Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

21 September 2016

Pembentangan Pengurusan Dan Amalan Kaunseling Terbaik Kebangsaan Oleh SMK Cheras

Hari kedua di APBM Batu Gajah apabila hari ini kami akan bertanding untuk amalan terbaik kaunseling pula. Dijalankan di auditorium APBM dan dihakimi oleh 3 orang juri. Antaranya  Dr Ramlan














Padali membawa konsep Euphoria Kaunseling mengenai sistem dashboard kaunselor sekolah dan sistem e-klien yang membawa keseronokan bekerja kepada guru kaunseling.

Antara soalan hakim ialah
1) Inovasi ini sepatutnya dipertandingkan untuk pengurusan kaunseling dan bukannya amalan kaunseling?
Inovasi ini tidak boleh dipertandingkan dalam pengurusan kaunseling kerana pengurusan kaunseling mempunyai skop yang lebih luas iaitu pengurusan fail, bilik , kajian tindakan dan sebagainya. Ia lebih sesuai untuk pertandingan amalan terbaik kerana ia merupakan amalan terbaik perkhidmatan bukannya amalan terbaik program dan merupakan satu sistem yang diamalkan oleh UBK.

2) Bagaimana limitasi sistem ini terutama apabila melibatkan kes yang segera?
Murid boleh menulis kes mereka untuk rujukan dan apabila gbk mendapat notification, sesi kaunseling akan diaturkan kepada murid di sekolah.

3) Adakah sistem ini boleh dijalankan secara online iaitu bermesej -mesej ketika itu juga?
Tidak

4) Adakah sistem ini boleh mendapatkan notification khas untuk seorang sahaja atau keempat-empat kaunselor?
Boleh mendapatkan dari keempat-empat kaunselor dengan memilih kaunselor mana yang mereka kehendaki melalui nama dan gambar kaunselor yang terdapat di dalam sistem




Pertandingan pengurusan kaunseling terbaik
Saya membentangkan tema perkhidmatan kaunseling abad ke21 dengan fokus perkhidmatan kepada 4 bidang perekayasaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

Bilik pembentangan untuk pertandingan pengurusan kaunseling sekolah rendah dan sekolah menengah terletak di bilik kuliah 12. Dengan 3 orang hakim yang mana ketua juri ialah Profesor Madya Dr Rusnani orang kuat PERKAMA. Giliran saya semalam dan soalan yang ditanya ialah

Antara soalan yang ditanyakan kepada saya ialah
1) Penglibatan alumni dalam perkhidmatan UBK
Alumni pernah terlibat dalam motivasi penghayatan sahsiah sebanyak 5 kali terutama ketika slot sahsiah motivasi hari Jumaat sebulan sekali di tapak perhimpunan. Malahan juga alumni membantu untuk ceramah dalam peningkatan kerjaya dan program halatuju selepas SPM

2) Mengapakah isu histeria dikaitkan dengan sumbangan dan kepakaran?
Histeria selalu dikaitkan dengan sekolah kerana kes kes ekstrim yang terdapat di sini dan hampir saban tahun kes histeria yang teruk berlaku di sekolah. Setelah menjalani latihan menangani histeria pada tahun lepas, barulah guru kaunseling yakin untuk berhadapan dengan kes ini sehingga setiap kali kes berlaku, guru kaunseling ialah personalia yang pertama dipanggil huhu jika dahulu kami tidak pernah pun mengambil atau dipanggil untuk menangani kes ini.

3) Apakah cadangan penambahbaikan yang dijalankan oleh UBK?
Fokus mengenai kes murid merokok dan kes dadah memandangkan hampir setiap tahun ujian urin positif oleh AADK di sekolah.

4) Apakah itu sistem e-klien?
Sistem yang membantu memberi sokongan untuk sekolah rintis pdp abad ke 21 dan menggunakan teknologi secara efektif di mana klien menggunakan gajet samaada android atau komputer atau tab untuk berinteraksi dan menjalankan intervensi perkhidmatan kaunseling.

5) Bagaimana blog ubk dan saya nurhaizachemat.blogspot itu membantu perkhidmatan kaunseling?
Segala pengurusan perkhidmatan kaunseling boleh dirujuk oleh guru bimbingan kaunseling Malaysia iaitu sistem fail, kajian tindakan, SKT, borang keberhasilan guru kaunseling dan pelbagai lagi serta pelbagai kertas kerja secara percuma. Manakala untuk murid pula mengenai pelbagai isu dan sesi soal jawab melalui blog atau email.


6) Apakah program lain yang meningkatkan kemenjadian murid?
Program SPOT sistem pemantauan orang tertentu dimana murid ini dipanggil butterfly untuk kemenjadian mereka dalam program SUIT sahsiah unggul individu terbilang. Murid yang negatif tingkah laku tapi berubah kepada positif hasil pemnatauan harian guru kaunseling.


The nice thing about teamwork
Is that you always have others on your side
Lets have mee udang galah banjir perghhh





No comments: