18 April 2016

Manual Guru Kaunseling Menangani Kes Murid Gangguan Seksual/Rogol/ Hamil

Hari ini saya mendapat kes berkaitan dengan gangguan seksual dan saya share di sini manual berkaitan dengan kes ini untuk disebarluaskan kepada murid semula agar mereka sedar mengenai adakah mereka mangsa atau tanpa sedar mereka yang merupakan orang yang terlibat dalam gangguan seksual yang difikirkan selama ini bergurau sahaja.

MANUAL MENANGANI
KES GANGGUAN SEKSUAL MURID


1.       PENDAHULUAN
Definisi kanak-kanak mengikut perlembagaan negara adalah merujuk kepada Akta Kanak-kanak (2001) iaitu “ kanak-kanak adalah merupakan seseorang yang berusia di bawah umur 18 tahun”. Sehubungan itu, isu gangguan seksual terhadap kanak-kanak boleh berlaku apabila seorang individu dalam kalangan kaum lelaki atau perempuan, menggunakan kanak-kanak untuk memuaskan nafsu seksnya. Gangguan seksual boleh terjadi apabila berlakunya unsur atau keadaan seperti memaksa, mengancam atau menipu terhadap kanak-kanak dengan tujuan untuk melakukan aktiviti seks. Gangguan seksual tersebut boleh berlaku secara fizikal ataupun bukan fizikal. Pernyataan gangguan seksual adalah seperti di bawah :
a)            Mengeluarkan perkataan dan aksi lucah terhadap kanak-kanak secara langsung atau melalui media cetak dan elektronik.
b)            Menghantar ‘sms’, ‘mms’ dan video lucah secara sengaja.
c)            Mengintai atau ‘skodeng’ kanak-kanak untuk tujuan keberahian seks.
d)            Menggalak atau memaksa kanak-kanak menonton video lucah.
e)            Mencium  kanak-kanak dengan bernafsu.
f)              Bercerita atau bercakap perkara lucah terhadap kanak-kanak.
g)            Sentuhan seks (mengusap-usap bahagian sulit badan, membelai-belai bahagian tubuh) terhadap kanak-kanak.
h)            Mengambil gambar pornografi kanak-kanak.
i)              Persetubuhan sama ada melalui faraj atau dubur terhadap kanak-kanak.
j)              Memasukkan sesuatu objek ke dalam faraj, mulut atau dubur kanak-kanak.
k)            Melakukan onani  terhadap kanak-kanak.
l)              Melacurkan kanak-kanak.

Isu ini menjadi serius dan dapat dielakkan serta ditangani sekiranya masyarakat mengamalkan sikap prihatin dan mengambil tahu keadaan sekeliling. Masyarakat tidak boleh hanya membebankan tangunggungjawab menangani isu ini kepada pihak sekolah sahaja.
Oleh yang demikian, manual menangani gangguan seksual murid ini akan menjadi garis panduan kepada semua warga sekolah melaksanakan langkah-langkah pencegahan dan pemulihan untuk menghadapi situasi yang sedang berlaku serta tatacara bertindak.
Manual ini mengandungi penerangan ringkas berhubung perlakuan gangguan seksual ke atas murid dari aspek:

(a)        Akta yang berkaitan ( Akta Pelindungan Kanak-Kanan dan Akta Pendidikan)
(b)        Kanun Keseksaan merujuk kepada undang-undang negara di bawah Seksyen 354, 355, 372, 373, 375, 376, 377A, 377B, 377C, 377D, 377E dan  509.
        Akta Kanak-kanak (2001)
        “ Sesiapa saja melakukan kesalahan tersebut boleh dihukum dan sekiranya didapati bersalah boleh dihukum penjara dan/atau disebat dan/atau  didenda. Mangsa adalah pengadu yang dikehendaki memberi keterangan di mahkamah sebagai seorang saksi.  Untuk mengurangkan trauma yang dialami oleh mangsa, adalah perlu untuk diberi perkhidmatan kaunseling perundangan dan sokongan sebelum, semasa dan selepas perbicaraan dijalankan. Mangsa perlu mendapat perkhidmatan guaman untuk melindungi kepentingannya dan bertindak bagi pihaknya ketika perbicaraan” (dengan berperanan sebagai peguam pemerhati).

(c)        Kategori, Perlakuan dan Kesan Gangguan Seksual;

(d)        Tindakan Orang Yang Mengalami Gangguan Seksual (Kes Rogol);

(e)        Tindakan murid-murid, ibu bapa, pihak sekolah dan Guru Bimbingan dan Kaunseling yang Mengendalikan Aduan Gangguan Seksual (Kes Rogol);

(f)         Menangani Kesan Gangguan (Kes Rogol); dan

(g)        Program Pencegahan Gangguan Seksual Di Sekolah




1.1     TUJUAN
Manual ini bertujuan untuk memberi pemahaman tentang gangguan seksual dan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak-pihak yang terlibat:

(a)      Meningkatkan pemahaman dan kesedaran kepada murid dan pihak sekolah terhadap perlakuan gangguan seksual.

(b)     Menjadi panduan untuk menentukan kategori gangguan seksual terhadap murid.

(c)          Memberi panduan tentang tindakan yang boleh diambil oleh pihak sekolah terhadap murid yang mengalami gangguan seksual.

(d)         Memberi panduan untuk mengendalikan aduan gangguan seksual.

(e)         Memberi panduan kepada pihak sekolah cara terbaik menangani gangguan seksual melalui program pencegahan gangguan seksual.

1.2      TAFSIRAN
 “Rogol” bermaksud dalam undang-undang jenayah, istilah merujuk kepada serangan seksual yang mana penyerang memaksa mangsa yang enggan bersetuju untuk melakukan hubungan seksual seperti memasukkan alat kelamin lelaki ke dalam faraj perempuan.
Sesetengah perundangan menggunakan istilah seperti "serangan seksual" atau "dipukul untuk seksual",  juga merujuk kepada hubungan seksual dengan seorang yang rela tetapi dari segi undang-undang belum cukup umur; ini dikenali sebagai "rogol statutori".
Dalam bahasa pasar, istilah "rogol dating" atau "rogol kenalan" (acquaintance rape) merujuk kepada perogolan yang berlaku antara individu yang ‘dating’ atau berkenalan. Rogol yang disebabkan penggunaan pukau  untuk membuat mangsa mereka tidak sedar akan diri sebelum diserang.
“Sumbang Mahram” bermaksud kegiatan seks antara ahli-ahli keluarga yang rapat seperti ibu bapa, datuk atau nenek, saudara kandung (abang, kakak, adik), saudara tiri (bukan saudara angkat), saudara dari ibu bapa, anak saudara, serta cucu.
“Cabul” bermaksud sebagai satu  bentuk gangguan  seksual yang melibatkan sentuhan pada tubuh badan mangsa tanpa kerelaan.
“Liwat”  bermaksud sebagai memasukkan alat kelamin lelaki atau objek ke dalam dubur individu yang lain.

Gangguan seksual bermaksud percakapan dan perlakuan fizikal yang tidak disenangi atau tidak diterima seperti;
a)    Perkataan yang digunakan, jenaka, simbol, kartun, simbol, lukisan, gambar atau poster lucah.
b)    Mecabul kehormatan, meraba, memegang dan menggesel tubuh badan dengan sengaja.
c)     Mengemukakan soalan yang berkaitan dengan anggota sulit.
d)    Mencadang atau mengajak melakukan perbuatan lucah atau seks.
e)    Memalukan seseorang dari segi seksual.
f)      Tingkah laku yang tidak menyenangkan dan memalukan.
g)    Meminta habuan seks dengan menjanjikan sesuatu.

1.3     OBJEKTIF
a)  Menolak unsur-unsur yang tidak bermoral.
b)  Menjaga nama baik sekolah sebagai institusi pendidikan.
c)  Menghasilkan penyelesaian yang adil kepada mangsa gangguan seksual dan merahsiakannya.
d)  Menimbulkan kesedaran dan perubahan sikap kepada orang yang melakukan kesalahan supaya tidak berulang lagi.
e)  Menanam nilai-nilai murni kepada warga sekolah.
f)    Meningkatkan rasa selamat dalam kalangan murid.




1.4    Kategori Gangguan Seksual
Gangguan seksual yang digambarkan boleh di kategori seperti berikut;

a)       Cubaan Untuk Merapati Orang Lain Secara Seksual
Secara umum, semua kategori dan bentuk perlakuan serta gangguan seksual termasuk dalam perbuatan “merapati orang lain secara seksual”.  Perbuatan ini mengambil berbagai bentuk dan dilakukan dengan berbagai cara  yang boleh berlaku sekali sahaja atau berulang kali sehingga mendapat reaksi daripada pengadu.

b)       Meminta Layanan Seksual Daripada Orang Lain
Kategori gangguan seksual ini lebih khusus dan boleh berlaku dalam keadaan dianggap sebagai  ganjaran dan faedah-faedah lain yang dijanjikan sekiranya pengadu bersetuju memberikan layanan seksual kepada pemangsa.
(c)      Gangguan Seksual Yang Mengugut
Keadaan seperti ini boleh berlaku apabila terdapat elemen ugutan cubaan untuk merapati orang lain secara seksual atau meminta layanan seksual bagi mendapatkan faedah tertentu seperti yang dinyatakan di atas.  Perbezaannya ialah pengadu tidak dijanjikan dengan faedah-faedah tertentu sebaliknya diugut tidak akan mendapat faedah-faedah seperti contoh yang dinyatakan sekiranya pengadu tidak membenarkan pemangsa tersebut merapatinya secara seksual atau enggan memberi layanan seksual kepadanya.  
Contoh; sekiranya permintaan untuk layanan seksual tersebut ditolak, mangsa diugut dan sebagainya



1.5     PANDUAN PENCEGAHAN
Peranan Murid
a)    Murid perlu mengamalkan tingkah laku dan akhlak yang mulia.
b)    Tidak menyalahkan diri sendiri dan meminta bantuan daripada rakan serta guru.
c)     Elakkan diri daripada terperangkap dalam situasi yang menggalakkan berlakunya gangguan seksual contoh: pergaulan bebas, penggunaan laman sosial secara tidak sihat.
d)    Jika murid mengalami gangguan seksual, murid hendaklah melaporkan kepada orang yang dipercayai seperti ibu bapa/ penjaga dan guru bimbingan dan kaunseling supaya mendapat nasihat dan tunjuk ajar bagi mengatasi masalah tersebut.
e)    Membuat panggilan ke talian Nur 15999 untuk mendapatkan pelindungan
f)      Merujuk kepada pegawai perubatan untuk mendapatkan rawatan dan pengesahan di hospital atau ‘One Stop Crisis Center’.

Peranan Ibu Bapa
a)    Memastikan anak-anak mendapat didikan agama yang sempurna dan mengamalkannya.
b)    Sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak dan kenali rakan sebaya mereka.
c)     Sentiasa peka kepada perubahan personaliti dan tingkah laku anak-anak dari segi perubahan fizikal dan emosi yang mendadak seperti kemurungan.
d)    Luangkan masa bersama anak-anak untuk mengetahui perkembangan semasa anak-anak.
e)    Dapatkan bantuan daripada agensi lain seperti agensi kerajaan (Jabatan Kebajikan Masyarakat dan One Stop Crisis Centre) dan agensi bukan kerajaan (seperti All Women’s Action Society dan PS The Children) dan yang berkaitan.
f)      Memahami tatacara bertindak menangangani gangguan seksual dengan betul.
g)    Menangani kes dengan tenang dan rasional.
h)    Melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa.




Peranan Sekolah
a)    Menganjurkan program seperti ceramah, bengkel, seminar dan kempen kesedaran gangguan seksual dan langkah-langkah pencegahan kepada semua warga sekolah.
b)    Memantapkan peraturan sekolah.
c)     Meningkatkan persekitaran yang selamat, stabil, diyakini dan selesa dimana pelajar boleh memberitahu, melapor dan menyuarakan idea, perasaan dan pendapat mereka.

1.6     Panduan Menghindari Diri Daripada Gangguan Seksual Untuk Murid
a)       Memahami, mengenal pasti sentuhan selamat dan tidak selamat. (Tiada siapa boleh menyentuh bahagian sulit kecuali untuk penjagaan kesihatan dan kebersihan).
b)       Elakkan berjalan bersendirian di tempat sunyi, gelap atau dikenali sebagai kawasan berisiko tinggi (hot spot).
c)       Bawa wisel atau alat yang mengeluarkan bunyi bising sebagai tambahan kepada usaha untuk menarik perhatian orang ramai.
d)       Jika diserang, cari peluang untuk melepaskan diri dengan bercakap-cakap, berunding atau berlakon sambil mencari peluang melepaskan diri.
e)       Menjerit sekuat hati, meraung dan sebagainya untuk mendapatkan bantuan.
f)         Berjalan secara berkumpulan.
g)       Jangan melayani orang yang tidak dikenali.
h)       Gunakan teknik seni mempertahankan diri, jika tahu.
i)         Pergi ke tempat yang lebih selamat jika mampu.


1.8     PANDUAN MENANGANI KES ROGOL SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS.
SEBELUM
SEMASA
SELEPAS
Langkah-langkah Pencegahan
i.         Ceramah kesedaran          gangguan seksual kepada murid dan guru.(Modul Saya Selamat)
ii.        Ceramah kesihatan      penjagaan sistem reproduksi remaja.
iii.       Pameran dan sudut    maklumat undang-undang jenayah seksual (brosur, poster, carta alir dan sebagainya)
iv.      Meningkatkan persekitaran yang selamat, stabil, diyakini dan selesa.
v.        Menyediakan kemudahan –kemudahan aduan seperti peti-peti aduan, email dan laman sosial.





i.     Mendapat laporan daripada mangsa.

ii.    Mengenal pasti klien yang mempunyai tanda-tanda awal dan perubahan tingkah laku, perubahan emosi luar biasa ataupun maklumat daripada pihak ketiga.

iii.   Berjumpa dengan klien dan sesi kaunseling dijalankan.

iv.  Siasatan mula dijalankan dengan mengambil kira pelbagai aspek seperti rakan-rakan, bentuk fizikal mangsa, dan lain-lain lagi.

v.    Jika siasatan menunjukkan tiada asas maka kes digugurkan/ tutup. Sekiranya ada kes, pihak sekolah perlu meneruskan dan menghubungi:-
a.     Ibu bapa/ penjaga akan diberi konsultasi untuk menghadapi kes ini.
b)     Ibu bapa/ penjaga akan melaporkan kes ini kepada pihak polis.
c)     Pihak sekolah melalui pengetua akan membuat laporan kepada PPD dan  JPN untuk memaklum kes dan meminta pandangan.
d)     Pengetua akan membuat laporan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
e)     Sesi kaunseling masih     terus dijalankan. Laporan penuh sesi kaunseling disediakan.

  i.        Memastikan sesi kaunseling diteruskan sekurang-kurangnya sekali seminggu.

 ii.        Sentiasa berhubung/        mendapatkan maklum balas daripada ibu bapa/ penjaga dan guru tingkatan.

iii.        Memastikan kebajikan klien dijaga dan kerahsiaan klien terpelihara.

.




2. PROSEDUR KERJA MENANGANI KES MURID HAMIL
2.1     PENDAHULUAN
          Remaja ditakrifkan sebagai individu yang berumur antara 14 hingga 21 tahun. Mereka merupakan aset penting dalam masyarakat dan negara kerana tanpa remaja, kesinambungan zuriat generasi akan datang akan terjejas. Di Malaysia golongan remaja merupakan majoriti daripada jumlah penduduk sedia ada. Oleh itu, dari sudut kenegaraan, remaja mempunyai peranan yang amat penting untuk menyumbang kepada pembangunan, kemajuan dan pemodenan sesebuah negara.
          Pada usia remaja, mereka dikatakan sangat naïf  terhadap perkara-perkara yang menyeronokkan dan selalu ingin mencuba sesuatu perkara tanpa memikirkan kesan dan akibatnya pada masa akan datang. Hakikatnya para remaja di Malaysia pada hari ini sedang melalui satu kemelut psikologi dan kecelaruan hidup akibat daripada perkembangan sosial, ekonomi dan politik yang pesat di negara ini.
          Isu yang hangat diperkatakan  hari ini adalah perlakuan seks bebas ataupun zina (menurut Islam) manakala dari istilah bahasa bermaksud hubungan seks yang dilakukan oleh lelaki dan perempuan tanpa melalui proses perkahwinan yang sah di sisi undang-undang.  Zina merupakan gejala seks bebas yang dipandang keji di sisi masyarakat yang memberikan kesan yang amat berbahaya kepada perkembangan remaja masa kini. Zina mempunyai kaitan yang rapat dengan tingkah laku negatif seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, lepak, tontonan video lucah yang berleluasa, minum arak, lari dari rumah, penagihan dadah dan pembunuhan.
          Perhubungan seks secara bebas ataupun zina dalam kalangan murid sekolah merupakan satu gejala yang amat membimbangkan.


2.2     OBJEKTIF
                             i.        Menyediakan prosedur kerja dalam menangani isu murid hamil.
                           ii.        Memberikan penyelesaian yang adil kepada murid.
                          iii.        Menimbulkan kesedaran dan perubahan sikap kepada murid yang melakukan kesalahan supaya tidak berulang lagi.
                         iv.        Memberi bimbingan dan sokongan kepada murid dan keluarga.
                           v.        Menangani gejala buang bayi.
                         vi.        Menangani kes hamil luar nikah daripada berulang.

2.3     KES-KES KEHAMILAN
a.     Kes muridperempuan dengan murid lelaki berlaku di kawasan sekolah.
b.     Kes murid perempuan dengan murid lelaki berlaku di luar kawasan sekolah.
c.     Kes murid perempuan dengan bukan murid sekolah berlaku di luar kawasan sekolah.

2.4     PANDUAN PENCEGAHAN

PERANAN MURID
a)    Kepada mangsa yang terlibat hendaklah berjumpa dengan guru-guru atau sesiapa yang dipercayai untuk membincangkan permasalahan yang dihadapi.
b)    Kepada murid (bukan mangsa) yang mengetahui adanya kes kehamilan, hendaklah memaklumkan kepada guru dan merahsiakan kes tersebut.

PERANAN GURU BIMBINGAN DAN  KAUNSELING
a)    Melaporkan kepada pengetua/ guru besar jika berlaku kes kehamilan.
b)    Mengenal pasti kesahihan kes tersebut/ menjalankan siasatan.
c)     Jika benar, tindakan-tindakan berikut perlu diambil :-
                                               i.          Berbincang dengan murid.
                                           ii.          Menjalankan sesi kaunseling bersama murid dan ibu bapa/ penjaga.


PERANAN GURU
a)    Terima aduan dan rahsiakan identiti murid.
b)    Melaporkan kepada pengetua/ guru besar.

PERANAN PENTADBIR SEKOLAH
a)    Menjalankan siasatan kes.
b)    Menubuhkan jawatankuasa bertindak.
c)     Sekiranya ada kes, makumkan kepada ibu bapa/ penjaga.
d)    Laporkan kepada PPD/ JPN.
e)    Memastikan prosedur kerja menangani isu kes kehamilan dilaksanakan.
f)      Memastikan penyelesaian yang adil terhadap murid

PERANAN IBU BAPA/ PENJAGA
a)    Sentiasa mengawasi pergerakan dan peka kepada perubahan tingkah laku anak-anak.
b)    Memberi kerjasama kepada pihak sekolah.
c)     Membuat pemeriksaan doktor dan laporan polis jika perlu.
d)    Memberi pendidikan keagamaan dan moral kepada anak-anak.

2.3 TATACARA MENANGANI  KES MURID HAMIL DI SEKOLAH
Menerima Rujukan Kes Kehamilan /Menerima Aduan
Jalankan siasatan mengikut tatacara seperti Lampiran 5.

SENARAI SEMAK MENANGANI KES ROGOL
BIL
PROSES KERJA
TINDAKAN (/)
CATATAN
1
Mendapat laporan daripada klien/ mangsa/ saksi.


2
Mengenal pasti klien yang mempunyai tanda-tanda awal
 Perubahan fizikal


Perubahan tingkah laku


Perubahan emosi luar biasa


Maklumat rakan-rakan mangsa


3
Berjumpa dengan klien dan sesi kaunseling dijalankan.


4
Siasatan mula dijalankan.


5
Jika siasatan menunjukkan tiada asas maka kes digugurkan/ tutup. Sekiranya ada kes, pihak sekolah perlu meneruskan dan menghubungi:-
5.1)    Ibu bapa/ penjaga akan diberi konsultasi untuk  
          menghadapi kes ini.
5.2)    Ibu bapa/ penjaga boleh melaporkan kes ini ke
          pihak polis.


6
Jika pihak ibu bapa/ penjaga enggan membuat laporan polis:-
6.1)    Pihak sekolah melalui pengetua akan membuat
          laporan kepada PPD dan JPN untuk memaklum
          kes dan meminta pandangan.
6.2)    Pengetua akan membuat laporan kepada
          Jabatan Kebajikan Masyarakat.


7
Sesi kaunseling masih terus dijalankan.


8
Laporan penuh sesi kaunseling disediakan.




  LAMPIRAN 3

Akta Berkaitan
1.       Mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (Akta 574), melakukan persetubuhan      dengan gadis dibawah usia adalah perbuatan jenayah dan salah di sisi undang-undang serta boleh didakwa.
2.       Mengikut Akta Pendidikan 1966 pelajar yang dilaporkan mengandung luar nikah tidak boleh dibuang dari sekolah tetapi akan dinasihatkan bercuti sehingga mereka bersalin.
3.     Mengikut Seksyen 376 (2) (e) Kanun Keseksaan, hukuman bagi kesalahan merogol 
       kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah ialah penjara tidak melebihi 30 tahun dan                sebatan.     


 LAMPIRAN 4
SULIT

 

LAPORAN MAKLUM BALAS KES

* ROGOL/ HAMIL/ BUNUH DIRI

 

SEKOLAH : ___________________________________________________________
NO TELEFON (SEKOLAH): ______________________ (FAKS) : ________________
NO. RUJUKAN                  :_______________________
TARIKH KEJADIAN           :________________ HARI: ___________ MASA: ________
TEMPAT (Lokasi)              :________________

A. MAKLUMAT MURID:


1.          Nama:                                                                                                     __________







-


-





 
2.          No. Kad Pengenalan :                                                          *Jantina : L   /  P 

3.           Tingkatan : _________________________


4.          Alamat Email : _______________________


5.           Nama Ibu/Bapa atau Penjaga  *: _____________________________________


6.           Pertalian dengan Penjaga: __________________________________________

7.           Alamat  rumah : __________________________________________________

________________________________________________________________

8.          No.Telefon Ibu/Bapa atau Penjaga: ___________________________________


*Sila potong yang tidak berkenaan


SULIT                                                                                                                                                                       

B.          ISU                        :     Nyatakan:
C.          DAPATAN           :
FIZIKAL (Physical)             :
Kecederaan, kecacatan, kesakitan, kesan kelar/cubit/lebam

TINGKAH LAKU( Behaviour):
Agresif, pendiam, memberontak, ragu-ragu/was-was



EMOSI (Emotion)              :
Sedih, murung, panas baran,

DERIA (Sensory)               :
Sensitif  terhadap sentuhan/ pandangan/ pendengaran



KHAYALAN( Imagery)  :
Mengelamun, hilang fokus


FIKIRAN ( Cognitive)  :
Ghairah menceritakan sesuatu kepada rakan, hilang keyakinan diri, takut

HUBUNGAN PERSEORANGAN(Interpersona)l:
Menyendiri dan tidak suka bergaul atau sebaliknya

DADAH / UBAT / DIET (Drug) :
Tanda-tanda ketagihan ubat, hilang selera makan

KEUPAYAAN BEKERJA (Ability):
Suka tidur, ponteng, tidak menyiapkan kerja, kerap keluar kelas, prestasi akademik merosot.


D.       RUMUSAN (Maklum Balas)
           







Nama dan tandatangan pelapor:                                                   Disahkan Oleh : Pengetua/Guru Besar


________________________________                                       
(                                                                          )    
 Tarikh:                                                                                                    Tarikh:



 



                                      

               

LAMPIRAN 6 : 
 SENARAI SEMAK MENANGANI KES MURID HAMIL
BIL
PROSES KERJA
TANDAKAN (/)
CATATAN
1
Mengenal pasti murid yang  mempunyai  tanda-tanda awal kehamilan melalui tingkah laku, ekspresi muka dan perubahan emosi  luar biasa ataupun maklumat rakan-rakan mangsa dan warga sekolah.


2
Sesi Kaunseling
-        Berjumpa dengan klien berkenaan untuk mendapatkan kesahihan kes yang dilaporkan.
-        Mendapatkan akuan bertulis daripada klien.


3
Laporkan kes kepada Pengetua/ Guru Besar


4
Sekolah membuat laporan  kepada pihak PPD dan JPN


5
Berbincang dengan ibu bapa / penjaga.


6
Melibatkan klien dengan program-program  intervensi, kerohanian dan keibubapaan


7
Menyediakan rekod dan  laporan







Happy birthday Nafsah

3 comments

Assalamualaikum Puan,
Boleh says tahu tahun manual ini diterbitakan untuk citation saya. Terima kasih puan

Assalamualaikum puan,
Boleh saya tahu tahun manual ini diterbitkan untuk citation saya,

waalaikummussalam Maryam
Lama sangat dah manual ini di upload..lupa nak tulis sumber mana dan memang dah tak ingat pula dari mana saya ambil. Maaf

 

Telegram Channel