25 October 2016

PENILAIAN AKHIR BORANG KEBERHASILAN GURU KAUNSELING 2016

Saya mendapat banyak pertanyaan mengenai borang keberhasilan guru kaunseling. Ramai yang masih tidak tau mengisi borang ini dan ada juga sekolah yang mempunyai borang keberhasilan yang lain tidak seperti format di bawah yang mana saya sendiri tidak pasti adakah pentadbir sekolah tersebut tahu bahawa borang keberhasilan guru kaunseling tidak sama dengan guru akademik yang lain.

Jadi hari ini saya akan mengajar bagaimana mengisi borang keberhasilan untuk penilaian akhir. Jika anda merujuk kepada entri blog saya sebelum ini, sila klik link tulisan biru di bawah
BORANG KEBERHASILAN PENILAIAN AWAL
berikut merupakan borang keberhasilan guru kaunseling untuk penilaian pertama. saya memberikan contoh borang saya sendiri tetapi saya tidak share skor kerana saya beranggapan guru kaunseling tau mengisi borang tersebut berdasarkan skor hanya perlukan guideline mengenai aktiviti apa yang patut diletakkan. Namun saya mendapat permintaan agar menunjukkan skor juga agar dapat gambaran yang jelas.

Ok disini ialah borang keberhasilan guru kaunseling iaitu saya untuk penilaian akhir.

1) Listkan borang keberhasilan terkini selepas penilaian pertama
Jika anda mendapati list dari sasaran kerja di bawah, tidak terdapat pada sasaran kerja borang keberhasilan penilaian pertama saya , ia bermakna sasaran kerja itu pada catatan borang keberhasilan penilaian pertama telah digugur selepas semakan penilaian yang pertama. Ada juga angka -angka keberhasilan yang dipinda selepas semakan penilaian yang pertama. Jadi di bawah ini menunjukkan 20 list keberhasilan selepas semakan penilaian yang pertama.

2) Bagaimana mengisi penilaian akhir
Anda perlu mengisi penilaian akhir berdasarkan sejauhmana pencapaian sasaran kerja anda. Julat markah seperti berikut:
PP perlu mengisi markah keberhasilan setiap sasaran mengikut julat markah seperti Jadual 1.
Jadual 1: Tahap Keberhasilan dan Julat Markah Tahap Keberhasilan
Julat Markah
Skor
CEMERLANG
76 - 100
4
BAIK
51 - 75
3
SEDERHANA
26 - 50
2
LEMAH
0-25
1


3) Apakah bilangan sasaran
Bilangan sasaran yang dinilai ialah merujuk kepada lajur 2 yang bertajuk no. Seperti list saya ada 20 maka bilangan sasaran ialah 20. Jika anda mempunyai 10 bilangan sasaran maka tulis 10. Banyak bilangan sasaran bukan bermaksud lagi bagus kerana purata markah keberhasilan diambil kira berdasarkan formula dibawah:

Kaedah pengiraan markah purata pencapaian keberhasilan seperti berikut:
Jumlah Markah Keberhasilan
Jumlah sasaran
= Purata Markah Keberhasilan


4) Bagaimana mendapat jumlah markah?
   Semua julat markah pada setiap penilaian sasaran kerja ditambah dan akan menghasilkan jumlah markah keberhasilan


5) Bagaimana mendapat skor pencapaian?
Pencapaian diperolehi berdasarkan formula
Kaedah pengiraan markah purata pencapaian keberhasilan seperti berikut:
Jumlah Markah Keberhasilan
Jumlah sasaran
= Purata Markah Keberhasilan

6) Bagaimana mendapat skor?
Purata markah keberhasilan perlu diubah dalam bentuk skor untuk dimasukkan dalam sistem e-Prestasi.

Rujuk purata markah keberhasilan anda pada skor berapa. Contohnya purata markah keberhasilan saya pada julat markah 76 -100 yang bermakna skor 4 untuk cemerlang.
Jadual 1: Tahap Keberhasilan dan Julat Markah Tahap Keberhasilan
Julat Markah
Skor
CEMERLANG
76 - 100
4
BAIK
51 - 75
3
SEDERHANA
26 - 50
2
LEMAH
0-25
1



7) Apakah yang perlu diletakkan pada lajur melebihi sasaran?
Melebihi jumlah yang disasarkan bermaksud melebihi sasaran yang disasarkan. Tanda () jika melebihi sasaran dan tanda (–) jika tidak melebihi sasaran .

Melebihi jumlah yang disasarkan bermaksud:
i) melebihi kualiti sasaran; atau
ii) melebihi kuantii sasaran; atau
iii) mengurangkan masa sasaran; atau
iv) mengurangkan kos sasaran; atau
v) mendapat penghargaan daripada pelbagai pihak; atau
vi) mendapat pengiktirafan daripada pelbagai pihak; atau
vii) mendapat ganjaran atau anugerah daripada pelbagai pihak.

Bilangan sasaran bermaksud bilangan keseluruhan sasaran pada sasaran kerja.
Contohnya pada sasaran kerja ke 3 mengenai kaunseling kelompok 38 sesi, saya meletakkan pada lajur melebihi sasaran dengan tanda  () kerana melebihi sasaran.

8) Apakah yang perlu diletakkan pada catatan
Catatan bermaksud makluman berkaitan sasaran sama ada kekal, pinda , tambah atau gugur selepas semakan sasaran dilakukan pada selepas penilaian pertama.

saya catat kekal jika tiada perubahan
saya catat pinda bagi bilangan sasaran pada sasaran kerja tertentu  yang saya kurangkan
saya catat tambah bagi  bilangan sasaran kerja tertentu yang perlu ditingkatkan.



BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN KOMPETENSI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BORANG MARKAH KEBERHASILAN TAHUN 2016
NAMA PYD
NURHAIZA BT CHE MAT
GRED JAWATAN
NO.K.P.
TEMPAT BERTUGAS
SMK CHERAS, KUALA LUMPUR 
JANTINA
 PEREMPUAN
JAWATAN
 KETUA GURU BIMBINGAN & KAUNSELING







BIDANG TUGAS
NO
SASARAN KERJA
PENILAIAN PERTAMA
PENILAIAN AKHIR
MELEBIHI SASARAN
CATATAN
PENGURUSAN KEWANGAN
1
 MEMBELANJAKAN PCG KAUNSELING DAN MENINGGALKAN BAKI AKHIR TAHUN SEBANYAK 2 PERATUS SAHAJA
60
         90
KEKAL 
 PENGURUSAN SESI KAUNSELING
 MENJALANKAN SESI KAUNSELING INDIVIDU SEBANYAK 5 SESI SEMINGGU
3 MINGGU X 5 = 180 SESI
80
100
()
KEKAL 

 MENJALANKAN SESI KAUNSELING KELOMPOK SEBANYAK 1 SESI SEMINGGU
38 MINGGU X 1 SESI = 38 SESI
80
100
()
KEKAL 

 4
 MENJALANKAN SESI KONSULTASI DENGAN IBU BAPA SEBANYAK 20  KALI SETAHUN
 70
 80

 PINDA
 PENINGKATAN SAHSIAH
 5
 AKTIVITI SAHSIAH MELALUI SLOT SEBULAN SEKALI UBK BERSAMA MURID MORAL SESI PAGI
 80
 90

 KEKAL
 6
MENGADAKAN AKTIVITI RAI HARI JADI 100%  WARGA SEKOLAH DAN MEMUPUK SIKAP MENGHARGAI
 80
 90

 KEKAL

 7
 PERJUMPAAN AHLI PRS SEBANYAK 20 KALI SETAHUN UNTUK AKTIVITI DAN LATIHAN PRS
 80
 100

 KEKAL
PENINGKATAN DISIPLIN 
 8
 PENINGKATAN SEBANYAK 2% KEHADIRAN KE SEKOLAH BERBANDING TAHUN LEPAS
MELALUI PROGRAM ZOOM IN
80 
 90
()
PINDA

 9
 PENURUNAN SEBANYAK 0.01 % MASALAH DISIPLIN MURID MELALUI PROGRAM SPOT
 60
 80

 KEKAL

 10
 MENINGKATKAN MURID KATEGORI BUTTERFLY  SUIT DARI  NEGATIF KE POSITIF SERAMAI 10 ORANG
 70
 90

 PINDA
 PSIKOSOSIAL
 11
 MENJALANKAN UJIAN DASS DAN GAYA DAYA TINDAK KEPADA SEMUA MURID TING 4
.
80 
 100

 KEKAL

12 
 MENURUNKAN KADAR  80% MURID STRESS, ANZIETY DAN KEMURUNGAN YANG TERUK KE TAHAP LEBIH BAIK SELEPAS SARINGAN KEDUA
 60
 80

 TAMBAH
 KERJAYA
 13
 MENJALANKAN AKTIVITI KELAB KERJAYA SEBANYAK 12 KALI SETAHUN
 80
 100

 KEKAL

 14
 MENJALANKAN PSIKOMETRIK KEPADA SEMUA MURID TING 1 DAN 3
 75
 100

 KEKAL
 INOVASI/KAJIAN TINDAKAN
 15
MENJALANKAN SATU KAJIAN TINDAKAN 
 80
 100

KEKAL 

 16
 MENYERTAI 2 PERTANDINGAN INOVASI
 80
 100
 ()
KEKAL 
 PENGURUSAN
 17
MENINGKATKAN INDEKS PERSEPSI MURID TERHADAP GURU KATEGORI PENYAYANG SELAKU SETIAUSAHA  PROGRAM GURU PENYAYANG
80 
 100

 KEKAL

 18
 PENINGKATAN MURID 6A KE ATAS DALAM SPM MELALUI PROGRAM JUARA SELAKU PENYELARAS JUARA
 60
 90

 KEKAL

 19
 MENJALANKAN 3 KALI LDP SETAHUN SELAKU AJK BIRO PROFESIONALISME KELAB GURU
 80
 100
 ()
 KEKAL

 20
AKTIVITI DALAM RANCANGAN TAHUNAN UBK DAPAT DIJALANKAN 100% 
 60
 100

 KEKAL
BILANGAN SASARAN YANG DINILAI
20
20

JUMLAH MARKAH
1475
1880

PENCAPAIAN
73.75
94

SKOR

3
4








PENILAIAN PERTAMA
PENILAIAN AKHIR
PP1


PP2


PYD


AADK Bangi
Seminar Kebangsaan,
Catching up with old friends
Great  talk after long time.
How I miss those memories
My excoursemate /bff Fidah :)

2 comments

terima kasih...saya jadikan panduan..terbaik.....

 

Telegram Channel