28 October 2016

Lawatan Penandaaras dari Jawatankuasa Guru Kaunseling Raub, Pahang






Lawatan penandaaras seramai 29 orang dari Jawatankuasa Guru Kaunseling Daerah Raub Pahang ke SMK Cheras pada 26 Oktober 2016 dari pukul 10 pagi hingga 12.15 tengah hari. Terima kasih sudi singgah ke mari dan maafkanlah jika ada yang terkurang. Maklumlah kami ketika ini berkampung di AADK Bangi untuk seminar psikologi dan kaunseling disamping membuka booth pameran untuk  inovasi sistem e-klien kami. namun permintaan ahli ini dari dulu, agak berat untuk kami tolak saat akhir. Dalam dilemma tarikh yang sama pula, tetiba dapat tau majlis penyampaian anugerah diadakan hari ini yang mana disampaikan oleh Menteri Pendidikan sendiri pada sebelah petang. Namun Alhamdulillah dipermudahkan kerana majlis yang dijangka berlangsung pada pukul 2.30 petang hanya bermula pada pukul 3.00 petang. Dan sesi penyampaian hadiah hampir pukul 4.15 baru dijalankan dan sempatlah kami rushing ke AADK, Bangi meredah jem waktu tengah hari dah. Begitu juga dengan Rozi yang rushing dari hospital sempat juga bersama kami. 

Pengetua memulakan ucapan dengan pujian untuk kami geng kaunselor di mana kekuatan kami ialah kerja berpasukan dan sepakat yang membawa kejayaan. saling melengkapi untuk kejayaan UBK. Wahh rasa segan pulak dan tersipu sipu tersengih bila dipuji begitu. Terima kasih boss memberikan motivasi hari ini untuk kami .

Yang menarik pasal doorgift dari JK Guru Kaunseling Raub ini yang masih terkenang -kenang ialah kelazatan buah tangan masakan daging yang pedas dan sedap. Sampai rumah bila buka ada bekas masakan daging dan dimakan bersama nasi. Waaa..apa nama menu tu sedapnya! 

Saya berkesempatan berjumpa excoursemate saya sewaktu ijazah dulu..Shima memang hampir 16 tahun tak jumpa selepas masing -masing bergraduan. Lawatan penandaras yang memanjangkan silaturrahim..alhamdulillah. Semoga kita berkesempatan bersua di lain masa. 

Thanks Soleha at Jeddah
A suprise present
For my belated birthday :)











 

Telegram Channel