Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

1 July 2016

Selamat Bersara Cikgu Jasvir Singh



Hari penting dalam takwim sekolah apabila Cikgu Jasvir otai guru di sekolah ini bersara pilihan pada hari ini dalam sejarah 1 Julai 2016. Oleh kerana tarikh persaraan pada bulan puasa, maka kami telah mengadakan aktiviti majlis persaraan lebih awal iaitu pada sambutan hari guru pada bulan Mei lalu. 

Cikgu Jasvir berkhidmat dalam unit disiplin dalam jangka masa yang lama mungkin hampir 30 tahun menyebabkan guru senior ini mahir dalam menyoal siasat murid yang suka menipu dan memutarbelitkan cerita. Ada warga Cherasian yang tau dan ada yang tidak tahu bahawa Cikgu Jasvir ini ialah guru Sains saya dan juga guru disiplin saya sewaktu zaman sekolah saya. Sudah terbiasa akur dgn arahannya sewaktu saya berada dalam Lembaga Pengawas di sekolah menengah tahun 1992 /93 dahulu. 

Apabila saya ditempatkan bertugas satu sekolah dgn Cikgu Jasvir, saya perlu berurusan dengan Cikgu Jasvir dalam masalah yg melibatkan salah laku murid. Tidak ketara ketika 3 tahun pertama saya berada di sesi petang, tetapi tahun keempat ketika saya ditugaskan ke sesi pagi maka
Haha disinilah konfliknya..apabila saya yg sudah biasa akur dgn arahannya sewaktu menjadi murid Cikgu Jasvir tetapi kali ini bertugas sebagai rakan sekerja dan dalam keadaan saya yg masih mentah dalam dunia pendidikan dan asam garam murid sekolah. Cikgu Jasvir selalu mentertawakan saya apabila dia melihat saya cuba deal dgn masalah student. Dengan selambanya dia suka mengatakan jangan membuang masa saya melayan murid seperti itu seperti ini. Well Cikgu Jasvir berjaya buat saya down uhuk..uhuk...terutama bila dia sengih sambil menggeleng geleng kepala apabila saya membuka mulut memberi pendapat. Oleh itu saya selalu memotivasikan diri saya agar hormat dengan segala pandangannya :) maklumlah saya posting sewaktu KPM baru memulakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sepenuh masa ..maka banyak taboo dan isu antara guru disiplin dan kaunseling yg perlu dihalusi dgn berhati hati. Maklumlah guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa tidak mengajar manakala guru disiplin komitmen dgn masa mengajar seperti guru akademik biasa tetapi bebanan tugas mereka juga agak byk. 
Yang paling ketara guru guru disiplin majoriti ialah guru senior yg telah lama berkhidmat berbanding saya dan rakan sekerja yg bertukar ganti adalah guru yg baru. Namun itu cerita di awal posting saya pada 6 tahun pertama berkhidmat di sekolah.

Saya suka observe bagaimana Cikgu Jasvir mengendalikan kes disiplin murid ponteng kelas, merokok dan mencuri. Mungkin pengalamannya kerana terlalu lama dlm unit disiplin. Saya sendiri mengaku yg semua bidikannya biasanya tepat. Kalau tidak tepat, sebab tidak cukup bukti. Biasanya kalau dia bercerita, saya akan dengar tanpa provokasi sbb nanti sy kena smash..hihi. Jadi lama kelamaan saya pendengar aktif bila Cikgu Jasvir bercerita ttg kes murid..itu pun bila saya approach dia knp murid itu dikenakan tindakan. Dan saya suka mendengar bagaimana dia boleh menilik murid ini mmg bersalah. Saya sendiri tidak pasti sejak bila Cikgu Jasvir sudah boleh menerima saya dalam perkhidmatan kaunseling apabila dia sendiri membawa murid bermasalah ke bilik kaunseling. Wahhh seronoknya dihati Allah sahaja yg tau apabila perkhidmatan kaunseling sudah boleh diterima olehnya walaupun pada kali pertama Cikgu Jasvir membawa murid itu kerana terpaksa mengikut prosedur untuk murid yang akan diambil tindakan. Tetapi lama kelamaan dia sudah boleh mencadangkan nama nama murid bermasalah untuk rujukan saya handle terlebih dahulu. Sejak itu, saya belajar dari Cikgu Jasvir bagaimana pandangan guru disiplin terhadap murid yg mempunyai salah laku dan saya menghormati pandangan tersebut. Dalam masa yg sama perlahan lahan saya memasukkan my point of view as a counsellor. Disinilah hasil yg menarik apabila guru kaunseling menjalankan sesi kaunseling dgn point point sokongan dari guru disiplin esp bila murid terlalu byk helah bela dirinya. Tugas saya akan merasionalkan murid ini mengapa tindakan diambil terhadapnya dan menjalankan penerokaan punca dan cara menangani masalah murid tersebut.

Saya rasa kunci keharmonian dalam kerjasama antara unit kaunseling dan disiplin ialah saling hormat menghormati point of view masing masing dan bersama sama brainstorm bagaimana menangani masalah salah laku murid dan bukannya cara siapa yg the best menangani masalah murid tersebut. Hari ini saya kehilangan cikgu dan rakan setugas yg dihormati dan sudah pasti saya benar benar terasa kehilangannya mulai 11 Julai nanti. Terima kasih cikgu kerana masih sudi membimbing saya sejak dari saya bergelar anak murid hingga bergelar teman sejawat. 


Menu mengunjung
Annual menu for iftar
Johor....I'm coming..























2 comments:

Ros Azman Shah Ismail said...

Teringat sejarah semasa berada di Tingkatan 4.pernah kena rotan dengan Cikgu Jasvir

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Ahaks apa yang telah ko lakukan..kalo geng pompuan mmg Cikgu Jasvir tak rotan. Kalo lelaki memang lah kena.