Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

27 October 2016

Seminar Psikologi Dan Kaunseling 2016


Hari terakhir Seminar Psikologi Dan Kaunseling yang diadakan di AADK Bangi selama 3 hari dari 25 Oktober 2016 dari pukul 8.00 hingga 5 petang. Sepanjang 3 hari kami pasukan guru kaunseling SMK Cheras mengadakan pameran atas jemputan dari Bahagian Psikologi Kaunseling JPWPKL kerana merupakan penerima anugerah untuk pertandingan inovasi kategori sistem maklumat anjuran Bahagian Psikologi Dan Kaunseling KPM. Semalam pasukan WPKL menerima anugerah emas untuk pertandingan sistem maklumat Psikologi Kaunseling Kebangsaan 2016 melalui sistem e-klien Unit Kaunseling SMK Cheras dan pingat perak melalui pertandingan inovasi kategori terapi untuk Laman Kasih Faridah dari UBK SK AU Keramat. Hari ini pula, Ketua Sektor Psikologi Dan Kaunseling JPWPKL iaitu Cik Rosnah Bt Abdullah menerima piala untuk JPN yang Inovatif dan penarafan lima bintang untuk PPD Bangsar Pudu, PPD Sentul dan penarafan empat bintang bagi PPD Keramat. 
Tahniah untuk team KL...go...KL..go...go...go :)

Selama 3 hari ini juga pelbagai aktiviti yang padat untuk semua peserta dan input yang berguna dalam bidang psikologi dan kaunseling. 

Mood bercuti diaktifkan
Selamat bercuti sempena Deepavali :)



Peserta AU Keramat dan KOD serta Ketua Sektor Psikologi Kaunseling JPWPKL










Hari pertama set up booth berkongsi dengan AU Keramat

Anugerah emas kategori bahan cetak


Aktiviti untuk 3 hari 2 malam

No comments: