Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

4 October 2016

Sinopsis Inovasi Untuk Pertandingan Inovasi Psikologi Kaunseling KPM Sesi 1 2016






Hari ini saya berkongsi mengenai sinopsis peserta pertandingan hari 1 pertandingan inovatif dan kreatif Sektor Psikologi Kaunseling , KPM 2016 memandangkan sekolah saya juga diundi untuk pembentangan hari pertama. Sinopsis pembentangan dan pameran hari kedua  Sila klik link di sebelah

Saya update anugerah pada 26 Oktober ke dalam entri ini juga.


ANUGERAH EMAS KATEGORI SISTEM MAKLUMAT
JOHAN 
 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS, KUALA LUMPUR 
 Kategori Inovasi :  Sistem Maklumat 
Nama Ketua Kumpulan : CHE MOHAMAD PADALI BIN CHE MAT
. NURHAIZA BINTI CHE MAT 
 ROZINANI BINTI AWANG 
 RAUDZAH BINTI ABD RAHMAN 

 Sinopsis projek / Inovasi dan kreativiti
 Tajuk : e-Klien 

Melalui sistem e-Klien, terdapat 3 kategori klien iaitu e-murid, e-guru dan e-parent. Apabila klien iaitu murid log in di blog Unit bimbingan dan Kaunseling SMK Cheras dan terus klik kepada site e-klien. Di dalam e-klien pada kategori e- murid, terdapat capaian sama ada melalui blogger atau VLE-Frog. Klik pada e-murid maka terdapat 3 site lagi iaitu e- temujanji, e- intervensi dan jejak SPM. Pada site e- intervensi terdapat 8 intervensi yang boleh dijalankan secara online. Pada e-guru, terdapat password untuk setiap guru log in untuk e-rujukan klien. Manakala e-parent pula terdapat 6 site untuk kemudahan ibu bapa. Di dalam site e-klien itu juga terdapat transit e-klien yang dikawal oleh guru kaunseling sahaja iaitu e-pelawat dan daftar klien dan e-intervensi iaitu inventori psikometrik yang dijalankan secara berpusat kepada klien. 










 Nama Organisasi : Jabatan Pendidikan Negeri Kedah 
 En. Mohamad Nazir bin Abdul Rahman 
 En. Salihuddin bin Lahamin 
 En. Mohd Nazri bin Yaacub 
Pn. Nashiroh bt Saidin 
 En. Rosmira bin Saad 

Sinopsis Inovasi 
TAJUK : KAD TERAPI MINDA 
Kad Terapi Minda adalah satu set kad yang tercatat padanya perkataan atau ayat atau klausa yang dipetik daripada ayat-ayat suci Al-Quran. Kad Terapi Minda ini dibina sebagai satu usaha atau alternatif bagi membantu para kaunselor dalam proses melaksanakan sesi kaunseling atau proses melaksanakan terapi dalam menyelesaikan masalah klien yang pelbagai. Kad Terapi Minda adalah satu alternatif yang boleh diaplikasikan dalam proses kaunseling terutamanya apabila melibatkan klien yang mempunyai masalah untuk berkomunikasi secara lisan, tidak mahu bercakap ataupun klien yang tidak tahu isu atau masalah yang sedang dihadapinya. Kad Terapi Minda ini juga sesuai digunakan oleh kaunselor dalam proses menarik minat klien menghadiri sesi kaunseling terutamanya klien dari kalangan kanak-kanak atau klien bermasalah dari segi komunikasi. Kad Terapi Minda ini juga boleh dijadikan bahan untuk aktiviti atau permainan minda. Kad Terapi Minda ini sesuai digunakan dalam usaha mendidik kanak-kanak untuk membentuk pemikiran positif serta tingkah laku beraklak mulia. Pemikiran dan tingkah laku seseorang boleh dibentuk berpandukan panduan dan ajaran Al-Quran.  





ANUGERAH EMAS KATEGORI TEKNIKAL
JOHAN
Nama Organisasi : Bahagian Psikologi & Kaunseling 
. Kategori Inovasi dan Kreativiti :  Teknikal 
Nama Ketua Kumpulan : Mohd Taufiq bin Mahmud 

 Dr. Norisham Abd Ghani 
Hj Nor Hasnan b. Sarabani 
 Nordiana bt. Abd Rahim 
 Nor Hafizah binti Mohammad Hanafi 

. Sinopsis projek/ Inovasi dan kreativiti 
 Tajuk : INSTRUMEN PERSONALITI PSIKOLOGI KAUNSELING (I2PK) 
Bahagian Psikologi dan Kaunseling telah membina sebuah instrumen atau ujian Personaliti Psikologi Kaunseling untuk digunakan bagi mengumpul data profil seluruh warga Kementerian Pendidikan Malaysia. Pembinaan instrument ini telah melalui beberapa fasa dan telah melibatkan 4 orang pakar psikometrik di Universiti dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Hasil perbincangan, percambahan idea, dan pembacaan teori-teori personaliti, maka sebanyak 5 domain utama telah dibina iaitu Intropeksi, Ketegasan, penerimaan, keterbukaan pengalaman dan Komunikasi. Setiap daripada domain tersebut mengandungi beberapa konstruk. Domain Intropeksi  mengandungi konstruk Penghargaan Kendiri, Ketahanan Diri dan Spritual. Domain Ketegasan pula terdiri daripada Tanggungjawab dan Integriti. Seterusnya Domain Keterbukaan pula mengandungi konstruk toleransi dan penyesuaian kendiri dan akhir sekali Domain Komunikasi terdiri daripada konstruk Ekstrovert, Introvert dan Asertif. Kesahan muka (face validity) telah dijalankan di seluruh Negara untuk mendapatkan item-item yang boleh difahami oleh semua peringkat dan kaum. Kesahan kandungan juga telah dijalankan yang melibatkan seramai 11 orang pakar. 






ANUGERAH GANGSA KATEGORI BAHAN CETAK
 Sektor Psikologi dan Kaunseling JPN Johor 
Kategori Inovasi dan Kreativiti : Modul 
Nama Ketua Kumpulan : Muhamad Suhaimi bin Sulaiman 
 NORAZAM BIN ABDULLAH 
 SITI HAWA BT AHMAD
 AFIDAH BT ABDUL MALIK 
 ABDUL RAHMAN BIN SAPUAN 

Sinopsis Projek Inovasi dan kreativiti 
 Tajuk : PENGGERAK 21 
PENGGERAK 21 merupakan modul yang digunakan dalam meningkatkan integriti profesionalisme dan kesatuan organisasi. Modul ini digunakan untuk mengenal pasti isu, konflik dan permasalahan sumber manusia dalam organisasi dan kemudiannya dipulihkan dan diperkukuhkan dengan aktiviti dalam modul PENGGERAK 21.  


ANUGERAH GANGSA KATEGORI SISTEM MAKLUMAT

1. Nama Organisasi : JABATAN PENDIDIKAN WP PUTRAJAYA 
2. Jenis Penyertaan : Individu / Berkumpulan * 
3. Kategori Inovasi dan Kreativiti : Sistem Maklumat *
 4. Nama Ketua Kumpulan : INTAN SUHAINI BIN MOHD SELAMIN

 5. Sinopsis projek/ Inovasi dan kreativiti 
Tajuk : Putrajaya PsyCon ISU-G-Docs Forms 
Kesibukan, kecemburuan masa, ketiadaan jawatan Kaunselor Organisasi Negeri (KON) dan staf di Sektor Psikologi & Kaunseling di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya serta kekangan peruntukan kewangan akibat daripada arahan pihak pengurusan tertinggi KPM agar mengoptimumkan perbelanjaan di setiap agensi di bawah KPM telah memaksa Ketua Sektor SPsK JPWPP memikirkan beberapa tatacara kerja baharu dalam menempuhinya. SKT SPsK JPWPP yang tidak boleh lari daripada melaksanakan program-program kementerian seperti Program OMBAK, AKRAB, Pementoran, Kasih Guru, Sarana Keluarga, MUTIARA, program berkaitan Exit Policy, dan banyak lagi serta kerja buat sedia ada KS SPsK di JPWPP iaitu Program Bacaan Yassin dan Wacana Ilmu (BYWI) yang perlu diadakan 12 setahun serta keperluan mematuhi standard Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 seperti PK05 (A1) Pengurusan Maklum Balas Pelanggan Yang Berurusan  Di Kaunter, PK05 (A2) Maklumbalas Perkhidmatan Yang Diberikan, PK05 (B) Tahap Kepuasan Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana yang perlu dilaporkan pada setiap kali Mesyuarat Pengurusan diadakan memungkinkan Putrajaya PsyCon ISUG-Docs Forms ini dihasilkan. Putrajaya PsyCon ISU-G-Docs Forms merupakan satu tatacara kerja baharu yang memfokuskan kepada urusan pengumpulan data dan maklumat berkaitan psikologi dan kaunseling dengan lebih cepat dengan mengaplikasikan sistem google docs-forms (melalui Google Drive) yang dibangunkan oleh Google Technology Company. Apabila Putrajaya PsyCon ISU-G-Docs Forms digunakan, tatacara lama dalam proses pengumpulan data dan maklumat yang memakan masa dan kos kewangan yang banyak dapat dikurangkan. Dalam masa yang sama, keperluan untuk mendapatkan staf/pembantu untuk proses memasuk dan menganalisis data tidak perlu difikirkan lagi. Berasaskan justifikasi hampir 100% sekolah di Putrajaya mempunyai akses internet dan hampir semua warga JPWPP memiliki telefon pintar serta kerap menggunakan media sosial seperti facebook, wasapps, telegram, weechat dan sebagainya maka Putrajaya PsyCon ISU-G-Docs Forms adalah tatacara pilihan terbaik kerana apabila Pentadbir Putrajaya PsyCon ISU-G-Docs Forms ‘send’, anda hanya perlu ‘tick’ n ‘submit’. 



KOLEJ MATRIKULASI KEDAH (KMK), KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, 
06010 CHANGLUN. KEDAH 
2 Jenis Penyertaan : Berkumpulan 
3 Kategori Inovasi dan Kreativiti : Teknikal / Alat / Terapi 

4 Nama Ketua Kumpulan : ZAIDI BIN MAN 
 HJ AZMI BIN ISMAIL 
 MURNI WATI BINTI ABDUL KARIM 
 CIK NURLIS BINTI MD NOOR 

 Sinopsis projek / inovasi dan kreativiti 
 Tajuk : PAKEJ PEMILIHAN KERJAYA MATRIX (PPKM) 
Sebahagian besar, para pelajar cemerlang yang memasuki program matrikulasi masih kurang jelas berkaitan laluan kerjaya yang sesuai pada masa hadapan. Pemilihan kerjaya banyak didorong oleh desakan ibu bapa, rakan – rakan dan pemerhatian. Tanpa perkhidmatan kaunseling dan kerjaya, maka tiadalah bantuan bersifat profesional yang berlandaskan data dan pendekatan psikologi kaunseling untuk memberikan jaminan tepat kepada pelajar.  Sehingga kini, para kaunselor banyak membantu melalui aktiviti berkaitan kerjaya seperti karnival kerjaya, bimbingan kelompok dan sesi kaunseling. Aktiviti ini memang wajar diteruskan. Namun, bilangan pelajar yang ramai menyebabkan terdapat pelajar yang tidak sempat mendapatkan perkhidmatan kaunseling dan kaunselor tidak mampu menyediakan perkhidmatan sesi kaunseling kepada semua pelajar. PPKM merupakan projek inovasi yang dilakukan oleh KMK bagi membantu para pelajar membuat pemilihan jurusan pengajian, termasuk modul pengajian dan kursus pengajian di IPT. Melalui projek ini, para pelajar dapat mengikut aktiviti yang disusun secara sistematik, tertib dan memaparkan bukti nyata sebelum membuat keputusan. Projek ini boleh dijalankan secara kelompok besar. Instrumen utama yang digunakan ialah Inventori Kerjaya Azmi (IKA), Rujukan “cut of point” kemasukan ke Universiti Awam (dokumen terkawal KMK) dan Buku Panduan Kemasukan ke Universiti Awam. 



ANUGERAH EMAS KATEGORI SISTEM MAKLUMAT

Nama Organisasi : Sektor Psikologi dan Kaunseling JPN Johor 
2. Jenis Penyertaan : Kumpulan 
3. Kategori Inovasi dan Kreativiti : Sistem Maklumat 
4. Nama Ketua Kumpulan : Siti Khadijah bt Omar 
 MASLIZAM BIN MOHD 
 WAN MAHERA BT WAN TALIB 
BUDIMAN BIN SAHALI 
 MOHD KARIM BIN JAIS 

  Sinopsis Projek Inovasi dan kreativiti
 e-Report merupakan aplikasi rujukan klien secara atas talian sebagai alternatif lebih baik kepada kaedah merujuk klien kepada kaunselor oleh ketua jabatan. Aplikasi ini membolehkan proses rujukan dibuat secara lebih cepat, tepat dan membolehkan pengurusan sumber manusia yang lebih cekap dan berkesan


 Nama Organisasi : Cawangan Operasi dan Pentadbiran Bahagian Psikologi dan Kaunseling 
 3. Kategori Inovasi dan Kreativiti :  Teknikal 
 4. Nama Ketua Kumpulan : KHAIRI B. ZAKARIA 
 HJ. ZULAZAN B. HJ. MOHAMED YUSOFF 
 PN. NURUL FAZININ BT. HUSNI 
 EN. MOHD HARISS FARUQI B. NOR RAHIM 
 4 PN. NURUL SYAMIMIE BT MAHAMAD ZAIN

 Sinopsis projek/ Inovasi dan kreativiti 
 Tajuk : “QR InfoPsychology” 
Projek gabung jalin di antara pengurusan pentadbiran dan “Info Psychology” yang menggabungkan keperluan maklumat kaunselor dengan ‘out-reach’ untuk bahan psikologi bermaklumat dengan menggunakan perantara ‘QR Code’. QR Code akan memaparkan spesifikasi kompetensi kaunselor dan juga memudahkan pelanggan (klien) membuat temu janji melalui pesanan ringkas atau emel. Juga memaparkan informasi psikologi yang menjadi fokus utama (pamphlet dan poster) secara maya dan dipaparkan melalui capaian URL atau SMS dan Teks dalam bentuk laman web atau video berkaitan.  Projek ini akan memudahkan klien membuat temu janji, mengesan pergerakan kaunselor dan memaparkan informasi psykologi bermanfaat kepada khalayak.


JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR
. Kategori Inovasi dan Kreativiti : Bahan Cetak
Hj Mohd Samsul Bin Dolah 
 En Zulkifli Bin Ibrahim 
En Rahazani Bin Rezali 
. Pn Ruhani Bt Nordin 
 Pn Salmiah Bt Monshie 

Sinopsis projek/Inovasi dan kreativiti 
Tajuk : Sentuhan Psikologi Menjana ‘Self Esteem’ Dalam Pembelajaran dan Pengajaran Pendidikan di 

