Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

13 October 2016

Amalan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling Sekolah Peringkat Kebangsaan 2016



VIP sedang key in e pelawat
                               

                            
                               

JOHAN
Amalan Terbaik Kaunseling iaitu Euphoria Kaunseling
SMK Cheras
Berteraskan kepada 3 komponen amalan yg dijalankan sejak 2015. Berasaskan aplikasi sistem pengurusan maklumat dan perhubungan iaitu sistem dashboard e kaunselor sekolah dan sistem e klien manakala komponen ketiga adalah penyediaan tempat kemudahan akses di bilik kaunseling yg dinamakan one stop centre transit e klien. Ketiga tiga ini memberi impak yg efektif dan dpt menyelesaikan permasalahan yg dihadapi.Selain itu one stop centre ini dpt mewujudkan suasana kerja yg harmoni, gembira dan tanpa tekanan kerja.


                                  

                                       

NAIB JOHAN
My CD
SMK Kubang Bemban, Kelantan
Zurina Md Noor
Wan Ashibah Wan Ibrahim
Amalan Terbaik My CD antara amalan kesedaran kerjaya yg menggabungkan tiga elemen iaitu Mission (M), Career ( C) dan Destiny (D) bagi membentuk akronim nama MyCD. Amalan melibatkan semua ting 1 hingga 6 di SMK Kubang Bemban. Murid turut menghasilkan CD kreatif tersendiri dan digunapakai oleh GBK untuk penyimpanan rekod profil kerjaya murid di bilik kaunseling.



                          

KETIGA

Hero Gunung - The Diamond in U
SMK Seri Gunong
Nor Hafizah Mahmud

Program direka melibatkan 57 murid ting 1 hingga 5 secara sukarela hasil promosi program yg dijalankan mulai Jan 2016. Fokus bagi meningkatkan tahap self esteem para murid yg diyakini memberi kesan positif terhadap kehadiran murid ke sekolah dan peningkatan akademik para murid. Program yg dilaksanakan sejak 3 jan 2016 menunjukkan kesan yg diharapkan pada Jun 2016 seawal lima bulan dilaksanakan. Program yg dilaksanakan melibatkan rawatan terhadap murid dalam meningkatkan tahap self esteem melalui aktiviti yg menarik murid dtg ke sekolah dgn aktiviti. Hasil program murid menunjukkan peningkatan dalam pwratus kehadiran murid ke sekolah, pencapaian akademik dan pembangunan soft skill.


                               

                                
KEEMPAT
Al Zaafarani
SMK Seri Alam 2
Norashuha Tajuddin
Nur Fathiah Ahmadin

Program Al Zaafarani ( Harum Wangi) diperkenalkan apabila terdapat masalah dalam akademik, kehadiran , sahsiah, kokurikulum dan disiplin.  Ia mengaplikasikan jangkaan melalui teori telahan terkabul kendiri dengan menggunakan tagline fikir baik baik, cakap baik baik dan bertingkah laku baik baik. Tagline diamalkan dlm setiap program yg dilaksanakan bersama murid, guru, staf, ibu bapa termasuk PIBG dan PIBK serta jaringan komunikasi dengan komuniti luar. Lagu Kau Boleh merupakan lagu tema program. Penilaian kualitatif dan kuantitatif dijalankan 2 fasa mendapati program menyumbang kpd peningkatan akademik, 
kehadiran murid, peningkatan kokurikulum dan penurunan kes disiplin.


KELIMA
IS Murid + IMK ke SKM Sijil Kemahiran Membentuk Kemenjadian Murid
SMK Tok Perdana Setiawan Perak
Zainol B Darus
Hazita Ibrahim
Pengurusan kaunseling menyemai nilai murni ke arah pembentuk personaliti unggul dan membina kemahiran kerjaya. IMK mengenal pasti kecenderungan murid dlm pelbagai bidang kerjaya. IMK membantu GBK membimbing murid kerjaya yg bersesuaian dan membantu murid memilih kemahiran kerjaya yg diminati dan berupaya untuk belajar. Kemenjadian murid dlm kemahiran kerjaya dpt dilihat apabila mereka berjaya menamatkan kursus dan mendapat pekerjaan dalam bidang yg diceburi selaras dgn hasrat KPM melahirkan insan seimbang dan berkemahiran.



