Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

22 June 2016

Kertas Kerja RIMUP Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah Bersama Ibu Bapa 2016


KERTAS KERJA
 RIMUP SAMBUTAN 
 HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH
BERSAMA IBU BAPA 2016

1.0     PENGENALAN
          Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) merupakan program yang dilaksanakan bagi melibatkan semua kaum di sekolah. Bagi SMK Cheras yang mempunyai peratus kaum Cina lebih kurang 48% , Melayu 50% dan pelajar India 2% program RIMUP amat penting untuk dilaksanakan. Unit Bimbingan dan Kaunseling mengambil inisiatif untuk mengadakan program sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah dalam suasana masih berhari raya untuk diraikan oleh semua warga sekolah di peringkat staf sekolah, murid sekolah,  menjemput ibu bapa untuk projek kerjasama ibu bapa (KSIB) dan warga emas. Sambutan Hari Raya dan program Guru Penyayang yang dijalankan agar amalan guru penyayang membudayakan sikap kasih sayang di sekolah melalui aktiviti yang dilaksanakan seperti sesi ramah mesra, sesi makan bersama dan meraikan sambutan perayaan murid. Melalui jamuan, kaum lain dapat menikmati keunikan hidangan makanan tradisional Hari Raya kaum Melayu dan bersama –sama menimati juadah Hari Raya. Aktiviti kebudayaan pelbagai kaum juga diadakan seperti persembahan muzik Melayu, Cina dan India dari wakil badan beruniform sebagai persembahan selingan untuk pertandingan persembahan yang diadakan. Oleh itu semangat hidup bersama –sama dalam sebuah masyarakat majmuk di samping hormat menghormati perlu dipupuk walau di bangku sekolah lagi agar para pelajar dapat menghormati kaum lain dalam hidup bermasyarakat. Pelbagai hadiah juga akan disampaikan seperti hiasan kelas tercantik untuk sambutan Hari Raya, pertandingan stesen paling ceria, individu dengan pakaian tradisional terbaik dan kehadiran unit beruniform yang paling ramai bagi memeriahkan majlis Hari Raya. Oleh kerana Ogos merupakan bulan kemerdekaan, pihak sekolah menggunakan tema merdeka raya bagi menaikkan semangat 1 Malaysia.

2.0     Objektif
            1) Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-
menghormati antara pelbagai budaya di sekolah.
2) Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama
lain walaupun berlainan agama dan bangsa.
3) Menerapkan integarasi kaum dalam hidup bermasyarakat

3.0     TARIKH  : 30 Julai 2016
4.0     TEMPAT :  Kantin sekolah/ Dewan Sekolah/ Astaka Sekolah
5.0     AHLI JAWATANKUASA
          Pengerusi               :         Puan Kamariah Bt Abu
          Timbalan Pengerusi:        Puan Maznah Bt Musa
          Naib Pengerusi      :         Encik Mohamed Jamil Bin Abdul Samad
                                                  Puan Chong Moi Lan
                                                  Encik Raheman Ahmad                                  
          Setiausaha              :         Puan Nurhaiza Bt Che Mat
          Naib Setiausaha     :         Cik Hufaidah Bt Zakaria

1
AJK JEMPUTAN
Puan Rozinani Awang (K)
Cik Nor Afiqah Bt Mohd Sidek
Puan Kanagambigai


Pemantau: Pn Chong Moi Lan

·        1. Menyediakan dan mengedarkan surat    
          jemputan kepada VIP
·     2. Mengedar surat jemputan kepada ibu
          bapa/murid dan tetamu yang terlibat
·     3  Memaklumkan kepada AJK Jamuan
      4. Mengesahkan kehadiran tetamu dan ibu
          bapa

2
AJK PENDAFTARAN
Puan Narinder Kaur (K)
Pn Raudzah Bt  A. Rahman
Puan Norhaniza Abd Jamil
Puan Jasbir Kaur a/p Karnail Singh

Pemantau : Pn Chong Moi Lan
·       1. Memastikan semua ibu bapa dan tetamu   
          menandatangani di ruangan yang telah    
          disediakan untuk program

3
SAMBUTAN/PROTOKOL
Puan Zalilah Bt Abdul Jalil (K)
Pn Jasmail Kaur a/p Mewa Singh
En Marodzi Bin Mehat

AJK PIBG
En Romzee
Puan Rina

Pemantau : Pn Che Ma Rabitah

·     1. Menyediakan upacara sambutan ketibaan    
           tetamu
·     2. Memastikan kedudukan tempat duduk
           VIP, Pengetua, YDP PIBG dan PK   
           mengikut protokol
·     3. Mengedar buku aturcara kepada VIP,
          guru dan tetamu
·     4. Menyediakan buku pelawat dan    
           tandatangan VIP
4
AJK Pengacara Majlis
Puan Haslina Rahim (K)
En Muhammad Fadzil

Pemantau: Puan Maznah Musa
·     1. Bertindak selaku pengacara majlis
           sepanjang program diadakan

5
AJK Back Drop
Backdrop:
En Abdull Azis Bin Arbi (K)
Pelajar Seni Reka Tanda

Pemantau: Puan Noor Aini

1.     Menyedia, memasang dan menurunkan backdrop



· 
  6
AJK Keceriaan Dan Hiasan Pentas Dan Khemah Utama

Cik Jamaliah Azmirakarimah Bt Mohd Ali (K)
Puan Rodiyah Mohamad
Puan Siti Amrah
Puan Usha
Pn Murni Mat Jali

Pemantau: Puan Noor Aini
1.   Menceriakan kawasan pentas
2.     Menceriakan khemah utama

7
AJK Majlis Perasmian Program
Puan Murniyati Masari (K)
Puan Sharin Hanum Abd Rahman

Pemantau: Puan Che Ma Rabitah

·       1.  Merancang gimik pelancaran program
             bersama PK Kokurikulum
·       2.  Memastikan pelancaran berjalan lancar
8
AJK Guru Penasihat Badan Beruniform
PBSM :
 Pn Tipah Bt Ngah/ Pn Lee Wan Yee/ Pn Tan Nyok Moi
Pandu Puteri:
Pn Ratna Dewi/ Pn Maizatul Akma/Pn Lee Soo Heong/Pn Hashida
 Kadet Bomba:
En Mohd Nasrun / Pn Haliza Halid/ Pn Soraya Abdul Rafar/Pn Zahirah
PKBM:
Cik Nor Zalifah / En Ahmad Azran/ Pn Nor Haiza Jaine/ Cik Aida/
KRS:
Cik Hamizah/ Pn Sakina/ /Pn Aisyatul
Kadet Polis:
Pn Zizawani/ Pn Khamziyah/ Pn Solehah/
Puteri Islam:
Pn Tengku Laila/ Pn Hasma Zati/ Pn Normilah/
Seni Silat:
Pn Thahabian/ Pn Norliza Rafie/Puan Rozita Musa
Pengakap: Pn Farah/Pn Kavitha/ Pn Laili Azuwa/Puan Suhaibah/En Ganesan

Pemantau: Puan Maznah Musa
1.  Mengambil bancian kehadiran murid ke
      sekolah pada hari tersebut
3.     Berbincang dengan murid tema, hiasan stesen masing-masing dan pertandingan yang dijalankan
4.     Menyampaikan maklumat mengenai aturcara program, menu dan sebagainya
5.     Memastikan AJK Badan Beruniform dapat menjalankan tugas
6.     Memastikan pasukan masing-masing dapat mengemas semula stesen masing-masing

 9

Urusetia Pertandingan Dan Hadiah

Cik Noraini Bt Jamaludin (K)
Puan Noor Alamiyah Bt Zakaria
Puan Nor Haizad Taharim
Puan Salina Mohd Isa
Puan Adilla


Pemantau: Puan Roszita Bt Md Toff


1.     Menyediakan borang penghakiman dan mengenal pasti hakim pertandingan
2.     Menempah dan menyediakan hadiah untuk semua penerima
3.     Menyediakan cenderamata untuk VIP
4.     Menyediakan dulang dan menyimpan di pejabat setelah selesai majlis
5.     Menyusun dan mengendalikan penyerahan hadiah/cenderamata di pada hari tersebut



10
Persembahan

Puan Norlaili Ani (K)
En Azrin B U Mat
Puan Azimah Ibrahim
Puan Umi Salbiah Bt Abdul Rahman

Pemantau: Puan Roszita Bt Md Toff

1.     Mengadakan pertandingan persembahan antara badan beruniform
2.     Mengadakan selingan persembahan selama dua jam secara terbuka kepada hadirin atau dari murid sendiri
11
Buku Atur Cara

 Puan Nafsah Bt Mohd Shah (K)

Pemantau: Puan Noor Aini Bt Ibrahim
1.     Menyediakan buku aturcara program
2.     Mengedarkan buku aturcara kepada peserta ibu bapa guru
12
Siaraya

En. Balasegar a/l Muniandy(K)
En. Nik Rahmat b Nik Mood



Pemantau: En Raheman B Ahmad

1.     Menyediakan alat siaraya yang mencukupi (menyewa peralatan siaraya jika perlu)
2.     Menguji peralatan yang akan digunakan sebelum majlis
3.     Memastikan peralatan berfungsi dengan baik
4.     Lain-lain yang difikirkan perlu
13
Disiplin Dan Lalu Lintas

En. Mohd Noor b Mat Deris (K)
En. Masrizal b Abu Bakar
En Chan Yoong Keong
Puan Noraida Mohamad

Pemantau: En Mohamed Jamil

1.     Memastikan tempat meletakkan kereta untuk tetamu, VIP dan guru-guru
2.     Menyediakan murid untuk mengawal trafik dan mengawal tempat letak kereta
3.     Memastikan disiplin terkawal supaya majlis dapat berjalan dengan lancar
4.     Lain-lain yang difikirkan perlu
14
Peralatan

En Mohd Hasbi Bin Ramli (K)
En Amiruddin Bin Mohd Yusoff
En Mohd Rizal Bin Mat Salim
En Mohd Nidzam Bin Mohd Yusoff

Pemantau: En Mohamed Jamil
1.        Menyediakan peralatan khemah yang diperlukan untuk program
2.        Memohon pinjaman peralatan untuk kelicinan program
3.        Menyediakan kerusi meja VIP
4.        Menyediakan kerusi meja jamuan



15
AJK Stesen Makanan Guru/PIBG

Puan Nurul Shafini (K)
Puan Ang Choon Ai
Puan Khairul Akhmar Bt Omar
Puan Faiza Mamat
Puan Nor Hidayatul Akhmal

Pemantau: Puan Nur Asyikin Ho

1.     Membuat tempahan makanan berdasarkan bajet
2.     Menyediakan menu dan stesen makanan untuk guru / PIBG/ ibu bapa

16
AJK Makanan Utama

Puan Aziyanti Bt Abu Khanipah (K)
Puan Sharihan Bt Shaari
Pn Amila Abdullah
Pn Umizam Zaharah Bt Ismail
Pn Haslina Hashim
Puan Faizah Rahim

Pemantau : Puan Nur Asyikin Ho
1.     Membantu pengagihan makanan utama ke badan – badan beruniform berjalan lancar
2.     Membuat tempahan makanan

17

JURUFOTO
Puan Norliza Borhan            
En Che Mohamad Padali B Che Mat                                  
Pemantau: Puan Maznah
1.     Mengambil gambar sepanjang program dan menyerahkan kepada AJK Dokumentasi

18
Dokumentasi

Cik Wong Mun Yee (K)
Puan Mahnun Ibrahim
Puan Aziana Bt Ruslan


Pemantau: Puan Maznah Musa
1.     Mengumpul semua maklumat dan gambar yang diperlukan
2.     Membukukan maklumat dan gambar yang terpilih
3.     Menilai majlis yang telah dijalankan dengan menggunakan borang yang disediakan
4.     Menyerahkan dokumentasi kepada Penolong Kanan untuk disimpan ( 2 minggu selepas )

19
Kebersihan/Keceriaan

Cik Tuong Loy Mui (K)
Puan Nurul Hamiza Bt Nodzeri
Pn Suhaily
Pn Zuraida
En Khairul Azizi


Pemantau: En Raheman B Ahmad

1.     Memantau kebersihan kawasan sekolah
2.     Menghubungi pekerja pembersihan bagi memastikan tempat pembuangan sampah bersih dan tidak berbau pada hari program
3.     Meminta agar gotong-royong membersihkan sekitar kawasan sekolah pada hari Jumaat sebelum majlis tersebut
4.     Lain-lain yang difikirkan perlu

         
6.0     TENTATIF PROGRAM

7.30 pagi                     : Pendaftaran
                                    : Berkumpul di kawasan khemah pakaian beruniform masing – masing
8.00 pagi                     : Ketibaan ibu bapa/PIBG
8.30 pagi                     : Ketibaan perasmi majlis
                                    : Ucapan perasmian
                                      Pelancaran gimik program RIMUP RAYA            
9.00 pagi                     :  Jamuan makan
                                    :  Persembahan antara badan beruniform
                                       Pertandingan  kreativiti Hari Raya
11.30 pagi                   :  Majlis Penutup
                                       Upacara penyampaian hadiah                                
12. 00 tengah hari       :  Gotong royong mengemas kawasan
12.30 tengah hari        :  Bersurai




7.0     ANGGARAN PERBELANJAAN
          Sumber Pendapatan :
          PIBG                                                              =        RM 1,700
          Koperasi                                                         =        RM    580
          Panitia Sivik                                                    =       RM    200
          Suwa                                                               =        RM 3,300
                                                                                            RM 6,368
          Perbelanjaan:
          Kos makanan               : RM 3  x  1100            =        RM 3,300
          Kos makanan guru/staf : RM 5 x     140           =        RM    700
          Kos makanan ibu bapa : RM 5 x 200                =       RM  1,000
          Banner                                                              =       RM    100
          Gimik pelancaran                                            =        RM    100

          Hadiah                                                           =        RM    580
          Pertandingan kehadiran terbaik    RM 100
          Pertandingan rumah terbuka  terbaik        
           Johan            RM 80
          Naib Johan   RM 60
          Ketiga           RM 40                              RM 180
          Pertandingan persembahan terbaik
          Johan           RM 80
          Naib Johan   RM 60
          Ketiga           RM 40                              RM 180
          Pertandingan pakaian bertema terbaik
          (Lelaki)        
          Johan           RM 30
          Naib Johan   RM 20
          Ketiga           RM 10                              RM  60
          (perempuan)
          Johan           RM 30
          Naib Johan   RM 20
          Ketiga           RM 10                              RM  60        
         

8.0     PENUTUP
          Diharapkan agar  aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program
yang diharapkan dan seterusnya menggalakkan integrasi murid untuk
perpaduan dalam kalangan pelajar.

Disediakan oleh,                                                                  Diluluskan oleh,


(Nurhaiza Bt Che Mat)                                                         (Kamariah Bt Abu)




 Keberkatan menyambut Nuzul Quran
 Hari Lahir Kak Ema dalam ingatan
 Semoga sentiasa dalam ketenangan 
 Beroleh kedamaian dan kebahagiaan
 Terima kasih belanja makan :)
 Nando Jusco Shah Alam jom raikan.







No comments: