Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

31 July 2016

Majlis Perpisahan KB Sains Math: Pn Noor Aini Ibrahim



Hari terakhir Ketua Bidang Sains Dan Matematik SMK Cheras iaitu Puan Noor Aini Ibrahim akan meninggalkan sekolah ini kerana dinaikkan pangkat selaku Penolong Kanan Kokurikulum SMK Perempuan Bandaraya berkuat kuasa 1 Ogos 2016.  Kelab Guru merancang mengadakan majlis ini pada 31 Julai 2016 bagi meraikan beliau yang dinaikkan pangkat serentak dengan program perjumpaan RIMUP Merdeka Raya sekolah. Oleh itu selaku penyelaras program Majlis Perpisahan , saya menjemput beliau untuk diraikan pada pagi pukul 8.00 pagi sebelum Majlis Rasmi Perasmian Pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan dan RIMUP Merdeka Raya diadakan. Ucapan perpisahan oleh Pn Noor Aini dalam keadaan yang sangat beremosi dan beberapa kali ucapannya tidak dapat diteruskan kerana terlalu sebak..dan ditenangkan oleh puan pengetua. Maklumlah hampir 21 tahun di sekolah ini, saya mengenalinya sebagai guru pengawas sekolah, guru disiplin sebelum bertukar portfolio selaku Ketua Bidang Sains Dan Matematik sekolah. Sejak itu komunikasi dengannya dari komunikasi selaku guru kaunseling- guru disiplin kepada AJK pengurusan - Pengurusan apabila beliau sudah terlibat pula dalam jawatankuasa pengurusan sintekolah. Puan Noor Aini juga adalah taukeh spsk dan skpm sekolah dan saya adalah penyelaras kualiti untuk PK08 dan beberapa dokumen spsk dan skpm  menyebabkan interaksi kami lebih kepada perkara-perkara berikut.


Satu perkara yang menarik untuk saya kongsikan di sini, ialah mengenai program Guru Penyayang. yang mana saya merupakan setiausaha program ini di sekolah. Sejak tahun 2012, apabila UBK menganjurkan pengundian anugerah Guru Penyayang hampir saban tahun beliau akan terpilih. Antara guru yang mempunyai undian tertinggi dan disayangi oleh murid sekolah. Apabila giliran menjaga pagar, walaupun berstatus Ketua Bidang, beliau akan tetap berada di pagar pada masa giliran pengawasannya. Hampir 16 tahun saya selaku guru kaunseling di sekolah ini, saya hanya mendengar majoriti cerita-cerita positif dari murid -murid nya atau bekas anak muridnya mengenai cara mengajar yang difahami dan pendekatan yang digunakan dalam hubungan antara guru- murid dalam kelas yang boleh diterima oleh muridnya yg berbilang bangsa dari kelas cemerlang hingga ke kelas yg lemah. Signifikan dgn panggilan guru penyayang.

Semoga perpindahan ini meningkatkan lagi kecemerlangannya dalam pendidikan di sekolah dan walau di mana sahaja beliau berada...tidak sukar untuk beliau mendapat tarikan daripada murid -muridnya dengan amalan guru penyayang yang sentiasa dipraktikkannya :)


Last day of July
The first day of my new routine
After 10 years..

















No comments: