Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

28 August 2016

Penutup Kejohanan Terbuka Silat 5 x 5 Berpasukan Anjuran PIBG SMK Cheras

Karnival Silat 5x5 yang dianjurkan oleh PIBG telah mendapat sambutan dari team silat luar WPKL. PIBG dan KSIB berkampung selama 3hari dari Jumaat lepas hingga Ahad. Setiap team perlu membayar yuran RM100 dan khemah juga disewa utk jualan makanan. Hasil inisiatif projek mega menambahkan dana sekolah ini merupakan projek sulung PIBG sesi 2016/2017.

Walaupun ada kekangan masa dan kewangan, program berjalan juga dengan baik. Kerjasama PIBG dengan PESAKA, DBKL membantu merealisasikan program ini. Majlis penutup disempurnakan oleh puan pengetua Puan Kamariah Bt Abu dengan catatan yg manis untuk sekolah walaupun tidak mendapat tempat tetapi seorg peserta silat puteri sekolah mendapat anugerah pesilat puteri terbaik. Dan yg paling penting AJK bekerjasama memastikan majlis penutup berjalan baik dan aktiviti gotong royong juga dijalankan dengan sebaiknya untuk memastikan persekitaran yg bersih. Terima kasih kpd semua yg membantu melancarkan program ini.

Di part saya selaku AJK KISB, berharap agar ada penambahbaikan terhadap program yang dianjurkan jika bercadang menjalankan lagi pada tahun hadapan. Maklumlah walaupun AJK KISB menjalankan projek ini dalam masa yang singkat namun pengajaran dan kekangan yang dihadapi boleh dijadikan kayu ukur untuk merealisasikan program ini dengan lebih berkesan melalui perancangan yang lebih rapi. Akhir kata...tahniah kepada team KSIB sesi 2016.

                                



Simbolik Majlis Penutup

Tahniah Zahidah ..pesilat puteri terbaik






















Tahniah kepada semua pemenang


Team belakang tabir ..AJK Sijil & Urusetia




Catur Terbuka Merdeka 2016
Anjuran SBU, YPC & Persatuan Catur KL
Ranking 40/90...well done Farietz


No comments: