjadikan perkhidmatan kaunseling di sekolah sangat unik dan berkesan selain sistem pengurusan berteknologi seperti Sistem Pengurusan Kaunseling Elektronik (e-SPK). Kaunseling individu, Data Sistem (KIDS) dan permohonan Perkhidmatan Secara Online (PePSO). Sebagai impak pengurusan dan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Pelangi Indah telah 3 kali menerima pengikhtirafan cemerlang sejak 8 tahun pengoperasiannya.





Video Tempat Keempat  dari  SMK Dato' Lela Pahlawan,  Kedah klik https://www.youtube.com/watch?v=DQaI9zRfG-I link  atau video di bawah SMK Dato' Lela Pahlawan,  Kedah

SMK Dato Lela Pahlawan merupakan sebuah sekolah Gred A Luar bandar yang menempatkan 1827 orang murid. Tiada syarat kemasukkan ke menengah rendah dan menengah atas ke sekolah ini, menyebabkan jurang akademik yang sangat jauh antara mereka. Daripada data Inventori Minat Murid Belajar di dapati sebilangan besar murid tidak menunjukkan minat dalam pelajaran, kurang bermotivasi dan hanya mengamalkan budaya 'cukup makan' setiap kali menghadapi ujian dan peperiksaan. SMKDLP berada dalam kawasan berisiko tinggi dalam permasaalahan gejala negatif.

Faktor ini merupakan penghalang kepada sekolah ini untuk mencipta nama dan mendapat tempat di hati masyarakat setempat. Oleh yang demikian, 'boast up' Perkhidmatan Kaunseling adalah satu program yang dirancang penuh teliti dalam usaha untuk 'Boast up' Keberhasilan Perkhidmatan. 

Program ini bertujuan memberi perkhidmatan mengikut keperluan kepada semua pelajar tanpa mengira tahap pencapaian akademik, sikap pelajar dan komposisi kaum melalui budaya kerja berkualiti itnggi. Program 'Boast up' bersifat menyeluruh dalam membantu menonjolkan personaliti unggul dalam diri pelajar merangkumi kecerdasan interlektual (IQ) yang tinggi. Kecergasan emosi (EQ) yang teguh dan kecerdasan rohani )SQ) yang mantap. 

'Boast up' terdiri daripada 7 fasa merangkumi perancangan, perkhidmatan berkeperluan, perkhidmatan bernilai tambah, pengurusan bilik, pengurusan rekod, perkhidmatan berinovasi dan penilaian. 

3 Kajian Tindakan yang dihasilkan melengkapkan program 'Boast up' 2013-2015. 'Boast up' Pengurusan Perkhidmatan Kaunseling dijadikan garis panduan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk memberi perkhidmatan bermula dari tahun 2013. 

Berdasarkan pepatah 'apa yang disemai, itulah yang dituai' maka program 'Boast up' ini telah menampakkan keberhasilannya. UBKSMKDLP kini menjadi NADI dan sumber inspirasi kepada warga sekolah khususnya para pelajar. 'Boast up' Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling mampu mempamerkan impak yang lebih besar dan bermakna sekiranya diteruskan pada masa akan datang. 

Penilaian dan penambahbaikan dari semasa ke semasa mampu menjadikan program ini sebagai satu instrumen penting dalam membantu murid dalam aspek regulasi kendiri dan seterusnya mencapai kesejahteraan dalam diri.





5) SK Permatang Tok Mahat, Pulau Pinang klik https://www.youtube.com/watch?v=NHAaHMNIoDM&spfreload=10
SK Permatang Tok Mahat adalah sebuah sekolah kategori luar bandar yang mempunyai bilangan murid seramai 675 orang manakala bilangan guru adalah seramai 68 orang. Majoriti waris di sekolah ini mempunyai pendapatan dan taraf pendidikan sederhana. Justeru itu, permasalahan utama di sekolah ini ialah ponteng sekolah yang mana waris murid-murid ini tidak mengambil berat tentang kehadiran anak-anak mereka ke sekolah. 

Maka Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Permatang Tok Mahat telah mengambil beberapa langkah bagi membantu pihak sekolah mengatasi masalah tersebut. Unit ini telah merancang dan menjalankan pelbagai program sama ada di peringkat sekolah dan yang melibatkan komuniti setempat seperti motivasi sikap bersama Pejabat MARA dan MRSM, program minuman kasih sayang dan sebagainya yang mana melalui program ini dapat menarik minat murid agar suka datang ke sekolah. 

Unit ini juga telah menyediakan bilik Bimbingan dan Kaunseling yang mempunyai pelbagai bilik, ruang serta sudut-sudut yang berinovasi dan berinformasi seperti bilik Terapi Multisensori, Bilik SPA, Sudut Terapi Permainan dan sebagainya. Unit ini juga telah menyediakan satu sudut kerjaya di tepi tangga ke arah Bilik Bimbingan dan Kaunseling yang dinamakan 'Taman Impian' untuk murid-murid mendapatkan maklumat kerjaya dan seterusnya menanamkan cita-cita yang tinggi. Selain itu, berbagai-bagai program telah dijalankan yang juga memberi kesedaran dan menarik minat murid suka datang ke sekolah. 

Impak daripada penyediaan bilik Bimbingan dan Kaunseling yang kondusif dan menarik serta program-program yang telah dijalankan maka pihak sekolah telah memperoleh berbagai-bagai kejayaan seperti tawaran baharu Guru Besar 2013 dan 2014., Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) fasa 9, Naib Johan Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan 2013 dan lain-lain kejayaan yang amat membanggakan.




6)  SMK Agama Dato' Haji Abu Hassan Hj Sail, Negeri Sembilan klik https://www.youtube.com/watch?v=lZPHT8kDZck link video di bawah



Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKA Dato' Hj. Abu Hassan Hj. Sail bermula pada tahun 1995. Perkhidmatan kaunseling diberikan oleh 2 orang Guru Bimbingan dan Kaunseling sepenuh masa (GBKSM) bertauliah iaitu Puan Sufaezah binti Mohammad dan Puan Sharifah Hanizah binti Syed Jaafar di bawah kepimpinan En Saiful Bahrin bin Abu sebagai Pengetua sekolah. 

Seramai 642 orang pelajar menerima perkhidmatan kaunseling. Perkhidmatan memberikan tumpuan kepada 4 fokus utama yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu pembangunan dan pengembangan Sahsiah Diri Murid, Peningkatan Disiplin Diri Murid, Pendidikan Kerjaya Murid dan Kesejahteraan Mental Murid. 

Melalui 4 fokus utama ini, Unit Bimbingan dan Kaunseling menguruskan dan melaksanakan program mengikut keperluan semasa sekolah. Kejayaan pengurusan perhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dapat dibuktikan melalui kejayaan sekolah mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, penurunan kes disiplin, peningkatan kemasukkan pelajar ke institusi pengajian tinggi serta jumlah pelajar yang mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kauinseling. 

Pembimbing Rakan Sebaya di sekolah ini juga telah berjaya merealisasikan hasrat Kementrerian Pendidikan apabila dilantik sebagai Fasilitator kepada murid-murid berkeperluan khas di peringkat kebangsaan. Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menghasilkan kajian tindakan dan inovasi yang membantu pelajar serta pihak sekolah mencapai kecemerlangan sehingga diikhtiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan. 

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling bukan sahaja bertumpu di sekolah, malahan sumbangan juga diberikan diperingkat PPD, JPN dan KPM oleh kedua-dua orang GBKSM.




Happy birthday Wati
Momentum forever
Good people give you happiness
Best people give you memories
 

Telegram Channel