Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

4 May 2016

Pemantauan Murid Juara Permata Penggal Pertama


Saya mengadakan perjumpaan dengan murid Juara Permata hari ini untuk membincangkan kemajuan masing - masing dalam pelajaran. yang penting saya membuat spot check kepada buku kawalan kendiri murid berjumpa guru mentor subjek sama ada berfungsi atau tidak. Ada yang membawa, ada yang memberi alasan tertinggal di rumah walhal buku ini perlu di bawa setiap hari agar mentor subjek dapat menandatangani buku ini bila -bila masa jika ada perjumpaan. 

Memandangkan hujung minggu ini, peperiksaan terlah bermula, saya mengutip semua buku kawalan kendiri murid untuk melihat progress murid ini sama ada aktif atau mendiamkan diri sahaja. Saya mengedarkan juga borang penetapan matlamat awal tahun, untuk dilengkapkan murid mengenai markah ujian bulanan tempoh hari. Ia diperlukan untuk saya membuat analisa progress setiap murid sasaran Juara Permata ini. 

 Seperti yng pernah saya janjikan kepada murid yang mencapai 6A ke atas dalam ujian bulanan yang lalu, maka saya akan membawa mereka berjumpa dengan ikon kerjaya yang mereka idamkan. Antara kerjaya yang dipilih oleh murid 6A ke atas ialah:
ahli robotik
pakar permainan online
akauntan
doktor
aktuaris

Selain itu, saya memberikan taklimat mengenai Perkampungan Ilmu Program Juara Permata yang akan diadakan pada 29-30 Mei 2016 di Singgah Santai Resort, Hulu Langat, Selangor. 


Orait bulan akhir Jun - Julai nanti kita start mencari ikon yang sesuai :)


Exams test your memory
Life tests your learning
Others will test your patience







No comments: