Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

4 July 2016

Kertas Kerja Majlis Persaraan Penolong Kanan



KERTAS KERJA
MAJLIS PERSARAAN
PENOLONG KANAN TADBIR DAN KURIKULUM


1.0     PENGENALAN
          Majlis Persaraan merupakan satu acara bagi menghargai warga kerja yang telah lama berkhidmat di sekolah dan diberikan penghargaan untuk memaklumkan kepada semua warga sekolah bahawa perkhidmatan mereka telah berakhir. SMK Cheras akan mengadakan majlis persaraan Penolong Kanan Tadbir Dan Kurikulum pada 16 Ogos 2016. Walaupun baru bertugas di sekolah ini hampir 3 tahun, namun tempoh masa yang singkat masih memberikan satu momen yang dikenang oleh warga sekolah. Melalui penganjuran majlis persaraan yang dijalankan, ia dapat memupuk sifat menghargai orang lain, mengambil tahu dan meraikan seseorang pada hari yang istimewa agar menjadi kenangan terakhir di sekolah dengan cara yang dikenang sepanjang masa. Berdasarkan kepada dasar yang diperkenalkan oleh KPM mengenai Dasar Warga Emas Negara (DWEN) mengenai warga emas            yang masih boleh menyumbang kepada komuniti untuk diberikan penghargaan dan pengiktirafan, diharapkan majlis ini dapat memberikan impak           kepada golongan muda agar sentiasa bekerja dengan tekun dan ikhlas agar sentiasa        menjadi contoh agar diri dihargai sehingga ke hari terakhir perkhidmatan mereka. Malah mereka juga masih boleh memberi sumbangan kepada komuniti walaupun mereka sudah bersara.

2.0     OBJEKTIF
          1) Agar dapat meraikan guru yang bersara dengan penghormatan dari                               warga sekolah.
          2) Agar guru yang bersara  dapat berkongsi pengalaman kepada warga                            sekolah untuk dijadikan panduan dan ikhtibar.
         
3.0     TARIKH
          16 OGOS  2016

4.0     ATURCARA PROGRAM
16 Ogos 2016:        7.30 PAGI
                    :         Perarakan Masuk
                    :         Ucapan Pengerusi Majlis
                    :         Ucapan Wakil Guru : Puan Noraida Bt Abdullah
                    :         Ucapan  Pengetua : Puan Kamariah Bt Abu
                    :         Ucapan Yang Diraikan: Encik Mohamad Jamil
                    :         Persembahan Murid : Gurindam
                    :         Penyampaian Hadiah Dari Warga Sekolah
                    :         Acara Memotong Kek Hari Jadi
                    :         Jamuan


5.0     AHLI JAWATANKUASA
Penasihat                   :         Puan Kamariah Bt Abu
                                             Pengetua SMK Cheras

 Pengerusi               :        Puan Norliza Rafie
                                        Pengerusi Kelab Guru SMK Cheras

Naib Pengerusi        :         Puan Noraida Bt Abdullah
                                        Naib Pengerusi Kelab Guru SMK Cheras
           
Setiausaha              :          Cik Hamizah Bt Md Aris
Bendahari               :          Cik Wong Mun Yee                




BIDANG TUGAS MAJLIS PERSARAAN
AJK Jemputan Dan Pendaftaran
·       Mengenalpasti Tetamu Jemputan
·       Menyediakan Kad Atau Surat Jemputan Untuk AJK PIBG

Puan Rozinani Bt Awang
AJK Aturcara Pentadbiran/ Sumbangan
·       Memastikan Program Berjalan Mengikut Aturcara
·       Menyediakan Kertas Kerja
·       Memohon Sumbangan PIBG Dan Kek Hari Jadi
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
AJK Perarakan
·       Menentukan Cara Perarakan Masuk Yang Sesuai
·       Menyusun Atur Murid Untuk Bersalaman Sewaktu Punch Out
Puan Sharin Hanum Bt Ab Rahman
#Guru Bertugas Sesi Petang
AJK Pengacara Majlis
·       Menyediakan Skrip Juruacara Majlis
·       Melatih Murid Untuk Menjadi Juruacara
Puan Norliza Bt Rafie

AJK Buku Program
·       Menyediakan Buku Program

Puan Zahirah Bt Abdul Halim

AJK Hadiah
·       Membeli Hadiah Dan Menyusun Pemberian Hadiah Di Atas Pentas

Cik Hamizah Bt Md Aris
Cik Wong Mun Yee

Puan Haliza Bt Halid

         
AJK Hiasan Pentas Dan Kereta
·       Menghias Pentas Dan Kereta Yang Akan Membawa En Jamil
Puan Murniyati Bt Masari
Cik Jamaliah Azmirakarimah Bt Mohd Ali
AJK Persiapan Tempat
·       Menyediakan Kerusi Meja Untuk Majlis
En Azrin Bin U Mat
#Guru Bertugas Minggu Tersebut

AJK Backdrop
·       Memilih Rekabentuk Backdrop Yang Menarik

En Abdull Azis Bin Arbi
AJK Persembahan
·       Memastikan Murid Menjalankan Latihan
Cik Noraini Bt Jamaluddin



AJK Dokumentasi Dan Sambutan Hari Jadi
·       Menyediakan Dokumentasi Selepas Program
·       Menyediakan Kek Hari Jadi En Jamil
Puan Raudzah Bt Ab Rahman
AJK Jamuan

·       Menyediakan Jamuan Konsep Pot Luck
·       Mencadangkan Menu
Puan Tengku Laila Sari Bt Tengku Jusoh
Puan Kavitha A/P Chelliah

Pn Noraida Bt Mohamad @Abdullah
Pn Laili Azuwa Bt Tamrin



AJK Siaraya
·       Memastikan Siaraya Dapat Berfungsi Dengan Baik
En Bala Segar A/L M. Muniandy     
En Mohd Nidzam
                   




6.0     ANGGARAN KEWANGAN
          Sumber Kewangan
          Kelab Guru                                           RM 300
          PIBG                                                    RM 500                                          
          Jumlah                                                 RM 800

          Perbelanjaan
          Hadiah                                                  RM 200
          Jamuan                                                RM 500
          Banner                                                 RM 100
          Jumlah                                                 RM 800

7.0     PENUTUP
          Diharapkan agar majlis persaraan ini berjalan lancar dan mencapai objektif           yang ingin dicapai.

          Disediakan oleh,

          (Nurhaiza Bt Che Mat)


Tragedi Ramadhan
Berpantang maut sebelum ajal


No comments: