10 April 2016

Kertas Kerja Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2016

Saya share Kertas Kerja Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2016 yang telah mula diedarkan kepada penaja -penaja untuk meringankan kewangan program ini.



KERTAS KERJA
 SAMBUTAN HARI GURU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS
2016

1.0     PENGENALAN
Sambutan Hari Guru merupakan sambutan yang diadakan bagi meraikan guru –guru yang banyak berjasa dalam bidang pendidikan. Ia merupakan program tahunan yang wajib dijalankan. Bagi aktiviti pada bulan Mei, sambutan Hari Guru  yang dirancang untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan mentor mantee kelas masing – masing. Di sekolah, guru akan berperanan memberi tunjuk ajar sebagai ibu bapa di sekolah kerana guru bukan setakat mengajar pengajaran untuk membina ilmu bahkan membangunkan sahsiah dan disiplin murid. Melalui aktiviti Sambutan Hari Guru, murid dapat berinteraksi dengan guru selaku mentor mereka secara santai tetapi penuh penghayatan dan pengajaran di sebalik aktiviti yang dijalankan. Di samping itu, murid juga menggunakan kreativiti masing – masing untuk menyerlahkan bakat bagi menghiburkan guru-guru dan menghidupkan suasana Hari Guru. Semoga aktiviti yang dijalankan memberikan erti yang signifikan dalam catatan diari kehidupan seorang guru.

2.0     OBJEKTIF
          2.1     Agar dapat mengeratkan silaturrahim dalam kalangan guru selaku mentor
dengan mantee pelajar
2.2     Agar mantee dapat meraikan mentor masing-masing dalam majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah.
2.3     Agar semua guru dapat diraikan Hari Guru dengan penuh meriah melalui kerjasama warga sekolah
         
3.0     TARIKH
          27 Mei 2016

4.0     SASARAN
          Semua warga SMK Cheras sesi pagi dan petang

5.0     AHLI JAWATANKUASA
          Pengerusi     : Puan Kamariah Bt Abu
          Timbalan Pengerusi: Encik Mohamed Jamil Bin Abdul Samad
          Naib Pengerusi 1:Puan Chong Moi Lian
          Naib Pengerusi 2:Puan Maznah Bt Musa
          Naib Pengerusi 3 : Encik Raheman Bin Ahmad
          Setiausaha        : Puan Norliza Bt Rafie
          Naib Setiausaha: Puan Nurhaiza Bt Che Mat

          BIDANG TUGAS

AJK Jemputan Dan Teks Ucapan PIBG
·       Mengenalpasti Tetamu Jemputan
·       Menyediakan Kad Atau Surat Jemputan

Puan Rozita Musa
AJK Teks Ucapan Perutusan
·       Memastikan Teks Ucapan Perutusan Disediakan
·       Mengenalpasti Teks Ucapan Yang Perlu Dibaca Dan Personalia Yang Terlibat
Puan Noraida Bt Mohamad@Abdullah

En Mohd Rizal Bin Mat Salim
AJK Aturcara Pentadbiran
·       Memastikan Program Berjalan Mengikut Aturcara

Puan Sharin Hanum Bt Ab Rahman
Puan Kamziyah Bt Mohd Yaman
AJK Teks Bacaan Doa
En Mohd Nasrun Bin Ahmad

AJK Kawalan Disiplin Murid

En Mohd Noor Bin Mat Deris
Puan Ratna Dewi a/p Gopalakrishna
En Chan Yoong Keong
En Masrizal Bin Abu Bakar
En Ahmad Azran B Abdul Rahman
AJK Perarakan
·       Menentukan Cara Perarakan Masuk Yang Sesuai


Puan Zahirah Bt Abdul Halim
Puan Haslina Bt Abd Rahim

AJK Sumbangan
·       Mengenal pasti tajaan untuk sambutan Hari Guru

Puan Nurhaiza Bt Che Mat
Cik Wong Mun Yee
Puan Kanagambigai a/p Ramoo
En Rahimi Bin Abd Karim
AJK Pengacara Majlis
·       Menyediakan Skrip Juruacara Majlis
·       Melatih Murid Untuk Menjadi Juruacara
Puan Soraya Bt Abd Rafar
AJK Buku Program
·       Menyediakan Buku Program

Puan Raudzah Bt Ab Rahman

AJK Hadiah/Doorgift
·       Membeli Hadiah Dan Menyusun Pemberian Hadiah Di Atas Pentas
Puan Laili Azuwa Bt Tamrin
Puan Rozinani Bt Awang
Puan Murni Bt Mat Jali
Puan Kavitha A/P Chelliah
         

AJK Permainan / Aktiviti

Cik Hamizah Bt Md Aris
Cik Nor Zalifah Bt Hanafi
Puan Zizawani Bt Fauzi
En Azrin Bin U Mat
En Khairul Azizi B Zainuddin


AJK Hiasan Pentas
·       Menghias pentas dan back drop
Puan Murniyati Bt Masari
Cik Jamaliah Azmirakarimah Bt Mohd Ali
Puan Nafsah Bt Mohd Shah
Puan Umizam Zaharah Bt Ismail



AJK Persiapan Tempat
·       Menyediakan Khemah Dan Kerusi Meja
En Mohd Nidzam B Mohd Yusoff
En Nik Rahmat B Nik Mood
En Amiruddin Bin Mohd Yusoff
En Mohd Hasbi Bin Ramli
En Muhammad Fadzil B Lebai Lutfi
AJK Backdrop
·       Memilih Rekabentuk Backdrop Yang Menarik

En Abdull Azis Bin Arbi
AJK Persembahan
·       Menentukan Persembahan Yang Menarik
·       Mengatur Giliran Persembahan
Cik Noraini Bt Jamaluddin
Puan Norlaili Bt Ani
Puan Salina Bt Mohd Isa
Puan Azimah Bt Ibrahim
Puan Umi Salbiah Bt Abdul Rahman

AJK Multimedia
·       Agar dapat menyediakan multimedia untuk majlis guru
En Che Mohamad Padali Bin Che Mat

AJK Dokumentasi
·       Menyediakan Dokumentasi Selepas Program
Puan Haliza Bt Halid
Puan Nurul Hamiza Bt Nodzari


AJK Jurufoto
·       Menangkap gambar untuk didokumentasikan
Puan Norliza Rafie
Puan Norliza Borhan

AJK Jamuan

·       Menyediakan Jamuan
·       Mencadangkan Menu
Puan Tengku Laila Sari Bt Tengku Jusoh
Puan Khairul Akhmar Bt Omar
Puan Nurul Shafini
Puan Faiza Bt Mamat
Puan Amila Bt Abdullah

AJK Siaraya
·       Memastikan Siaraya Dapat Berfungsi Dengan Baik
En Bala Segar A/L M. Muniandy                        








         
6.0     TENTATIF PROGRAM
          7.30 pagi      : Sarapan pagi di kantin
          8.00 pagi      :Pelajar berkumpul di tapak perhimpunan
8.15 pagi      :Perarakan masuk guru-guru di tapak perhimpunan
                              : Bacaan doa
                              : Bacaan Perutusan Hari Guru: Oleh Menteri Pendidikan
                              : Bacaan Perutusan Hari Guru: Oleh KPPM
          8.40 pagi      : Persembahan guru dan pelajar
                              : Penyampaian cenderamata
          10.00 pagi     : Aktiviti permainan
          11.30 pagi     :Jamuan makan
                              - Persembahan multimedia persaraan guru dan staf
                              - Aktiviti memotong kek
                              - Ucapan Dari Yang Diraikan Persaraan
     1.10 tengah hari   : Bersurai



7.0     ANGGARAN KEWANGAN
          Tabung Kelab Guru                               =        RM 1,000
          Tajaan                                                  =        RM 1,000
          PIBG                                                    =        RM 1,000
          Pendapatan                                          =        RM 3,000

          Perbelanjaan
          Cenderamata guru(RM10 x 110 orang)  =        RM 1,100
          Hadiah persaraan (RM100 x 2 orang)     =        RM    200
          Jamuan guru         (RM10 x 110 orang)  =        RM 1,100
          Backdrop                                              =        RM    100
          Hadiah aktiviti / pertandingan                 =        RM    500
          Jumlah                                                 =        RM 3,000
                   
8.0     PENUTUP
          Diharapkan agar sambutan Hari Guru peringkat sekolah berjalan lancar dan
mencapai objektif program.yang diharapkan.

Disediakan oleh,                                                        Diluluskan oleh,

(Nurhaiza Bt Che Mat)                                               (Kamariah Bt Abu)
Guru Kaunseling                                                       Pengetua



Happy weekend
With sore throat :(


          

20 comments

Assalamualaikum cikgu. Saya mohon izin untuk rujukan ya. Terima kasih :-)

Salam
Sila ambil untuk rujukan
Sama sama

salam cikgu.macam mana cara untuk dapatkan tajaan ye?

Salam Liya
Cara dapatkan tajaan
1) Rujuk kaunselor kamu, IPTS manakah yang paling popular atau ada kemasukan dari sekolah kamu untuk mendapatkan beg doorgift atau doorgift yang berkaitan. Jika IPTS itu mempunyai kulinari, mohon untuk tajaan kek :)
2) Mohon Yaysan Yendidikan kawasan kamu untuk kewangan tunai
3) Mohon PIBG untuk kewangan tunai
4) Tanya pada kerani kewangan , pembekal manakah yang selalu berurusan dengan sekolah kamu untuk mendapatkan hamper
5) Jangan lupa pada kontraktor yang membekalkan makanan di kantin untuk mohon tajaan jamuan juga
6) Kenalpasti alumni yang telah berjaya untuk menyumbang apa sahaja sama ada banner atau potluck
7) Jangan lupa juga KSIB yang boleh membantu kini

Semua ini perlu kertas kerja dan surat mohon tajaan. Semoga ia membantu anda.

Nor Aqidah delete May 10, 2016

Assalamua'alaikum Cikgu Haiza..
Saya minta izin untuk jadikan kertas kerja ni sebagai rujukan ya. Terima kasih cikgu.. ^^

Terima kasih...Selamat Hari Guru!!!

assalamualaikum cikgu
saya mohon izin utk rujukan ye
terima kasih

naz

assalamualaikum...saya ingin bertanya, adakah program sambutan hari guru ini sememangnya berada di bawah ubk ataupun kelab guru sekolah...

Salam
Sambutan hari guru di bawah kelab guru. Kebetulan saya juga adalah AJK Biro Profesionalisme Kelab Guru yg menguruskan LDP dan program guru.

Salam Naz
Ye sila gunakan untuk rujukan

assalamuaalaikum. saya nak tanya pendapat. apakah sumbangan yg boleh dilakukan oleh sesebuah kelab di sekolah bersempena dgn sambutan hari guru?

Salam
Sumbangan kelab..contohnya kelab yg ahlinya untuk murid murid seperti contoh Kelab Kerjaya. Kelab boleh menyumbang sewaktu Hari Guru dgn memeriahkan suasana Hari Guru dgn sukarela membuat persembahan Hari Guru, membina kad Hari Guru dan mengedarkan kad tersebut kpd setiap Guru, mencari tajaan untuk cenderamata Hari Guru,

salam cikgu.

mohon buat rujukan ye.. terima kasih

salam admin...saya mohon untuk ambil sebagai rujukan yer..terima kasih banyak2..

Terima kasih kerana sudi berkongsi.. Saya mohon untuk buat rujukan.. :)

Sama sama. Semoga mendapat manfaatnya.

Salam. Mohon untuk buat rujukan ya.

 

Telegram Channel