20 June 2016

Kertas Kerja Kursus Kepimpinan Pusat Sumber Sekolah



Antara SKT yang ditambah pada tahun ini kerana tiada dalam takwim UBK untuk 2016. Memandangkan guru pengawas pusat sumber memohon saya membantunya menjalankan kursus dengan aktiviti yang lebih tersusun dan bermodul.

KERTAS KERJA
KURSUS KEPIMPINAN
PENGAWAS PUSAT SUMBER

1.0           Pengenalan

Pengawas Pusat Sumber merupakan sebuah organisasi yang diwujudkan bagi membantu pengurusan pusat sumber sekolah. Murid yang berpotensi ini dikenal pasti dan diberikan latihan khusus dalam pengurusan buku-buku di pusat sumber, pengurusan pusat sumber dan bilik media dan kawalan disiplin murid –murid yang menggunakan kemudahan di pusat sumber. Pengawas pusat sumber perlu dibekalkan dengan kemahiran komunikasi agar penyampaian komunikasi berkesan dengan murid lain di sekolah dan berkeyakinan menyampaikan maklumat kepada orang lain. Selain itu, potensi mereka juga perlu dipupuk agar mempunyai sahsiah yang baik dan terpuji dalam kalangan guru dan rakan sebaya agar dapat dijadikan contoh dan model yang berguna dalam kalangan murid memandangkan mereka adalah pemimpin sekolah. Oleh kerana itu, Kursus Pengawas Pusat Sumber perlu dijalankan untuk ahli-ahli Pengawas Pusat Sumber melengkapkan modul latihan pengawas pusat sumber di samping menjalinkan kerjasama yang baik antara ahli pengawas senior yang junior. Jika kejelekitan antara ahli pengawas pusat sumber sendiri sangat baik, maka mudah menjalankan aktiviti menolong di sekolah sebagai satu pasukan  yang bekerjasama dan bertoleransi antara mereka.

2.0           Objektif
1)    Agar pengawas pusat sumber  dapat menjalani kursus bagi membina semangat pasukan
2)    Agar pengawas pusat sumber  dapat melatih diri dalam pengurusan pusat sumber sekolah
3)    Agar pengawas pusat sumber  dapat

3.0           Tarikh
23 Julai 2016

4.0           Tempat
SMK Cheras

5.0           Ahli Jawatankuasa

Pengerusi       : Puan Hajah Kamariah Bt Abu
Naib Pengerusi  : En Mohamed Jamil Bin Abdul Samad
Setiausaha       : Pn Zalilah Bt A. Jalil

AJK Kerja
BIL
AJK
TUGAS
1
AJK JEMPUTAN DAN PENDAFTARAN

Puan Zalilah Bt A. Jalil
Puan Nor Hidayatul Akmal Bt Abdul Malek
·               Menyediakan surat kebenaran ibu bapa dan mengedarkan kepada pengawas pusat sumber
·               Mengutip kembali surat kebenaran dan mengesahkan bilangan kehadiran peserta kepada AJK Makanan dan AJK Modul
·               Menyediakan borang pendaftaran dan memastikan semua peserta menandatangani borang pendaftaran

2
AJK BUKU PROGRAM DAN DOKUMENTASI

Cik Hufaidah Bt Zakaria
Puan Thahabian Bt Ab. Rahman
·               Menyediakan buku program untuk diedarkan kepada peserta dan AJK
·               Menyediakan borang penilaian program
·               Menyediakan dokumentasi
·               Menangkap gambar sepanjang program
3
AJK HADIAH DAN SIJIL

Puan Rozita Bt Musa
Puan Suhaibah Bt Mat
·               Menyediakan hadiah untuk peserta terbaik dan kumpulan terbaik
·               Menyediakan sijil kepada semua peserta kursus



4
AJK PERSIAPAN TEMPAT DAN PERALATAN


En Abdull Azis Bin Arbi


·               Menyediakan dewan untuk program dengan mengatur kerusi meja
·               Memastikan PA Sistem berfungsi dengan baik
5
AJK MODUL

Puan Nurhaiza Bt Che Mat
·               Menyediakan modul untuk program
·               Melatih fasilitator untuk program
6
AJK MAKANAN

Puan Tengku Laila Sari Bt Tengku Jusoh

Puan Nor Haizad Bt Mohd Taharim
·            Menentukan menu yang sesuai untuk makan pagi dan makan tengah hari
·            Memastikan makanan yang dibekalkan mencukupi



         


6.0     TENTATIF PROGRAM
19 September 2015
7.30 pagi      : Pendaftaran
8.00 pagi      : Taklimat penyelaras
                        Taklimat guru pengawas pusat sumber
8.30 pagi      : Ice breaking : 
9.00 pagi      : Pengurusan teknikal pusat sumber 
9.45 pagi      : Tanggungjawab dan disiplin pengawas pusat sumber:
10.30 pagi     : Rehat
11.00 pagi     : Kemahiran penyelesaian masalah
11.20 pagi     : Perbincangan masalah yang dihadapi
11.45 pagi     :Pembentangan kumpulan cara menangani masalah
12.30 t/hari   : Makan tengah hari/ Solat Zohor
1.30 petang  : Kemahiran komunikasi : Pengucapan Awam
2.00 petang  : Kemahiran Komunikasi Berpasukan
3.00 petang  :  Rumusan Dan Penilaian Program       
3.30 petang  : Majlis Penutup       
4.00 petang  : Bersurai


7.0     ANGGARAN BELANJAWAN

Sumber Kewangan
Pusat Sumber :                                     =        RM    1,000

Perbelanjaan:
Makanan      :         RM 10          x 80 orang    =        RM        800
Hadiah          :                                                     =        RM        100
Peralatan      :                                                     =        RM        100
                                                                                        RM     1,000

8.0     PENUTUP
.         Diharapkan agar kursus pengawas pusat sumber ini dapat mencapai objektif yang diharapkan dan melahirkan pengawas pusat sumber yang berketrampilan.

Disediakan oleh,                         

(Nurhaiza Bt Che Mat)


Konvensyen Pendidikan Kebangsaan 2016
terkilan rasa...belum masanya...

  

 








 

Telegram Channel