28 April 2016

Mesyuarat Agong Majlis Guru Cemerlang WPKL 2016

AJK 2015/2016 dan AJK 2016/2017


Hari ini saya outing lagi..sebaik sahaja mengendalikan program RAI di sekolah, saya rushing ke IPG Ilmu Khas di bangunan TESL, tempat kursus kajian tindakan dijalankan untuk guru cemerlang WPKL dan Mesyuarat Agong Majlis Guru Cemerlang WPKL 2016. 
Program bermula dengan kursus kajian tindakan selama 2 jam oleh pensyarah IPG bahagian pembangunan inovasi yang berkongsi pengalaman menjalankan inovasi. Memandangkan pada tahun ini, WPKL baru sahaja memperkenalkan KIK Kumpulan Inovatif Kreatif untuk dipertandingkan, maka ia adalah satu pendedahan penting untuk kami. 

Slot seterusnya dari Sektor Akademik mempromosikan jawatan SISC + untuk BM, BI dan yang terbaru Sains. Bagi guru cemerlang yang akan memasuki time based gred seterusnya mereka boleh memohon jawatan tersebut kerana jawatan tersebut hanya untuk guru cemerlang sahaja yang dibenarkan memohonnya. Waaa tangga gaji yang menarik untuk mempercepatkan kenaikan ke gred baru. 

Seterusnya sesi luahan pelbagai guru cemerlang mengatakan mengenai kedudukan mereka yang mendapat guru cemerlang, tetapi apabila sudah berada ke gred seterusnya maka status guru cemerlang tersebut tergugur juga dan perlu memohon untuk guru cemerlang ke gred berikutnya. 

Antara lain pula ialah ada sekolah yang meletakkan guru cemerlang dalam mencalonkan ke jawatan penolong kanan dan pengurusan. Ketua Sektor menyatakan bahawa jika sekolah mencalonkan guru cemerlang dalam jawatan pengurusan, pihak JPN akan menolaknya kerana nama guru cemerlang tidak boleh dilantik sebagai PK jika masih berstatus guru cemerlang kecuali jika sudah masuk time based dan status guru cemerlang tergugur. 


Seterusnya perlantikan jawatankuasa yang baru untuk Majlis Guru Cemerlang yang baru


Ahli Jawatankuasa Tertinggi Majlis Guru Cemerlang WPKL 2016/2017
Pengerusi: Pn Lee Saw Im        SMK Seri Bintang Utara
Naib Pengerusi: Puan Haslindar Nor Bt Ismail   SMK Seri Bintang Selatan
Setiausaha: Puan Norfadhlina Bt Abdullah     SMJK Chong Hwa
Bendahari : Puan Tan Su Ling    SMK Seri Hartamas

Tahniah diucapkan. Memandangkan pemilihan pada tahun ini geng guru cemerlang kaunseling DG 48 seramai 2 orang sebelum ini telah bersara, secara automatiknya saya sahaja yang tinggal untuk dilantik sebagai AJK Ketua Kumpulan Guru Cemerlang  Kaunseling . Manakala 4 orang guru cemerlang DG 44 pula tiada kerana tiga orang telah ke time based 48 dan tiada lagi dalam barisan guru cemerlang, seorang lagi pula telah menyambung pelajaran. Well...nampaknya saya kena bina team saya sendiri di luar Majlis Guru Cemerlang jika menjalankan projek untuk kaunseling. Bagi guru cemerlang kaunseling dari negeri lain, jika anda terbaca statement ini, dan berminat untuk menjalankan projek kaunseling dengan saya, jangan keberatan hubungi saya :)


Istana Budaya
Teater Ombak Rindu
Melepas lagi,..ahaks





 

Telegram Channel