11 April 2016

Pelancaran Sahsiah Unggul Individu Terbilang (SUIT) dan Anugerah Ant & Ultimate

Sila klik link sebelah : pelancaran SUIT


Video di atas mengenai pelancaran program Sahsiah Unggul Individu Terbilang yang telah dilancarkan pada 11 April 2016. Terima kasih kepada semua pelakon sketsa ini yang terdiri dari murid PRS Tingkatan 4 yang dibimbing oleh saya minggu lepas. Dirasmikan oleh PK HEM Pn Chong dan seterusnya majlis penyampaian sijil kepada murid kategori Ant dan Ultimate. Murid kategori Butterfly yang pemalu akan diserahkan dalam satu majlis khas bersama murid kategori SPOT Butterfly.

Di sini saya share petikan juruacara yang mengendalikan sketsa ini
SKRIP SAHSIAH UNGGUL INDIVIDU TERBILANG


Assalammuaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada
Yang Berusaha Encik Mohamad Jamil B Abdul Samad : PK Kurikulum
Puan Chong Moi Lan : PK Hal Ehwal Murid
Puan Maznah Musa : PK Kokurikulum
Guru-guru dan murid sekelian.
Pada hari ini akan diadakan pelancaran program Sahsiah Unggul Individu Terbilang iaitu nama ringkasnya SUIT yang diadakan untuk meningkatkan sahsiah murid di sekolah.
Bagi melancarkan program ini, dijemput PK Hal Ehwal Murid iaitu Puan Choong Moi Lan untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya melancarkan program SUIT ini
Terima kasih Puan Choong Moi Lan
_____________________________________________________________________________
Seterusnya dijemput barisan ahli Pembimbing Rakan Sebaya Tingkatan 4 di bawah bimbingan Puan Nurhaiza Che Mat akan mempersembahkan sebuah sketsa mengenai program SUIT.
TEKS JURUACARA
PERGERAKAN
Apakah itu SUIT? SUIT ADALAH SINGKATAN KEPADA

S ialah Sahsiah
1 – Kadboard huruf S dipegang
U ialah Unggul
1-Kadboard huruf U dipegang
I ialah Individu
1-Kadboard huruf I dipegang
 Dan T ialah terbilang
1 – Kadboard huruf T dipegang
Program SUIT ialah singkatan kepada Sahsiah Unggul Individu Terbilang di mana program ini menggalakkan sahsiah murid yang terpuji

Di bawah program SUIT ini, terdapat 3 kategori yang diperkenalkan untuk mencari murid yang sesuai dengan setiap tahap tersebut

Kategori pertama iaitu Kategori Ultimate untuk murid yang mempunyai kecemerlangan dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah.
Pegang board Ultimate
Contohnya murid mencapai 8A PT3, aktif dalam kokurikulum dan tiada masalah disiplin.

Seorang murid bawa trofi
Seorang murid pegang sijil
Seorang cemerlang dalam akademik pegang 8A
Kategori kedua iaitu Kategori Butterfly  untuk mengenalpasti pelajar yang dapat menunjukkan paling banyak perubahan dari tingkahlaku negatif kepada tingkahlaku yang positif.

Pegang board Butterfly
Dan seekor butterfly muncul
Contohnya murid yang ponteng sekolah, ponteng kelas, terlibat dengan masalah disiplin di sekolah tetapi sudah berubah kea rah yang lebih positif dengan penurunan kes ponteng sekolah,  ponteng kelas, dan masalah disiplin.
Murid bergaduh dengan pengawas
Kategori ketiga iaitu Kategori ant untuk memberikan penghargaan kepada murid yang tiada masalah disiplin dan suka membantu guru dan mempunyai pencapaian akademik yang sederhana
Pegang board ant
2 Moskot ant
Contohnya murid walau dari mana –mana kelas sekali pun yang suka membantu guru dengan membawa barang guru, membantu tugasan guru dalam melicinkan apa sahaja program sekolah.
amir dan Aliff berjalan.  Fatin guru jatuh sepahkan buku. Amir dan Aliff tolong



Sekian sahaja persembahan dari kami ahli Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah dan dengan ini kami mengajak semua murid agar dapat meningkatkan sahsiah diri masing – masing. Mempunyai matlamat yang jelas untuk peningkatan akademik, aktif dengan kokurikulum dan berkata TIDAK kepada perkara-perkara negatif.

From France with love 
Thank you Zahidah

Kategori Ultimate : Ain Zafika
 

Telegram Channel