AMALAN TERBAIK SEKOLAH RENDAH

                        
                    

                                          
JOHAN
SK Sri Mersing, Johor
A. Murat Abd Rani
Jocelyn Anak Bini


Mengaplikasikan Projek C Cup Dalam Memperkasa Kemenjadian PRS di Sekolah
Projek C Cup bermaksud Piala C iaitu pada akhir kajian murid menjangkakan akan lulus dgn gred C dalam semua subjek jika diberikan bimbingan intensif supaya SIKAP positif dlm tindakan dan pemikirannya. Melantik 20 murid bermasalah sbg PRS dan Mantee UBK. Perasaan dihargai lebih perhatian berjaya membentuk 20 org murid yg lebih cemerlang dalam sahsiah dan akademik apabila diberikan peluang dan sokongan.


                           
NAIB JOHAN
Inspirasi Pelangi Kasih 
SK Seremban 2B
Siti Norfadhilah Abdullah
Mimi Rafeah Ahmad


Inspirasi Pelangi Indah adalah satu ruang diilhamkan bagi mengatur sesi kaunseling individu supaya dapat dijalankan dgn lebih selesa, terbuka, santai, teraputik dan nyaman. Istimewa ruang ini krn terdapat 6 jenis terapi iaitu terapi warna, terapi sentuhan, terapi muzik, terapi minda, terapi seni dan terapi puppet. Ia memberi peluang kpd murid memperkembangkan dirinya dan menaikkan nama sekolah di persada antarabangsa. Terapi untuk murid yg bermasalah tetapi diperluaskan ketika di tapak perhimpunan. Amalan terapi ini menarik minat ramai murid untuk ke bilik kaunseling dan meningkatkan produktiviti murid ke arah kecemerlangan akademik dan kokurikulum manakala ikon pelangi kasih sbg tarikan dan pembakar semangat murid.

                              

KETIGA 
Program Permata Asma
SK Sultanah Asma
Junaidah Ismail
Farhana Hussin
Program melibatkan semua puteri Asma dan murid ponteng tegar. Amalan ini mengandungi 5 subprogram iaitu Bintang Asma, Gemilang Asma, Armorial Asma, sesi kaunseling dan sistem rekod kehadiran murid ( SRKP) .Program dilaksanakan bermula 2014 sehingga sekarang ditambah baik dari tahun ke tahun. Amalan yg menggalakkan murid hadir ke sekolah dan meningkatkan peratus kehadiran murid.


                                


KEEMPAT KAUNSELING TERBAIK SEKOLAH RENDAH
KEDUA PAMERAN TERBAIK KAUNSELING
Terapi Bermain Di Seting Sekolah
The Power Of Play
SK Methodist2
Gooh Mo Lee
Hayati Mohd Yusof
Kajian memberikan intervensi dalam perkhidmatan kaunseling dgn terapi bermain yg merupakan proses kaunseling kreatif di seting sekolah untuk membantu kanak kanak berhadapan pelbagai isu dan permasalahan. Untuk mengenalpasti isu dan permasalahan kanak kanak di seting sekolah dgn terapi bermain dan membina satu modul kesejahteraan emosi dan tingkah laku kanak kanak secara holistik. Terapi bermain merupakan medium teraputik yg sgt signifikan dlm pembinaan kesihatan mental kanak - kanak.

                   



                                  
KELIMA AMALAN TERBAIK KAUNSELING SEKOLAH RENDAH
KETIGA DOKUMENTASI TERBAIK KAUNSELING
Kami suka mai sekolah
SK Matang Gerdu, Bagan Serai, Perak
Nur Munira
Mengenalpasti keberkesanan program menangani ponteng sekolah. Program Bintang, Program Sentuhan Jiwa, Program Bicara Tautan Kasih dan Program Selamat Pagi Cikgu. Berjaya meningkatkan kehadiran murid tahun 2016.

ETS Anak Bukit - KL Sentral
Hectic days with panda eyes
And ting tong dizzy head
Good night zźzzz

No comments: