Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

27 April 2016

Bengkel Pengurusan Guru Kaunseling Baru WPKL


Bengkel pengurusan guru kaunseling dan ketua guru disiplin baru diadakan di Padang Tembak, KL. Hari ini ialah slot perbincangan masalah yang disediakan oleh fasilitator. Pihak guru disiplin akan merancang siasatan kes dan prosedur mengendalikan kes tersebut manakala pihak guru kaunseling pula akan menjalankan sesi kaunseling dan menyediakan laporan. 

Situasi masalah berkisar mengenai kes berat yang berlaku di sekolah dan prosedur menangani kes kenakalan murid. Setiap kumpulan diberi masa 45 minit untuk berbincang dan kemudiannya 
perbentangan dijalankan. Saya diberi tanggungjawab untuk membimbing guru kaunseling baru menyediakan laporan dengan betul dan cara mengendalikan sesi kaunseling. 

Sebagai guru kaunseling baru, saya dapat merumuskan bahawa sesi ini berguna kepada mereka kerana dapat meningkatkan pengetahuan mereka dalam mengendalikan kes kes berat di sekolah.

Saya akan share dalam blog ini contoh contoh kes yang memerlukan laporan yang terperinci dan format tertentu.




Find a place inside where there's joy
And the joy 
Will burn out the pain

No comments: