Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

23 September 2016

Cakna Lawatan Ke Rumah September

Hari ni badan masih letih sebab 3 hari outstation beralih tempat tidur. Dan masih lagi hari ni mengadap bahan bahan untuk 2 pertandingan minggu hadapan. Huhu masa nilah rasa bestnya kalo dari negeri Johor atau pantai timur hari ni cuti selepas balik dari Batu Gajah , Perak. Berangan sorang sorang 
Namun apabila mendapat keluhan dari guru kelas mengenai anak muridnya yg dah hampir sebulan tidak hadir ke sekolah walhal exam semakin dekat..menyebabkan saya terpanggil untuk menyiasat hingga ke rumah hari ini juga.  Guru kelas tidak tau bagaimana ingin menghubungi nombor telefon yg sering gagal menghubungi waris murid ini tadi. Lalu saya dan guru kelas ke rumah murid ini pada pukul 2.15 tgh hari dan tidak sukar mencari kawasan perumahan ni walaupun saya dan guru tingkatannya tidak berapa biasa dgn jalan di sini.
Sekali ketuk sahaja dah ada yg membuka pintu, selepas memperkenalkan diri keluarga ini terkejut kerana setiap hari murid ini ke sekolah. Setiap hari ye keluar rumah dgn memakai baju sekolah begitu juga jika balik ke rumah masih lagi berpakaian sekolah. Semua ahli keluarga di rumah itu yg ada pada ketika itu dari dua pakciknya hingga ke neneknya terkejut.
Kami sengaja menunggu hingga pukul 2.30 petang kerana difahamkan murid ini akan balik ke rumah pada waktu tersebut. Memang terkejut murid ini melihat kami. Rupanya selama ini dia keluar dari rumah menuju ke Masjid dan duduk di masjid sepanjang hari hingga tamat sesi persekolahan. Mempunyai masalah stres kerana masalah ... menyebabkan murid ini mengambil jalan mudah untuk mengasingkan diri kerana malu. Baginya duduk dan ponteng di masjid lebih baik dari tempat lain yg boleh mengundang kemarahan neneknya jika kantoi satu hari nanti.
Setelah berbual dgn neneknya dan bersesi soal jawab dihadapan keluarganya, saya memintanya ke sekolah seperti biasa mulai minggu depan dan akan dipantau oleh saya dan guru kelasnya. Jika dia tidak hadir ke sekolah, maka nombor telefon pakciknya dalam simpanan guru kelas sekarang untuk dihubungi. Saya mengatakan saya hanya boleh membantu dan menjalankan sesi kaunseling jika hadir ke sekolah. Semoga mendapat kerjasama darinya.


Happy birthday Ziana


                                         

2 comments:

Anonymous said...

Slmt sejahtera Puan.sy Zuraily. Boleh sy dptkn emel puan utk berkomunikasi lbh details.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

nurhaiza.gksmkcheras@gmail.com