Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

11 October 2016

Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling Sekolah Peringkat Kebangsaan 2016

Berkampung kami 3 hari 2 malam di Institut Aminuddin Baki, Jitra Kedah untuk Simposium Pengurusan Hal Ehwal Murid Peringkat Kebangsaan 2016. Acara kemuncak ialah acara penyampaian hadiah untuk top 5 peserta pertandingan yang bertanding di APBM Batu Gajah , Perak pada September lepas. Selain itu, kami perlu membuka pameran sepanjang 3 hari simposium berlangsung. Saya share di sini sekolah -sekolah top 5 dan bahan pameran mereka untuk dijadikan penanda aras perkhidmatan kaunseling di samping sekolah sekolah yang berminat untuk menyertai pertandingan ini pada tahun hadapan boleh membuat rujukan.

SAGU HATI KELIMA

Tajuk: Perkhidmatan Kaunseling Abad Ke21
SMK Cheras, Kuala Lumpur


Pengurusan UBK SMK Cheras di tahap cemerlang berdasarkan skpm band 6 dan spsk 100 peratus untuk dua tahun berturut. 4 fokus perekayasaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling memberikan impak yg tinggi du peringkat JPN dan kebangsaan. Mencipta inovasi pengurusan data kaunseling yg lengkap melalui sistem dashboard kaunselor sekolah di Malaysia yg diiktiraf oleh KPM dan digunapakai oleh 35 buah sekolah setakat ini. Pengurusan kaunseling sekolah dirujuk oleh guru kaunseling melalui ubksmkcheraskl. blogspot.com dan nurhaizachemat.blogspot.com


KETIGA

Tajuk: Transformasi UBK Tonggak Kemenjadian Murid
SMK Seri Lipis, Pahang
Hasmina Mat Hassan

UBK menjalankan perubahan dalam
1) Menukar perspektif negatif warga sekolah terhadap UBK kepada positif dengan memainkan peranan dan fungsinya yg sebenar.
2) UBK membuat perubahan yg besar kepada pencapaian sekolah bagi melahirkan murid yg cemerlang akademik dan sahsiah dan terpuji  sahsiahnya
3) melahirkan murid biasa kpd luar biasa
SMK Seri Lipis mempunyai tiga buah bilik kaunseling
bilik kaunseling sekolah (konsep laluan neraca kehidupan)
Bilik kaunseling Aspura (konsep akuaria)
Bilik kaunseling aspuri ( konsep eksklusif)

KEEMPAT PENGURUSAN KAUNSELING TERBAIK SEKOLAH MENENGAH
PERTAMA DOKUMENTASI TERBAIK KAUNSELING

Tajuk: Kaunseling Untuk Semua
SMK Puchong Perdana, Selangor
Hajah Julia Abu Sari
Hamidah Talip

UBK men jalankan transformasi dan inovasi yg begitu cemerlang dalam aspek pengurusan bimbingan kaunseling dan penanda aras kpd UBK dari sekolah laindi dlm negeri hingga antarabangsa. Kump UBK bergading bahu membuat anjakan dan menjadikan UBK begitu kondusif teraputik dan tpt kunjungan murid sekolah ini malah semua warga sekolah ini suka berkunjung ke bilik utk perkhidmatan dan terapi di UBK. Pengurusan fail yg sistematik menjadikan pengurusan UBK cemerlang. Program yg diadakan berjaya menarik minat murid ke sekolah. UBK membantu Unit Disiplin dari segi pengurangan kes ponteng sekolah yg sgt ketara, peratus murid hadir ke sekolah meningkat. UBK mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa malah sering dikunjungi dan berkongsi pengurusan perkhidmatan kecemerlangan. Pengurusan UBK dinobatkan sbg johan pengurusan UBK peringkat negeri Selangor 2016.


JOHAN PENGURUSAN KAUNSELING MENENGAH
KETIGA PAMERAN TERBAIK KAUNSELING



Tajuk: The Resolution For A New Beginning
SMK Tenghilan, Sabah
Stanley T Missun

SMK Tenghilan merupakan sekolah luar bandaryg terletak di Pekan Tenghilan Tuaran kira kira 50 minit dari Kota Kinabalu, ibu kota negeri Sabah. Mempunyai 92 org guru dan 1020 org murid ting 1 hingga 6 Atas. Salah satu etos sekolah ini ialah perkhidmatan UBK yg membawa nama sekolah ke antarabangsa. Mempunyai laluan lokasi yg strategik dan laluan utama wqrga sekolah. Gbk sekolah baru sahaja mendapat Guru Ikon Pengurusan Sempena Sambutan Hari Guru PPD Tuaran 2016. Bilik kaunseling mempunyai bilik kelompok, bilik kaunseling individu, bilik pengurusan UBK, 2 pentas bakat serta 13 papan kenyataan di One Stop Centre. One Stop Centre pernah memenangi tempat ke 3 pertandingan amalan terbaik KPM.



NAIB JOHAN PENGURUSAN KAUNSELING TERBAIK SEKOLAH MENENGAH
KEDUA DOKUMENTASI TERBAIK KATEGORI KAUNSELING
Pengurusan UBK bertemakan Catalyst Transformasi  Insan 
SMK Pasir Gudang, Johor
Aisyah Sadiqah Begum Mohd Sidek
Nuraain Daud

dimana UBK SMK Pasir Gudang bertindak sebagai catalyst kpd semua SMKPG dlm memberikan perkhidmatan UBK terbaik kearah transfirmasi insan. Perkhidmatan selari dgn perekayasaan perkhidmatan bimbingan kaunseling disekolah yg memberi fokus kpd 4 bidang utama kaunseling. Melalui pengurusan perkhidmatan ini maka terhasil impak pengurusan yg merangkumi pengurusan rekod, program dan aktiviti B & K. 



TEMPAT KELIMA PENGURUSAN KAUNSELING SEKOLAH RENDAH



Tajuk: Perkhidmatan Pengurusan Kaunseling Terbaik Suatu Transformasi
SK Pengkalan Baharu Kg Kepayang
Adni Farhana Bt Hashim
Perkhidmatan pengurusan kaunseling suatu transformasi merupakan satu perubahan drp tiada bilik kaunseling kpd sebuah bilik khas di makmal komputer dgn ehsan dan kerjasama penyelaras ICT. Bilik berstatus menumpang tidak seperti sekolah lain diubahsuai dgn keluasan yg ada. Susun atur rak dan fail disusun kemas dan diwujudkan sudut sesi individu dan kelompok, sudut kerjaya, informasi dan lain lain. Keluasan sekolah dan bangunan terhad faktor bilik kaunseling dalam makmal komputer sekolah.


JOHAN PENGURUSAN KAUNSELING SEKOLAH RENDAH
TEMPAT PERTAMA PAMERAN TERBAIK

PENGURUSAN KAUNSELING SEKOLAH RENDAH
Tajuk : Pengurusan Terbaik Kaunseling
SK Bandar Baru Sungai Buloh
Ibrahim Abd Ghani
Zarina Sana
Qamar Aura merupakan tarikan traputik murid untuk ke bilik kaunseling. Ia merupakan one stop centre kaunseling dgn menawarkan pelbagai perkhidmatan kaunseling, terapi hypnotis, terapi kreatif dan terapi adiwira. Sistem pengurusan fail yg sistematik dan teratur serta outreach terkini menggunakan media elektronik serta VLE Frog untuk mempromosikan perkhidmatan cemerlang. Ia memberi impak yg sgt besar terhadap kemenjadian murid di sekolah. 



KEEMPAT PENGURUSAN KAUNSELING TERBAIK SEKOLAH RENDAH
Tajuk: Meningkatkan Kehadiran Murid Mendapatkan Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling Melalui Projek Inovasi Laman Kaseh Faridah
SK AU Keramat
Harriani Marzuki
Norma Hitam

Projek taman ilmu dan terapi lebih memberi impak terhadap pengurusan UBK . Projek diilhamkan krn peratus kehadiran tidak mencapai 95 peratus. Kunjungan ke bilik kaunseling tidak memberansangkan sebab jauh dan kurang ceria. Bilik kaunseling dan taman UBK diceriakan agar kondusif, teraputik dan bermaklumat bagi menarik murid ke UBK seterusnya seronok hadir ke murid. Pendekatan permainan memberi impak yg sangat besar.



KETIGA PENGURUSAN KAUNSELING SEKOLAH RENDAH

Tajuk: Pengurusan Bimbingan Kaunseling Terbaik
SK Nyatoh
Hairani Dzulkefli
Bilik ceria dan kondusif serta bermaklumat menarik minat murid untuk hadir ke UBK. Peningkatan pencapaian UPSR impak dari program dan aktiviti. Kajian tindakan untuk meningkatkan disiplin diri murid dan memberi kejayaan. Kejayaan adalah kerjasama semua pihak




NAIB JOHAN PENGURUSAN KAUNSELING TERBAIK SEKOLAH RENDAH


Tajuk: Love And Belonging Dalam Melonjakkan Kemenjadian Murid
SK Pekan Kudat 11
Nining Ali.
Pengurusan bimbingan kaunseling yg kondusif dan teraputik tunjang dlm menarik minat terhadap perkhidmatan ini.




ETS KL Sentral - Anak Bukit
Mood cam nak travel je huhuu

No comments: