Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

17 October 2016

Bengkel Intensif Sejarah Dan BM bagi yg gagal


Analisa markah peperiksaan SPM bagi percubaan SPM sgt tidak memberansangkan apabila murid yg gagal dalam BM atau Sejarah yg mana keputusan gagal ini menyebabkan result SPM automatik gagal! 
Seramai 80 org murid yg terlibat menyebabkan pentadbir iaitu pengetua, penolong kanan tadbir dan kurikulum, penolong kanan HEM dan guru kaunseling iaitu saya menjalankan satu perjumpaan dgn murid murid ini untuk mengenalpasti punca kelemahan masing masing pada dua minggu lepas. Post mortem dari panitia telah dijalankan dan pentadbir pula bersemuka dgn murid murid untuk membentangkan strategi terakhir sekolah bagi membantu mereka jika mereka masih ingin komited dtg ke sekolah dan intensif mempelajari subjek Bahasa Malaysia atau Sejarah dengan masa yg lebih lama iaitu 3 masa setiap hari hingga peperiksaan SPM sebenar. Bagi mengurangkan rasa bosan murid murid ini, mereka diberikan rehat 5 minit setiap 30 minit masa pengajaran. Makanan ringan spt biskut dan air teh atau air disediakan secara percuma kpd mereka. Saya ulang ye..percuma huhuhu. Kami bertiga iaitu penolong kanan tadbir akan mengajar sejarah dibantu oleh pengetua dan guru kaunseling sama ada saya dan Rozi membantu dari segi pembinaan ayat maklumlah kebanyakan murid yg gagal ini ialah mereka yg lemah penguasaan bahasa. Manakala BM pula diajar oleh En Mohd Noor ketua guru disiplin sekolah yg juga guru BM dibantu oleh pengetua, penolong kanan tadbir dan kurikulum dan guru kaunseling jika kami berada di sekolah. Adakalanya guru subjek BM atau Sejarah diberi relief untuk membantu bengkel ini sama ada di dewan atau di pusat sumber sekolah.
Pada minggu pertama tugas saya dan Rozi menjerang air dan menyediakan air panas untuk murid yg terlibat dan set up coffee corner yg mengandungi biskut juga. 
Coffee corner ni mendapat sambutan yg hebat :) namun apabila kami guru kaunseling start sibuk mengadakan pameran dan tiada di sekolah maka pihak kantin pula yg akan mengambil alih. 

Semoga dgn usaha yg dijalankan oleh pihak sekolah dapat meningkatkan peratus kelulusan murid yg gagal dalam.BM dan Sejarah. 


Thanks mak
For delisious meal 






perjumpaan pertama dengan murid yang gagal


No comments: