8 June 2016

Majlis Persaraan En Suppiah: 39 tahun Bakti Disemai





Klik link berikut untuk persembahan multimedia kreativiti Cikgu Padali bersama lagu kegemaran Atok Basikal Tua
https://www.dropbox.com/s/mmwnnkymp3p8hbo/PERSARAAN%20ATOK.avi?dl=0

Hari terakhir En Suppiah atau dikenali mesra dengan panggilan Atok akan menamatkan khidmatnya di SMK Cheras yang bermula pada 1 November 1977 sebelum bercuti panjang........Mula posting di SMK Cheras sehingga bersara, saya tidak pernah mendengar sebarang rungutan dari staf, guru, pengetua bahkan mantan pengetua mengenai ketidakpuasan hati dengan tugasnya. Personaliti dan kerjanya seiring, sangat cemerlang dan disenangi semua orang. Sebagai AJK Biro Profesionalisme kelab guru yang menguruskan persaraan staf sekolah dan sebagai salah satu aktiviti Dasar Warga Emas Negara (DWEN) untuk UBK ia merupakan satu takwim penting untuk dicatat dalam aktiviti UBK dan sekolah.

Bagi saya secara peribadi saya kehilangan teman. Mengenalinya hampir 20 tahun dan rapat sejak 10 tahun terakhir ini ketika saya sudah berpindah ke Kajang, Atuk merupakan teman bersaing di jalan raya kerana kami sama-sama tinggal di Kajang sejauh 20 km dari sekolah. Sering kali bersaing  di jalan raya dengan Atok menaiki motorsikalnya, sewaktu keluar rumah Kajang - Cheras seawal 6.00 pagi on the road. Tiba di sekolah, biasanya dia akan membuka bilik razonya terlebih dahulu sebelum membuka pejabat.  Oleh kerana saya juga antara yang terawal tiba di sekolah sejak tinggal di Kajang, antara pukul 6.25 pagi hingga 6.45 pagi, maka saya akan duduk di kaunter bertukar cerita dan pengalaman hidup sehingga kaunter sibuk dengan kehadiran lebih ramai guru. Saya juga akan membantunya mengangkat telefon bagi guru yang cuti kecemasan atau cuti sakit jika dia sibuk membuka bilik guru dan menguruskan kertas edaran dari bilik raso ke pejabat. Dia juga akan menangkap saya jika dia stuck dengan banyak sangat kertas edaran untuk minta diedarkan ke tapak perhimpunan terus kepada murid tanpa melalui guru tingkatan. Saya menjadi pendengar kepada apa sahaja luahan perasaannya pada hari-hari tertentu terutama ketika dia marah atau tidak puas hati tentang sesuatu isu, maklumlah waktu pagi pejabat kondusif seperti bilik kaunseling yang senyap sunyi. I'm a counsellor...terima kasih kerana mempercayai saya untuk bercerita. 


Oh ye hahaha kami juga berlumba punch out pukul 5.00 petang dan bersaing di jalan raya Cheras - Kajang. Jika saya terbalik awal dari biasa terutamanya sebelum pukul 4.00 petang dia akan menjerit dari celah kaunter kenapa saya balik awal :)Begitu juga jika saya masih lagi terhegeh hegeh mengangkut barang ke kereta selewat pukul 5.00 petang, dan dia sudah punch out saya akan menjerit kepadanya..kenapa dia balik awal :) 


Majlis persaraannya pada sambutan hari guru diadakan lebih awal kerana hari terakhir penggal pertama sebelum cuti panjang sekolah. Saya dapat memujuknya meminjamkan gambar -gambar lama perkahwinan, keluarga dan zaman sekolahnya dahulu untuk dijadikan persembahan multimedia oleh Cikgu Padali...haha walaupun hampir satu minggu lebih baru berjaya mendapatkannya. Saya juga menggunakan pendekatan psikologi saya hati ke hati apa yang diinginkan untuk hadiah persaraanya dari Kelab Guru, memandangkan sebelum ini apabila ada AJK Kelab Guru yang lain bertanya, dia mengatakan ikut suka...apa sahaja. Bagi saya majlis persaraan adalah satu momen indah dalam setiap insan, mendapat apa sahaja hadiah mendatangkan kegembiraan tetapi mendapat sesuatu yang lebih diingini akan mendatangkan kegembiraaan berganda. Terus terang saya mengatakan bahwa saya tidak mampu untuk melihatnya memberikan ucapan persaraannya kerana saya akan menangis. Saya keluar dewan ketika seminit dia baru membacakan ucapan. 

Hari terakhir pot luck pejabat pada 3 Jun 2016,di mana satu minggu cuti sekolah saya masih berada di sekolah..Atok menghampiri saya dan mengatakan kepada saya " terima kasih kerana you banyak menolong saya" kata-kata itu disambut dengan gurauan apabila saya mengatakan dia yang banyak tolong saya. Dengan serius dia mengatakan lagi..."no no ..you yang banyak tolong saya...terima kasih."
Saya tersenyum tak mampu berkata lagi dan menoleh darinya cepat -cepat sambil menyapu air mata yang mula bergenang :(

Our paths
May change as life goes on
But the bond between us
Remains forever strong

                        














Dari panitia Agama Islam
Dari ketua bidang


Barisan staf sokongan

                          

2 comments

bukan senang nak dapat pentadbir yang menyenangkan hati kan cikgu? saya faham tu...ntah kenapa saya pun meleleh air mata ketika membaca, huhu...cikgu guna aplikasi apa ye untuk video?

Cikgu padali menggunakan aplikasi video pad.

 

Telegram Channel