Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

26 July 2016

Denggi Patrol SMK Cheras 2016


Sila berikan sokongan kepada team sekolah saya yang menyertai pertandingan SMK Cheras Bebas Denggi dengan like atau share post di facebook, twitter dan blog. Terima kasih semua :)

                                          

PROGRAM DENGGI PATROL 2016

PENGHANTARAN PENYERTAAN PROJEK

Pegawai Pendidikan Negeri, KPM akan menerangkan secara terperinci kepada wakil yang dihantar oleh sekolah yang terlibat di bawah bidang kuasa mereka. Penyertaan dibuka kepada semua sekolah di seluruh Malaysia. Setiap sekolah akan diberi pek Dengue Patrol yang mengandungi:
Surat pengenalan daripada KPM
Objektif Program Denggi Patrol 2016
Garis Panduan Program Denggi Patrol 2016
Buku panduan berkenaan nyamuk aedes dan denggi
Sekolah yang berminat untuk mengambil bahagian dalam program ini perlu memaklumkannya kepada wakil Jabatan Pendidikan Negeri, KPM masing-masing
Hari terakhir untuk menghantar penyertaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri KPM adalah pada 23 Mei 2016 (Isnin)
Jabatan Pendidikan Negeri akan memaklumkan kepada sekolah yang terpilih dalam program ini mulai 24 Mei 2016 (Selasa)
Seorang guru pembimbing (maksimum 5) akan dilantik sebagai penasihat Program Dengue Patrol dan boleh memilih beberapa pelajar (maksimum 30) sebagai ahli jawatankuasa
Setiap sekolah mesti menganjurkan kesemua 3 aktiviti – Khidmat komuniti sosial media dan seni persembahan.
Setelah melengkapkan projek masing-masing, sekolah perlu menghantar segala maklumat berkaitan projek mereka secara atas talian dengan menggunakan laman sesawang Dengue Patrol : Muat Turun Format Laporan Dengue Patrol 2016
Sekolah yang tidak mempunyai kemudahan internet, boleh menghantar laporan secara manual melalui JPN.
Tarikh akhir penghantaran adalah pada 2 September 2016 (Jumaat)



PEMILIHAN PEMENANG
5 pemenang teratas keseluruhan dan 3 pemenang setiap kategori akan diumumkan dan diberikan anugerah semasa Majlis Penyampaian Anugerah pada bulan Oktober 2016 (tarikh akan ditentukan)
Pemilihan pemenang adalah berdasarkan penilaian yang dibuat oleh 6 orang juri yang terdiri daripada 2 wakil dari KPM, 2 wakil dari KKM dan 2 dari Sanofi

AKTIVITI AKTIVITI PROGRAM DENGGI PATROL

Sekolah yang mengambil bahagian mesti menganjurkan kesemua 3 aktiviti yang disenaraikan di bawah untuk memenangi hadiah.

Khidmat Komuniti
Objektif : Galakan penyertaan komuniti Sekolah boleh melakukan aktiviti mengikut tema yang melibatkan pelajar, guru, ibu bapa dan komuniti sekitar seperti gotong royong, pameran di sekolah, sesi penerangan dan pendidikan dan sebagainya.


Media sosial dalam Bahasa Inggeris
Objektif: Mewujudkan bahan kesedaran denggi di dunia maya Sekolah di galakkan untuk menggunakan sebanyak mungkin saluran dunia maya sebagai salah satu alat untuk menyampaikan kesedaran denggi. Contoh: laman sesawang, blog, facebook, twitter, instagram, youtube dan sebagainya.


Seni Persembahan
Objektif : Mewujudkan idea kreatif untuk menyampaikan maklumat tentang mesej denggi. Sekolah di galakkan untuk menyampaikan mesej pencegahan denggi dan nyah nyamuk aedes mereka secara kreatif melalui saluran seni persembahan.


Aktiviti Sampingan - Kuiz
Objektif : Menguji pengetahuan tentang denggi Murid-murid, guru-guru, ibu bapa, komuniti berhampiran sekolah di galakkan untuk menyertai kuiz ini untuk menambah ilmu pengetahuan tentang denggi.


KRITERIA PENJURIAN
SENI PERSEMBAHAN
Konsep dan kreativiti (20%)
Kejelasan konsep (5%) Keunikan (5%) Kaitan konsep (5%) Usaha (5%)
Jangkauan (25%)
Bilangan pelajar yang terlibat:
1-10 pelajar (2%)
11-20 pelajar (5%)
21-30 pelajar (13%)
Lebih dari 30 pelajar (25%)
Kawasan jangkauan (25%)
Bilangan penonton yang terlibat:
1-100 penonton (2%)
101-300 penonton (5%)
301-500 penonton (13%)
Lebih dari 500 penonton (25%)
Pemaparan alat bahan Dengue Patrol (10%)
Pemaparan alat bahan (5%)
Pemaparan visual yang jelas (5%)
Laporan (20%)
Kandungan laporan (10%)
Kualiti gambar dan video (10%)



MEDIA SOSIAL
Konsep dan kreativiti (20%)
Kejelasan konsep (5%) Keunikan (5%) Kaitan konsep (5%) Usaha (5%)
Jangkauan pendedahan (20%)
Bilangan sekurang-kurangnya 1,000 visitor / views (3%)
Bilangan sekurang-kurangnya 1,000 like (7%)
Bilangan sekurang-kurangnya 1,000 comments (10%)
Bilangan saluran media sosial (5%)
1-2 saluran (1%)
3-4 saluran (3%)
Lebih dari 5 saluran (5%)
Bilangan aktiviti media sosial (15%)
5-20 (3%)
21-50 (5%)
51-100 (10%)
Lebih dari 100 aktiviti (15%)
Facebook Mr Dengue (20%)
Tag Facebook Mr Dengue di dalam setiap posting (10%)
Bilangan sekurang-kurangnya 1,000 share Facebook Mr Dengue (10%)
Laporan (20%)
Kandungan laporan (10%)
Kualiti gambar dan video (10%)


KHIDMAT KOMUNITI
Konsep dan kreativiti (20%)
Kejelasan konsep (5%) Keunikan (5%) Kaitan konsep (5%) Usaha (5%)
Jangkauan (25%)
Bilangan peserta yang terlibat:
1-500 peserta (2%)
501-2000 peserta (5%)
2001–5000 peserta (13%)
Lebih dari 5000 peserta (25%)
Kawasan jangkauan (25%)
Di dalam dan luar kawasan sekolah (2%)
Di dalam dan luar kawasan sekolah, termasuk 1-5 kawasan komuniti (5%)
Di dalam dan luar kawasan sekolah, termasuk 6-15 kawasan komuniti (10%)
Di dalam dan luar kawasan sekolah, termasuk 16-30 kawasan komuniti (15%)
Di dalam dan luar kawasan sekolah, termasuk lebih dari 30 kawasan komuniti (25%)
Pemaparan alat bahan Dengue Patrol (10%)
Pemaparan alat bahan (5%)
Pemaparan visual yang jelas (5%)
Laporan (20%)
Kandungan laporan (10%)
Kualiti gambar dan video (10%)
Aktiviti Sampingan – Kuiz
Penyertaan tertinggi dari 1 Sekolah Rendah dan 1 Sekolah Menengah akan diberi anugerah (minimum 500 penyertaan)
Alamat Laman sesawang untuk kuiz – http://denguemissionbuzz.org/
Dengue Patrol 2016 – Cara Menyertai Kuiz : Muat Turun Fail
Dengue Patrol 2016 – Kod Khas untuk Sekolah yang Terlibat : Muat Turun Fail

1.  Gabungkan kesemua 3 kategori dan hantarkan melalui satu laporan sahaja (bahagikan kategori masing-masing kepada 3 bahagian)
2.  Sila tambah bilangan slaid mengikut bilangan aktiviti yang dijalankan (Contoh, jika ada 10 aktiviti yang dijalankan dalam kategori khidmat komuniti, pastikan ada bilangan slaid yang menunjukkan kesemua 10 aktiviti tersebut)
3.  Setiap aktiviti dijalankan mesti mengandungi maklumat dibawah ini dalam setiap laporan:-



     













Hectic week
Notice my inhalation and exhalation

No comments: