Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

2 October 2016

Hari Datuk Dan Nenek : DWEN


 Jika di sekolah, UBK menguruskan program Dasar Warga Emas Negara iaitu DWEN dengan pelbagai aktiviti agar generasi muda menghargai warga emas. Hari ini merupakan Hari Datuk Dan Nenek yang diraikan setiap Ahad minggu pertama Oktober untuk warga yang muda menghargai sumbangan dan pengorbanan warga emas untuk kesejahteraan generasi muda. 

Permulaan Maal Hijrah 1438 yang bermakna. Dan kebetulan cuti Maal Hijrah selama 3 hari ini saya berkesempatan untuk balik ke kampung menjenguk ibu bapa saya dan sudah tentu objektif utama untuk melepaskan rindu anak-anak saya terhadap datuk dan neneknya. waaa...saya pun rindu juga :)

Doa Awal Tahun Hijrah
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Allah SWT bersalawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW , ahli keluarga dan para sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim, yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahan Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu - pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan  melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dari mereka yang mengasihani dan Allah bersalawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat -sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

No comments: