3 October 2016

Kertas Kerja Bengkel Profesionalisme Pengurusan Kaunseling PPW Pudu


Saya sharekan di sini kertas kerja yang saya usahakan untuk program Sub Zon B Pudu. Pada awal tahun kami in charge PPSDM untuk zon tetapi memandangkan program PPSDM ni peringkat kebangsaan pun senyap je hingga ke September, mungkin tiada peruntukan kewangan tahun ini untuk dijalankan secara berpusat melalui zon seperti tahun tahun lepas, maka kami perlu menyediakan satu program sebagai ganti program PPSDM yang tidak dijalankan. Apabila ketua Sub Zon saya meminta cadangan, saya terus memetik tajuk ini memandangkan majoriti guru kaunseling tidak tahu menyediakan pelan strategik. Jika ada pun hanya copy paste dan tidak tahu mengapa pentingnya pengurusan perkhidmatan kaunseling yang sistematik. saya fokus kepada guru kaunseling Zon Pudu sahaja memandangkan dari survey saya, perkara -perkara berikut antara keperluan yang mereka inginkan dalam berkursus. Niat saya awalnya untuk membimbing guru kaunseling muda yang posting antara 5 tahun ke bawah dalam pengurusan kaunseling dan dijalankan di bilik mesyuarat sekolah saya sahaja, tetapi nampaknya senior senior juga meminta diajarkan kepada mereka juga. Mujurlah ketua sub zon B Encik Azni sempat merembat tajaan dari UniKL.


KERTAS KERJA
BENGKEL PROFESIONALISME PENGURUSAN
PERKHIDMATAN KAUNSELING ZON PUDU, WPKL

1.0         PENGENALAN
               Tahun 2016, sistem pendidikan berada dalam gelombang kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu memacu sistem pendidikan bagi mencapai objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 . Antara objektif PPPM ialah memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan tumpuan kepada penambahbaikan akses kepada pendidikan, meningkatkan kualiti, merapatkan jurang pencapaian (ekuiti),menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid dan memaksimumkan keberkesanan sistem iaitu kecekapan. Oleh itu, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling perlu ditadbirurus sebagai satu sistem sokongan untuk perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran di sekolah mencapai PPPM tersebut pada tahun 2025. Dalam anjakan keenam transformasi pendidikan menerangkan mengenai keupayaan JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. Maka dengan anjakan inilah maka program ini adalah satu keperluan untuk dijalankan bagi memperkasakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah- sekolah daerah Zon Pudu.


2,0     Objektif
          1) Agar dapat membimbing  guru kaunseling dalam menjalankan pelan strategik
          2) Agar dapat membimbing guru kaunseling menyiapkan perancangan untuk
              tahun 2017

3.0     Tarikh
          5 Oktober 2016

4.0     Tempat
          Unikl Iproom, Taman Shamelin, Cheras, Kuala Lumpur


5.0     Ahli Jawatankuasa
          Penasihat     :         Encik Rohaidatul Akmal Bin Rosedi
                                        Pegawai Kaunseling PPW Pudu
          Pengerusi     :         Puan Norhuda Bt Abd Azis
          Timbalan Pengerusi:          En Azmie Bin Ya’acob
          Setiausaha    :         Puan Aziyanti
          Bendahari     :         Pn Loo Siew Lan

          Penyelaras              :         Encik Mohd Azni Bin Abu Hassan
          AJK Pendaftaran     :         Cik Rashidah Bt Ibrahim
          AJK Cenderamata   :         Cik Nur Fatin Athirah Bt Zaini
          AJK Pengacara Majlis        :         Encik Mohd Azni Bin Abu Hassan

          AJK Sijil                            :                                      
          Sijil Penghargaan AJK       : Puan Wan Normala Bt Ali@Wan Ali

          Sijil Penyertaan Peserta:   Puan Nurshida Bt Manan
                                           En Fauzi Bin Majid                  

          AJK Dokumentasi Dan Penilaian  : Puan Hasni Haryati Bt Hashim
                                                    Puan Norana Bt Wan Mat

          Penceramah : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
          Fasilitator      : En Che Mohamad Padali Bin Che Mat
                                Puan Rozinani Bt Awang
                                Puan Raudzah Bt A. Rahman





6.0     TENTATIF PROGRAM
          9.00 pagi      : Pendaftaran
          9.30 pagi      : Soal selidik keperluan sekolah
          10.00 pagi     : Membina SWOT
                              : Membina perancangan strategik
          11.00 pagi     : Slot UniKL
          12.00 tgh hari          :  Membina perancangan taktikal dan operasi
          1.20 tgh hari : Makan tengah hari/Solat
          2.00 petang  : Rancangan tahunan 2017
          3.00 petang  : Sasaran kerja tahunan
                              : Borang keberhasilan guru kaunseling
          3.45 petang  : Penilaian program
          4.00 petang  : Bersurai

7.0     SUMBER KEWANGAN
          Tajaan UniKL

8.0     PENUTUP
          Diharapkan agar program ini berjalan lancar dan mencapai objektif yang
          diharapkan.
         

         Disediakan oleh,                                                                           Diluluskan oleh,



        ( Nurhaiza Bt Che Mat)


        Do things that feed your soul
        Thanks mak abah
        Take care..time to go home.

        

        

 

Telegram Channel