Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

14 April 2016

Pembentangan Pembinaan Pembentangan Modul Minda Sihat Peringkat Kebangsaan





Hari terakhir bengkel pembinaan modul Minda Sihat peringkat Kebangsaan. Sijil penyertaan dianugerahkan kepada setiap peserta seramai 34 orang.  Kami diagihkan kepada 5 buah kumpulan. Dari semalam kami membina modul mengikut kumpulan masing-masing dan malam tadi ialah sesi membentangkan modul kepada setiap kumpulan dalam bentuk gallery walk. Setiap kumpulan yang mengandungi 5 orang ahli diagihkan tugas. Iaitu seorang pembentang, seorang pencatat berada di bilik persembahan masing -masing. Manakala 3 orang ahli dari setiap kumpulan akan bergerak ke bilik -bilik 4 kumpulan yang lain untuk sesi pemurnian dan post mortem perbincangan modul. Akhirnya hampir pukul 12.00 malam juga bengkel gallery walk berakhir malam tadi dan hari ini ialah pembentangan dihadapan pakar -pakar akademik dan pegawai-pegawai BPSH untuk sesi pemurnian modul tersebut oleh pakar-pakar. Saya akan share modul tersebut jika telah siap dan dibenarkan oleh pihak BPSH, KPM. Modul yang kami bina ini dikhaskan untuk murid sasaran program Minda Sihat yang mendapat skor teruk dan sangat teruk untuk kes kritikal yang banyak berlaku yang menjadi banyak isu utama dalam kehidupan murid sasaran program Minda Sihat.


Pembentangan modul dari kumpulan

Pembentangan gallery walk dengan peserta program


Melihat hasil modul kumpulan lain
Penutup: Team WPKL bersama Dr Rosnani
Penutup : Wakil WPKL 

Happy Birthday Fira
Rushing for choclate cake
Mc D and present..
Yeah...fortunately on time :)


No comments: