29 April 2016

Pemantauan Buku SPOT Murid Masalah Disiplin Kategori Butterfly SUIT


Hari terakhir bagi bulan April dan saya menyemak kad SPOT yang diberikan kepada murid terpilih projek SPOT bagi menangani masalah disiplin murid terutama yang ponteng sekolah dan ponteng kelas. Seperti entri blog saya sebelum ini dibawah projek kertas kerja Sistem Pemantauan Orang Tertentu murid ini akan dipantau setiap bulan untuk melihat progress mereka dan menilai sama ada mereka dapat bertukar ke kad kuning dari kad merah atau kad hijau dari kad kuning. Ia menunjukkan yang terdapat penurunan tingkah laku bermasalah yang boleh diberikan peneguhan.

Hari ini saya berjumpa dengan murid tegar bermasalah yang masih tidak dapat ditukarkan kad mereka ke warna kuning. Ini kerana murid ini masih lagi menimbulkan masalah tingkah laku berdasarkan kepada komen -komen dalam kad SPOT tersebut oleh setiap guru yang mengajar. Selain itu, sifat lewat datang sekolah yang masih berkala dan ponteng sekolah berkala menyebabkan saya mengambil keputusan murid ini tidak boleh ditukarkan kad mereka. Masih lagi berwarna merah. Antara isu yang masih lagi dibangkitkan ialah
-sukar bangun pagi menyebabkan terlajak lewat atau ponteng terus
- kawan mengajak ponteng kelas juga untuk subjek tertentu
- tidak tahan untuk tidur dalam kelas kerana mengantuk

Satu perjanjian akujanji dengan murid ini dijalankan untuk penurunan salah laku

Feel privilaged that
You are a candle 
That comes to their mind
When there is darkness




 

Telegram Channel