26 April 2016

Carta Alir Tindakan Terhadap Murid Bermasalah Disiplin Antara Guru Kaunseling Dan Guru Disiplin



Bengkel Pengurusan Guru Kaunseling Baru Dan Ketua Guru Disiplin Baru 2016 yang dijalankan di Padang Tembak, WPKL dijalankan selama 2 hari dari hari ini dan esok. Saya dijemput menyampaikan satu slot mengenai pelaporan kaunseling dan sebagai fasilitator untuk guru -guru kaunseling baru yang bertugas di bawah 3 tahun. Di atas saya share mengenai carta aliran kerja tindakan terhadap murid bermasalah disiplin di sekolah antara guru disiplin dan guru kaunseling WPKL. Diharapkan agar ketua guru disiplin yang baru lebih jelas mengenai tindakan dan siasatan mereka dan memberi kefahaman juga kepada guru kaunseling baru bagaimana kes murid mula direkodkan dan diserahkan kepada guru kaunseling. Guru kaunseling juga harus faham bagaimana menjalalankan pelaporan untuk kes yang diterima dan memberikan input berguna juga kepada ketua guru disiplin bagaimana guru kaunseling menjalankan tugas.

Bil
PROSES KERJA

Personalia
1
Terima arahan bagi mengambil tindakan terhadap murid bermasalah disiplin
Pengetua/GB/GPK
2
Merekodkan kes disiplin murid
Guru Disiplin
3
Merujuk kes kepada JK Disiplin Sekolah
Pengetua/GB/GPK
4
Merujuk murid kepada GBK
GBK
5
Menyediakan profil murid
GBK
6
Menetukan kes dan pendekatan
GBK
7
Melaksanakan sesi kaunseling kepada murid 1
GBK
8
Membuat rujukan kepada pakar (mengikut keperluan)
Pakar
9
Melaksanakan sesi kaunseling kepada murid 2
GBK
10
Membuat konsultasi dengan ibu bapa (mengikut keperluan)
Ibu Bapa
11
Melaksanakan sesi kaunseling kepada murid 3
GBK
12
Mengadakan program khas kepada murid (intervensi)
GBK
13
Menyediakan laporan dan dokumentasi
GBK
14
Menyerahkan laporan yang telah didokumentasikan
Pengetua/GB/GPK



Saya akan share pelaporan yang ditulis di entri yang akan datang. 


Urusetia Bengkel

Puan Sarah menyampaikan Literasi Undang-Undang
Puan Manju menyampaikan mengenai pengurusan kaunseling
En Fauzan menyampaikan taklimat disiplin dan kes salah laku
En Rofii menyampaikan taklimat mengenai kaunseling
Puan Sharifah memberikan kata -kata aluan selaku KPP Unit HEM
Bantuan Guaman Untuk Guru
Berakhirlah slot saya hari ini :)

Selamat Hari Jadi
Puan Norliza Rafie
Orang kuat Kelab Guru yang disegani :)
 

Telegram Channel