Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

30 September 2016

Kertas Kerja Bengkel Intensif Sejarah Dan Bahasa Malaysia SPM Untuk Yang Gagal


Hari ini pengetua, penolong kanan tadbir dan kurikulum, penolong kanan HEM dan guru kaunseling iaitu saya mengadakan perjumpaan dengan murid tingkatan 5 yang gagal percubaan SPM yang lalu dalam mata pelajaran BM atau Sejarah atau gagal kedua-duanya. Seramai hampir 85 orang yang gagal menunjukkan murid ini akan gagal dalam SPM kerana subjek tersebut adalah subjek wajib lulus SPM. Maka satu strategi bagi membantu murid-murid ini diperlukan bagi mereka masih lagi tertarik untuk ke sekolah dan dalam masa yang sama mengikuti bengkel lulus subjek BM dan Sejarah dengan lebih intensif. 

bengkel akan dikendalikan oleh seorang guru iaitu penolong kanan tadbir dan kurikulum saya yang juga seorang guru Sejarah dan dibantu oleh pengetua dan penolong kanan yang berkelapangan untuk membantu murid ini dalam bengkel yang mempunyai jadual khas setiap hari. Sebagai guru kaunseling saya ditugaskan dalam menjaga kebajikan makan minum murid ini, maklumlah murid - murid sasaran ini memang majoriti murid yang tak boleh lama duduk diam dan memang suka jalan. Jadi bengkel yang dijalankan mempunyai sela masa untuk murid ini rehat dan berjalan ke belakang dewan untuk minum air teh yang dibancuh sendiri oleh guru kaunseling sama ada oleh saya atau Rozinani dan biskut. Jika kami tiada di sekolah, kena fikirkan alternatif lain siapa yang boleh tolong. 


KERTAS KERJA
BENGKEL INTENSIF BAHASA MALAYSIA DAN SEJARAH
MURID TINGKATAN 5


1.0     PENGENALAN
          Program Klinik Bahasa Malaysia dan Sejarah untuk murid tingkatan lima akan
          dijalankan secara intensif bermula pada bulan Oktober hingga peperiksaan SPM
          bermula pada bulan November 2016. Program ini akan dijalankan khusus untuk
          murid yang memperolehi Sejarah dan Bahasa Malaysia yang gagal dalam
          percubaan peperiksaan SPM yang lepas. Seperti yang umum ketahui, gagal bagi
          mata pelajaran Bahasa Malaysia atau Sejarah bermakna gagal dalam SPM dan
          tidak layak mendapat sijil SPM. Oleh itu bengkel intensif mata pelajaran Bahasa
          Malaysia dan Sejarah adalah penting untuk murid tingkatan lima dari semua
          kelas mengenal pasti kelemahan masing- masing oleh guru mata pelajaran
          Bahasa Melayu dan Sejarah untuk menjalankan latih tubi mata pelajaran
          berkenaan.

2.0     Objektif
          1)       Agar dapat meningkatkan peratus kelulusan murid dalam subjek Bahasa
                    Malaysia dan Sejarah

3.0     Tarikh
           4 Oktober 2016  - 4 November 2016

4.0     Tempat
          Dewan Sekolah

5.0     Ahli Jawatankuasa
          Pengerusi     : Puan Kamariah Bt Abu
          Penolong Kanan Tadbir & Kurikulum :     Cik Lee Swee Ching
          Penolong Kanan Hal Ehwal Murid   :       Puan Chong Moi Lian
          Setiausaha    :
          AJK Modul    : Cik Lee Swee Ching (Sejarah)
                              : Encik Mohd Noor Bin Mat Deris ( Bahasa Malaysia) 
          AJK Makanan:                                                : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
                                                                                : Puan Rozinani Bt Awang
                                                                                  Puan Aziyanti Abu Khanipah
         
                                   
6.0     Pengisian:
          10.30 pagi     - 12.00 tengah hari 
          : Bengkel Bahasa Malaysia atau Bengkel Sejarah

7.0     Anggaran Kewangan
          Sumber Kewangan
          Program Kecemerlangan                  = RM 500

          Perbelanjaan:
          Biskut                                                   = RM 350
          Teh  dan gula                                       = RM 150
         

8.0     Penutup
          Diharapkan agar bengkel Bahasa Malaysia dan Sejarah berjalan lancar dan          
          dapat menarik minat murid ke sekolah dan mengikuti program ini untuk
          meningkatkan kelulusan akademik murid dalam subjek wajib lulus SPM 2016.

          Disediakan oleh,                                                                  Diluluskan oleh,



          (Nurhaiza Bt Che Mat)                                                         (Kamariah Bt Abu)  
                              

Thank you September
For develop my confidence

No comments: