Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

19 April 2016

Kertas Kerja Bengkel Minda Sihat 2016

            Hari ini saya mengenal pasti murid yang belum key in soal selidik DASS dan Gaya Daya Tindak untuk key in data sebelum bengkel Minda Sihat yang akan dijalankan esok. Di sini saya share kertas kerja bengkel Minda Sihat bagi menguruskan program di sekolah

            1) PENGENALAN

 Program Minda Sihat merupakan aktiviti wajib di bawah bidang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk psikososial dan kesejahteraan mental. Saringan DASS merupakan aktiviti wajib setiap tahun bagi semua murid  tingkatan 4. Hasil dari saringan DASS 1, maka pelbagai intervensi akan dijalankan kepada semua murid yang mendapat ujian DASS yang tidak normal. Setelah intervensi dijalankan oleh guru kaunseling dan intervensi bersama kerjasama staf Klinik Kesihatan Cheras, saringan kedua akan dijalankan. Hasil dari saringan kedua, diharapkan agar murid memperolehi skor normal bagi Ujian DASS kedua. Bagi mencapai objektif mengurangkan masalah stres, kerisauan dan kemurungan yang tidak normal, maka antara intervensi yang dijalankan ialah Bengkel Minda Sihat. Bengkel Minda Sihat dirangka aktiviti dan intervensi hasil kerjasama antara guru kaunseling SMK Cheras dan ahli jawatankuasa Minda Sihat Klinik Kesihatan Cheras.

2.0           OBJEKTIF


1)    Mengenal pasti tahap stress, keresahan dan kemurungan melalui saringan kesihatan mental.
2)    Memperkasa murid menangani stress cabaran kehidupan sehari-hari melalui kemahiran daya tindak ( coping skills)
3)    Mengurangkan tahap stress dalam kalangan murid dan melaksanakan intervensi stress.


3.0           KUMPULAN SASARAN
50 murid tingkatan 4 yang terlibat dengan ujian DASS dan mendapat skor yang tidak normal iaitu teruk dan sangat teruk.



4.0           TARIKH, MASA DAN TEMPAT
Tarikh           : 20 April 2016
Masa            : 9.00pagi – 1.10 tengahari
Tempat         : Dewan SMK Cheras


5.0     JAWATANKUASA

Pengerusi                         :         Puan Kamariah bt Abu
Timbalan Pengerusi        :         Puan Chong Moi Lian
Penyelaras                        :         Puan Nurhaiza bt Che Mat
Setiausaha                        :         Puan Hashifah Amani bt Sulaiman

AJK Ice Breaking               :         En Che Mohamad Padali bin Che Mat
AJK Sijil                              :        Puan Raudzah bt A.Rahman
AJK PersiapanDewan     :         Puan Rozinani bt Awang
AJK Laporan                     :         Puan Hashifah Amani bt Sulaiman



6.0     TENTATIF PROGRAM

8.00pagi                           :         Pendaftaran
8.20 pagi                          :         Taklimat program
8.30 pagi                          :         Ice breaking oleh En Che Mohamad Padali
9.00 pagi                          :         Ceramah Menangani Stres oleh Dr Nazeerah
9.40 pagi                          :         Ceramah Menangani Masalah Melalui Slot                                                                       IDEAL
10.00 pagi                         :         Pembahagian kumpulan & Pembentangan                                                                       Menangani Masalah Konsep IDEAL
10.50 pagi                         :         Rehat                              
11.10 pagi                         :         Aktiviti Team Building
12.00 tengah hari              :         Kemahiran Teknik Relaksasi oleh ahli                                                                           fisioterapi Cik Rajeswari
                                                  Muscle Relaxation
                                                  Imaginary Relaxation
12.40 tengahari                 :         Penyampaian Cenderamata
                                        :         Sesi bergambar
1.00 tengahari                   :         Kaunseling kelompok
2.00 petang                      :         Bersurai

7.0     KEWANGAN
          i) Sumber Kewangan
                    PCG Kaunseling      =        RM 350       
JUMLAH                 =        RM 350

          ii) Perbelanjaan
             Cenderamata          =        RM 50
Makanan pagi         =        RM 5 x 60 orang     = RM 300    

JUMLAH                 =        RM 350




7.0     PENUTUP
Diharapkan dengan adanya program Minda Sihat ini, pihak sekolah dapat membudayakan amalan Minda Sihat ini dalam kalangan warga sekolah dan tidak terhad kepada tenaga guru kaunseling sahaja dalam membudayakan amalan teknik relaksasi dan teknik mengurangkan stress dalam kalangan murid sekolah masing-masing. Ini kerana guru kaunseling dapat menfokuskan kepada intervensi sesi kaunseling bagi menangani masalah stres yang teruk dan sangat teruk manakala para pelajar yang lain dapat ditanamkan amalan Minda Sihat ini setiap masa dalam pengajaran dan pembelajaran guru mata pelajaran agar pelajar sentiasa bersedia dalam pengurusan stres mereka dalam kehidupan seharian. Ini kerana sekolah merupakan institusi yang berpotensi untuk menggalakkan perkembangan psikososial yang sihat dan kesihatan mental yang baik. Dengan cara ini dapat membantu sekolah menangani gangguan perasaan dan kecelaruan minda dan kemurungan dalam kalangan murid


Rushing for
Pashmina Aisha
Mon - Fri


2 comments:

Hasliza Ali said...

salam cikgu, saya pinjam proposal ni utk rujukan ye.. terima kasih sbb wujudkn blog yg sangat bermanfaat utk kaunselor baru mcm sy. jasamu dikenang. hehe

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Sila gunakan. Memang itulah fungsi blog ini diwujudkan untuk rujukan kaunselor lain terutama kepada kaunselor yang baru :)