Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

15 May 2016

Video Pembentangan Pertandingan Amalan Terbaik Kaunseling Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2015

Saya kongsikan di sini video you tube dari BTP Negeri Sembilan yang merakan sepanjang perjalanan program. 
Pertandingan Amalan Terbaik Kaunseling (Sekolah Rendah)
1) SK Seksyen 1 , Bandar Kinrara, Selangor - Sistem Program Ransangan Visual Audio Kenestetik Visual (Super VAKS)
2) SK Ledang, Johor - Ikon Yaya
3) SK Bukit Rambai, Melaka. - Teknik AZAN : Meningkatkan Persediaan Minda Dalam Menghadapi Peperiksaan
4) SK Convent, Teluk Intan, Perak - Program 6S ( Senyum, Sopan, Salam, Susun, Senyap, Sanggul)
5) SK Puterajaya Presint 2, Putrajaya - Junior Merit Dimerit




JOHAN
 SK Seksyen 1 , Bandar Kinrara, Selangor - 
Sistem Program Ransangan Visual Audio Kenestetik Visual (Super VAKS)
atu amalan kaunseling terbaik yang diamalkan di SK Seksyen 1, Bandar Kinrara, Selangor  mengenai SUPER VAKS iaitu sistem program ransangan Visual, Audio dan Kinestetik ditambah aspek Spiritual. Sekolah ini mengamalkannya sama ada di tapak perhimpunan malah ada guru yang mengamalkannya di dalam kelas sebelum memulakan aktiviti sama ada guru Islam atau bukan Islam. 




   NAIB JOHAN
 SK Ledang, Johor - Ikon Yaya
Bertitik tolak dari peratus kehadiran murid yang menurun sebanyak 0.09% pada tahun 2013 manakala salah laku disiplin meningkat pada 2014. Ikon Yaya yang bertemakan kartun menepati jiwa murid selari dengan objektif perkhidmatan B&K . Berdasarkan teori permodelan yang diasaskan Albert bandura, peniruan merupakan satu proses pembelajaran di mana melibatkan pemerhatian, penyimpanan, pengeluaran dan motivasi. Persekitaran yang menarik dan penjenamaan semula bilik kaunseling telah dilaksanakan untuk meransang aktiviti pemerhatian murid, wujudnya program bertemakan Yaya untuk meransang proses penyimpanan murid seterusnya , sistem ganjaran yang dinamakan Kupon Yaya diwujudkan untuk meransang motivasi muird juga bertindak sebagai ganjaran setelah murid berjaya menampilkan tingkah laku dan sahsiah baik seperti mana yang dibawa oleh karaktor Yaya. 



                                                                                 KETIGA
SK Bukit Rambai, Melaka. - Teknik AZAN : 
Meningkatkan Persediaan Minda Dalam Menghadapi Peperiksaan

Teknik Azan adalah formula bagi persediaan murid dari segi mental, emosi dan rohani dalam menghadapi peperiksaan dan sebelum memula proses pembelajaran. Murid biasanya, mengalami ketakutan dan cemas apabila mereka menghadapi peperiksaansehingga boleh menyebabkan kehilangan fokus dan tumpuan semasa menjawab peperiksaan walaupun pada hakikat yang sebenar mereka telah bersedia. Di sini bermulanya persediaan psikologi kerana persediaan psikologi amatlah berbeza dengan persediaan pembelajaran seperti mengulangkaji dan sebagainya. TEKNIK AZAN ini pada tahun 2014 hanya dijalankan pada 176 calon UPSR SK Bukit Rambai. Namun begitu apabila melihat kepada impaknya, TEKNIK AZAN mula dipraktikkan oleh guru-guru sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Teknik ini menggunakan pendekatan Meurolinguistic Programming dan menerapkan teori Pemusatan Klien. 3 kaedah kajian digunakan iaitu pemerhatian, soal selidik dan kiraan kadar degupan jantung. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid berasa tenang dan fokus semasa menduduki peperiksaan. Kadar tekanan yang mereka alami semakin berkurang. Bagi guru yang menjalankan TEKNIK AZAN sebelum pengajaran dan pembelajaran, kawalan kelas menjadi sangat mudah. Kesimpulannya, TEKNIK AZAN adalah satu formula yang sangat mudah untuk digunkan oleh ,murid-murid dalam meningkatkan persediaan minda mereka dalam menghadapi sebarang situasi





KEEMPAT
SK Convent, Teluk Intan, Perak - 
Program 6S ( Senyum, Sopan, Salam, Susun, Senyap, Sanggul)



Bagi mencipta kecemerlangan dan penambahbaikan kecemerlangan dalam pembangunan sahsiah terpuji murid di SK Convent Teluk Intan, Program 6S diterapkan di dalam diri murid. Seiring menjadikan program 6S ini satu budaya dan amalan murid-murid, diharapkan juga penerapan nilai-nilai murni ini mampu melahirkan generasi cemerlang sahsiah yang menjadi identiti sekolah. 

Program 6S (Senyum, Salam, Susun, Senyap, Sanggul) ditranformasikan daripada Program 3S (Senyum, Sapa, Salam) yang hampir 100% menjadi budaya dan amalan murid-murid sejak tahun 2011. Namun timbul isu dari aspek penampilan dan kekemasan diri yang berambut panjang (murid-murid bukan Islam), amalan budaya senyap dan susun aturt fizikal kelas, persekitaran serta pergerakan murid-murid yang kurang teratur dalam kalangan warga pendidik juga murid-murid sendiri. 

Bagi menangani isu ini, Program 6S diterapkan dengan 3 kaedah perlaksanaan iaitu, membuat hebahan mengenai program kepada semua ibubapa, AJK PIBG serta warga sekolah melalui Permuafakatan Ibubapa, mesyuarat dan pameran kain rentang di sekitar kawasan sekolah iaitu di kantin, laluan murid, pejabat, dewan dan pintu pagar. Disusuli dengan Majlis Perasmian Program 6S secara rasmi dan diikhtiraf oleh PPD Daerah Hilir Perak yang melibatkan sarana Ibubapa (PIBG), Penganugerahan IKON Guru dan Murid sereta ganjaran kepada murid-murid yang hadir 100% ke sekolah





KELIMA
SK Puterajaya Presint 2, Putrajaya - Junior Merit Dimerit


SK Putrajaya Presaint 11 (1) adalah sebuah sekolah kategori bandar dan sekolah Berprestasi Tinggi yang menerima murid daripada pelbagai latar belakang dan tahap penguasaan akademik. Jumlah murid seramai 1047 orang manakala guru pula seramai 70 orang. Walaubagaimanapun, murid SK Putrajaya Presint 11(1) mula menimbulkan masalah apabila mereka merasakan tiada motivasi dalam mendarong mereka untuk kekal dalam keadaan bersedia. Ini memberi kesan negatif kepada prestasi sekolah dan juga persekitaran yang kondusif untuk murid menerima pengajaran dan di dalam kelas serta penglibatan aktif dalam kokurikulum. Maka Unit Bimbingan dan Kaunseling mengambil pendekatan motivasi dengan membuat inovasi kaedah perlaksanaan Program Junior Merit Dimerit (JMD) kepada semua murid sekolah. Program JMD dilaksanakan untuk membantu pembentukan sahsiah diri murid. Program JMD mula dilaksanakan sejak tahun 2014 sehingga kini. Menerusi program JMD, Unit Bimbingan dan kaunseling telah berjaya membantu mengawal tingkah laku murid yang dari kurang bermotivasi berubah ke arah yang lebih positif. Perubahan ini seterusnya membawa kepada pembentukan pembangunan insan. 



FizoOmarBangiKitchen
Thank you Wati Ida Liza
For the time and hi tea :)




No comments: