Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

1 October 2016

Pembentangan Kumpulan Inovatif Kreatif KIK SMK Cheras JPWPKL





Semasa Hari Karnival Inovasi Peringkat JPWPKL, kami juga terlibat dengan pembentangan KIK oleh Puan Sharin Hanum. Undian telah dibuat dan 5 bilik perlu diselesaikan secara pembentangan selari. Iaitu pergerakan pembentang ke bilik bilik yang telah ditetapkan seperti entri blog saya mengenai Raptai Hari Inovasi JPWPKL. Pada hari yang sama UBK perlu membuka dua booth pameran untuk program UBK yang diiktiraf diperingkat kebangsaan menyebabkan kumpulan KIK kami yang diterajui oleh 7 orang ahli iaitu selain kaunselor ialah Puan Sharin Hanum selaku guru cemerlang yang merupakan fasilitator KIK, Puan Norliza Borhan selaku pakar VLE Frog, Puan Nafsah Mohd Shah selaku pakar multimedia menyediakan slaid untuk KIK akan bergerak ke tempat tempat pembentangan menjayakan pembentangan tersebut.

Penubuhan KIK ini adalah satu projek wajib bagi saya dan Puan Sharin selaku guru cemerlang JPWPKL. Kami mengikuti kursus yang dihadiri oleh guru cemerlang JPWPKL dan dari situ kami dikehendaki menjalankan tugasan penting iaitu membina team KIK di sekolah dan menjalankan satu projek penyelesaian masalah.Saya dan Puan Sharin bergabung tenaga dan kepakaran dan memilih 5 orang ahli lagi iaitu 3 orang lagi dari pasukan kaunselor manakala 2 orang lagi dari pihak guru yang berkepentingan dan bersilang fungsi untuk memantapkan lagi projek Maka dengan ini wujudlah nama pasukan ini PAKAR iaitu
 pakar dalam akademik: Pn Sharin
pakar dalam pembangunan sistem: En Padali
pakar dalam publisiti blog : Puan Nurhaiza Che Mat
pakar VLE Frog : Puan Norliza Borhan
pakar inventori : Puan Raudzah
pakar KSIB : Puan Rozinani Awang
pakar multimedia: Puan Nafsah Mohd Shah

Prapembentangan dibentangkan oleh saya dan Puan Sharin sekitar 11 Julai 2016 di JPWPKL dan kami submit pembentangan slaid yang lengkap di awal September. Dan disini kami terpilih untuk membentangkan projek kami bersama 5 orang lain dari kumpulan KIK Guru Cemerlang JPWPKL selepas saringan melalui power point yang dihantar. Perbezaan ketara antara pertandingan KIK dan inovasi ialah KIK memerlukan kaedah penyelesaian yang jelas dan step by step perlu ditunjukkan hingga mencecah 95 slaid. Manakala untuk pertandngan inovasi pula, yang penting bagaimana inovasi tersebut diimplementasikan dan memberi impak yang berguna

Walaubagaimanapun untuk pembentangan hari ini bukanlah untuk juri menilai KIK sepenuhnya hanya memberikan penilaian kepada pembentang sahaja maka slaid yang ada, Puan Nafsah dan Puan Sharin harmonikan untuk 30 slaid sahaja apa yang perlu ditonjolkan untuk 15 minit sahaja dan selebihnya audien boleh bertanyakan kepada kami di booth pameran terutama kepada Padali yang membangunkan sistem ini.
Semoga pembentangan Puan Sharin diundi sebagai pembentang terbaik dan semoga pasukan KIK kami dapat membawa inovasi ini ke peringkat yang lebih tinggi. Maaf saya tidak dapat berkongsi penuh slaid power point kami kerana pembentangan KIK ini jika berjaya akan dipertandingkan ke peringkat yang lebih tinggi. Tunggu....sehingga masa itu tiba baru saya boleh kongsikan isi kandungan power point KIK ini yang lengkap.


Oktober...bulan menuai hasil
Bulan fav sepanjang hayat
Salam penutup Hijrah 1437




Sesi pembentangan di auditorium untuk pengetua dan guru besar serta penolong kanan





















Pembentangan untuk peserta yang menjadi tetamu jemputan

Pembentangan dibilik untuk guru yang menjadi tetamu jemputan


No comments: