Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

22 April 2016

Ujian Permata Pintar UKM 1


Mulai hari ini, pengetua meminta saya mengatur murid 1 Imtiyaz, 2 Imtiyaz dan ting 3 untuk menjalankan ujian permata pintar UKM 1. Ujian ini menguji keupayaan kecerdasan murid dan selesai sahaja ujian murid akan menerima sijil penyertaan. Menggunakan kreativiti guru VLE Frog yang meminta semua murid melalui VLE Frog sekolah untuk menjawab soalan ini agar menaikkkan rating penggunaan VLE Frog dalam kalangan murid. 

Sebelum murid -murid ini menjawab soalan, saya membimbing mereka update nama sekolah terlebih dahulu dan kemaskini data ibu bapa yang diperlukan ialah ic ibu bapa dan pekerjaan ibu bapa. Apabila data ini ada, barulah mudah untuk ke langkah seterusnya iaitu menjawab soalan . Mereka mengakses di rumah atau di mana sahaja.

UJIAN UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sesuai digunakan untuk menyaring darjah kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 8 hingga 15 tahun yang dijalankan sejak tahun 2009. Ujian terbuka ini boleh diambil mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun . Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian dan pengurusan bakat intelek semula jadi dalam yang dikendalikan oleh Pusat PERMATApintar Negara

http://www.ukm.my/permatapintar dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my, Jabatan Pedidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Sekolah, dan Maktab Rendah Sains Mara.

Ujian UKM1 merupakan ujian saringan pertama untuk menyertai program-program berikut:
1) Program Perkhemahan Cuti Sekolah STEM UKM-JHU (untuk pelajar 9-15 tahun/Tingkatan 3 pada 2016)
2) Program PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar 8 tahun / Darjah 2 pada tahun 2016 dan beragama Islam)
3) Kolej PERMATA pintar ASAS 1 2017 di UKM (untuk pelajar 11-12 thn pada tahun 2016)



Happy tummy 
Heavy Potluck
From baby April

No comments: