Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

29 July 2016

Kolaborasi SMAWPKL dan Juara Permata SMK Cheras


Sebagai penyelaras program Juara Permata sekolah, saya mencari peluang untuk perkongsian pintar dengan sekolah berasrama penuh sekitar zon Pudu ini bagi memberikan pengalaman kepada murid Juara saya. SMAWPKL antara sekolah yang mudah memberikan kerjasama kepada pihak sekolah sejak kolaborasi dari tahun lepas lagi. Minggu ini bermula hari Isnin hingga Jumaat ialah program kolaborasi dgn student SM Agama WPKL. Walaupun sekolah ini meluluskan 10 orang sahaja tahun ini untuk murid Juara Permata SMK Cheras, tetapi ia cukup bermakna untuk kelansungan hubungan yang sudah masuk tahun kedua. 
Feedback murid batch lepas yg seronok dengan budaya belajar SMAWPKL menjadi pembakar semangat apabila berada di dalam kelompok murid sesama Islam yg berjaya dan cemerlang akademik dan sahsiahnya. Amalan puasa sunat, sembahyang dhuha, solat taubat, solat sunat yg menjadi amalan biasa murid sekolah SMAWP dan alah bisa tegal biasa bagi murid SMAWPKL merupakan cabaran terbesar bagi murid Juara SMK Cheras. Diharapkan murid batch ini juga dapat mengambil amalan murni yg baik ini untuk dipraktikkan dan mengajak murid lain pula untuk mengamalkannya sebagai penguat jiwa. 

Murid ini dibahagikan kepada beberapa kelas bertujuan untuk murid SMK Cheras dapat bergaul dengan baik dan mendapat pengalaman pembelajaran yang baru. Mereka perlu mengikuti sepenuhnya apa sahaja yang warga sekolah ini lakukan dan menjadi warga SMAWPKL untuk seminggu. Feed back dari peserta SMK Cheras sangat positif. Mereka merasa seronok kerana mendapat pengalaman baru dan mengamalkan budaya SMAWPKL untuk dipraktikkan dalam amalan harian mereka. Hubungan sesama rakan juga sangat mesra dan saling memberi salam apabila bersua. Murid Juara ini juga kagum dengan konsep guru muda iaitu ada seorang murid dalam kelas yang akan mengambil alih mengajar mengenai sesuatu topik jika guru tersebut tidak hadir. Berbeza dengan sekolah harian biasa, jika relief maka murid akan membuat soalan atau modul jika guru meninggalkan bahan untuk dijalankan. Dan jika sudah siap, murid lebih suka membuat hal sendiri. namun jika tiada bahan atau modul yang disediakan untuk kelas tersebut, maka murid tidak pandai mengambil kesempatan untuk berbincang mengenai pelajaran mereka tetapi lebih suka berbual sahaja. Murid Juara ini tiada kesempatan untuk berbual kosong dalam kelas walaupun guru tiada, kerana mereka akan berbincang mengenai pelajaran kecuali jika di asrama. Semoga cara belajar berkumpulan dapat dimanfaatkan oleh murid Juara SMK Cheras. Terima kasih kepada pengetua SMAWPKL yang sempat memberikan kata-kata motivasi sewaktu majlis menerima kehadiran murid Juara ini. Wah  saya juga seronok mendengarnya kerana difahamkan pengetua baru ini adalah seorang penceramah motivasi . Semoga pihak sekolah SMAWPKL menerima kehadiran kami lagi pada masa akan datang. :)

Welcome Adam 
Semoga dipermudahkan












Spot check barang sewaktu ketibaan
Majlis penerimaan murid
Ucapan Aluan Pengetua


Ucapan Aluan 

Majlis Penutup

Majlis Penutup

No comments: