Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

12 October 2016

Simposium Pengurusan Hal Ehwal Murid Peringkat Kebangsaan



Simposium Pengurusan Hal Ehwal Murid Peringkat Kebangsaan dijalankan di 
Institut Aminuddin Baki Jitra, Kedah dari 11 Oktober 2016 hingga 13 Oktober 2016. Dari perancangan awal diadakan di IAB Genting dan bertukar tempat ke IAB Jitra menyebabkan kami terpaksa menukar pelbagai plan. Dari menaiki kereta utk ke IAB Genting tukar plan menaiki ETS dari KL Sentral pukul 6.45 pagi ke Anak Bukit, Jitra Kedah. Oleh sebab itu kami perlu memilih barang pameran yang diperlukan sahaja memandangkan kami perlu packing awal barang -barang dan dimuatkan ke dalam kereta Padali yang perlu membawa isterinya yang sarat mengandung bersama untuk diletakkan di rumah ibu mertuanya di Pulau Pinang terlebih dahulu sblm ke Jitra untuk simposium ini. 

Cerita semalam, perjalanan menaiki ETS tidak membosankan . Yang membosankan ialah menunggu delay..dan delay hingga sejam dari 6.45 pagi ke 7.30 pagi. Bertolak dari rumah dan drive pukul 4.30 pagi untuk parking kereta di sekolah dan menaiki teksi pukul 5.00 pagi ke KL Sentral untuk elak jem tetiba delay dan delay adohai..Sampai di Anak Bukit, Alor Setar sudah pukul 12.30 tengah hari yang mana taklimat telah dijalankan. Pandai pandailah Padali set up ruang pameran terlebih dahulu. Sampai je ke stesen Anak Bukit, menapak lagi sejauh 1.5 km hingga ke perhentian bas di tengah panas yang jauh jugak dan tiada satu pun teksi nak berhenti...waaaaaa...Hampir 20 minit menunggu terpaksa jugakla telefon Padali untuk mengambil kami di Anak Bukit ke Jitra Kedah huhuhuhu. 

Orait set up pameran dulu. Memandangkan sekolah kami terpilih untuk top 5 dalam dua kategori iaitu pengurusan terbaik dan amalan terbaik kaunseling pada penilaian pengurusan dan amalan terbaik kaunseling yang dipertandingkan di APBM Batu Gajah, Perak pada 20 -22 September 2016, maka kami berhak mendapat dua booth. Yang tak bestnya di sini kami mendapat bilik pertama tapak pameran kami yang sangat sesak dan line internet yang tiada. Memandangkan sistem kami menggunakan internet, maka kami terpaksa try and error banyak tempat hinggalah akhirnya decide menempatkan barang pameran kami di bilik yang paling hadapan berdekatan dengan auditorium untuk mendapatkan line internet yang agak slow tapi janji ADA.

Hari ini hari yang sangat meletihkan. Berdiri dan berjalan sana sini dengan kasut tumit tinggi selama hampir 10 jam memang sesuatu yang menyakitkan kaki saya. Melayan pertanyaan demi pertanyaan dengan pengunjung yang hadir yang terdiri dari guru besar, pengetua, penolong kanan, guru kaunseling dari negeri Kedah dan kebangsaan dan juga saya sendiri yang merayau rayau dari satu pameran ke satu pameran melihat amalan terbaik sekolah lain dalam bidang kaunseling dan disiplin. Pelbagai feed back yang kami perolehi dan dalam masa yang sama input baru apabila melihat amalan sekolah lain yang berjaya dijalankan di sekolah masing - masing. Berada top 5 peringkat kebangsaan sudah semestinya sekolah -sekolah di sini boleh dijadikan penanda aras untuk perkhidmatan kaunseling.

Hari ini juga slot pembentangan untuk sekolah kami dalam amalan terbaik iaitu sesi petang pada pukul 3.30 petang di mana Padali akan membentangkan mengenai amalan terbaik e-klien. Kami mula membuka tempahan di tapak pameran kami dari semalam lagi bagi yang berminat mendapatkan sistem ini sama ada dashboard kaunseling dan psikometrik. 

Knowledge will give you power
But character will give you respect
Bersama penolong pengarah hal ehwal murid JPWP En Rofii, pegawai kaunseling
PPW Bangsar Pudu En Akmal dan pegawai kaunseling PPW Keramat En Azhar







En Ab Rahim Bin Othman
Ketua Sektor
Sektor Pengurusan Kaunseling Dan Disiplin
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
sedang key in e pelawat
















No comments: