30 April 2016

Cakna April Lawatan Ke Rumah

Sempena hari terakhir bulan April saya ingin share cakna lawatan ke rumah murid pada April ini. Murid berbangsa Cina dari tingkatan lima. Murid ini mempunyai pola ketidakhadiran yang berkala. Yang menariknya dia akan memberikan surat tidak hadir ke sekolah yang bertaip dan mengaku dari ibu bapanya. Adakalanya dia akan mengumpulkan dua tiga keping surat untuk diserahkan kepada guru tingkatan jika dia tidak hadir berkala 3 hari dalam minggu tersebut. Guru tingkatan cuba menghubungi keluarganya berdasarkan nombor telefon yang diberikan tetapi tidak pernah diangkat. Surat amaran yang dihantar ke sekolah juga tidak mendapat respon ibu bapa. 

Akhirnya pada pagi Jumaat, saya bersama guru tingkatan ke rumah murid ini berdasarkan alamat yang diberi. Alangkahnya terkejutnya kami, apabila mendapati rumah ini sudah lama tidak bertuan. Kami ke rumah lain berdasarkan alamat murid ini yang pernah mengaku kepada guru kelasnya yang dia telah berpindah rumah. Akhirnya kami terkejut juga bahawa rumah ini ialah rumah orang India. Akhirnya kami cuba mengagak-agak rumah di sekitar dan bayangkan mencari rumah murid di rumah pangsa adalah tidak mudah sama sekali ! 

Saya cuba menggunakan telefon bimbit saya dan menghubungi nombor bapanya. Dapat sahaja panggilan telefon diangkat, saya serkap jarang memanggil namanya dan disambut. Dari sesi soal jawab, murid itu mengaku mengatakan memang benar nombor telefon bapanya tetapi bapanya berada dalam tandas. Apabila saya mengatakan mengapa dia tidak ke sekolah, dia menjawab dia sakit sekarang di Kajang. Apabila saya meminta alamat di kajang, murid ini mengatakan tidak tahu satu cabaran menguji kesabaran saya. Saya memaklumkan bahawa tindakannya boleh dibuang sekolah memandangkan surat amaran kedua ponteng sekolah telah dikeluarkan dan jika pihak sekolah tidak dapat berbincang dengan ibu bapa. 

Memandangkan saya sudah berada di kawasan perumahan rumahnya, saya meminta dia mengaku dimanakah rumahnya dan murid ini berlegar legar mengelak mengatakan ibunya sakitlah, ibu tiada di rumahla padahal saya hanya meminta alamat rumah yang betul. Akhirnya selepas didesak, murid ini mengaku alamat rumah yang betul tapi endingnya apabila saya ke sana...masih ditipu iaitu rumah orang lain. Well pengalaman pertama saya mencari rumah murid tidak berjumpa dan selama ini alamat yang diberikan adalah palsu! 

Sehingga saya menulis entri ini saya masih tidak dapat berjumpa ibu bapanya kerana ibu bapanya tidak hadir ke sekolah seperti yang diminta. Minggu depan saya mempunyai strategi saya sendiri untuk mengetahui.apa sebenarnya yg berlaku dengan murid ini.


Happy holiday
Layan Maharaja Lawak Mega
Ulang..ulang..ulang
#Rakaman jer
 

Telegram Channel