Malaysia meletakkan kualiti guru sebagai asas penentu yang penting bagi memaksimumkan keberhasilan murid terutamanya di dalam bilik darjah selaras dengan PPPM. Menerusi penghasilan buku ini, diharapkan membantu guru-guru agar sentiasa menjadikan ilmu dalam Psikologi dan Falsafah Pendidikan dalam menangani segala arus berkaitan perkembangan murid dan melaksanakan pembelajaran dan pengajaran yang berkesan. Aspirasi murid merupakan agenda besar yang terkandung dalam PPPM 2013-2025. Aspirasi murid ini sangat bergantung kepada proses pdp terutamanya di dalam bilik darjah.Enam aspirasi menjadikan murid berpengetahuan, berkemahiran berfikir, berkemahiran memimpin, profisien, dwi Bahasa, beridentiti nasional, beretika dan kerohanian adalah fokus asas kemenjadian murid. Psikologi merupakan analisis mengenai proses mental dan struktur daya ingat untuk memahami perilaku manusia. Psikologi guru menekankan kajian terhadap tingkah laku, mental dan emosi guru. Kebelakangan ini perkara ini sering diperkatakan apabila isu-isu guru diketengahkan oleh masyarakat. Isu guru yang tidak dapat menangani pelajar, sikap guru dengan ibu bapa, tekanan yang dialami dalam kalangan guru dan mutu perkhidmatan guru di dalam pendidikan. Guru yang telah melalui proses pembelajaran dan pengajaran untuk menjadi seorang guru telah diberikan pendedahan mengenai psikologi tetapi apabila terjun ke dunia pendidikan seolah-olah mereka lupa apa yang telah dipelajari di Maktab atau di Universiti. Fokus utama apabila membicarakan tentang isu pendidikan adalah psikologi pelajar tetapi psikologi guru kurang diberi perhatian. Semua pihak mengkehendaki guru memberikan keutamaan meningkatkan prestasi pelajar dan sekolah. Lantaran itu, Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Selangor mengambil langkah proaktif untuk menghasilkan buku Sentuhan Psikologi Menjana Self Esteem dalam PdP sebagai panduan dan teras amalan guru




 Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu 
 Kategori Inovasi dan Kreativiti : Teknikal 
 Nama Ketua Kumpulan : Cik Chai Siew Lee Nombor 
 Lim Ming Wei
 Chee Wei Huan 
 Shaline A/P Vijayan 
 Shaamala A/P Nadarajah 

 Sinopsis projek / Inovasi dan kreativiti 

Tajuk : Pengaplikasian Terapi SCAD Dalam Meninjau Keperluan Manusia Berdasarkan Teori Keperluan Manusia 

Abraham Maslow Keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kanak-kanak yang berisu emosi di Malaysia boleh dikatakan berkembang pesat. Walau bagaimanapun, kanak-kanak menghadapi kesukaran meluahkan emosi melalui perkongsian dengan perkataan dan pertuturan seperti orang dewasa. Hal ini kerana mereka mengalami kekurangan penguasaan kosa kata emosi dan kemahiran pertuturan. Maka, mereka memerlukan daya tarikan sebagai dorongon dan saluran untuk mereka berkongsi isu mereka. Menurut Terapi Bermain (Anna Freud, 1965), bermain ialah sifat semula jadi kanakkanak. Bermain ialah dunia mereka manakala alat permainan ialah perkataan mereka. Gambar-gambar dan boneka yang akan diaplikasikan dalam Terapi Saya Cerita, Anda Dengar (SCAD) menjadi daya tarikan dan saluran untuk mereka meluahkan isu mereka. Isu kanak-kanak akan dikenal pasti berdasarkan Teori Keperluan Abraham Maslow (Maslow, 1943) yang menjelaskan kehendak manusia dalam lima peringkat, iaitu keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang dan keinginan untuk dimiliki, keperluan penghargaan kendiri serta keperluan penyempurnaan kendiri. Hal ini kerana kanak-kanak akan dapat teruskan perkembangan apabila keperluan tahap bawah dipuaskan. Dalam penggunaan Terapi SCAD terdapat dua peringkat, iaitu penggunaan spinning box dan permainan boneka. Pada peringkat penggunaan spinning box, kanak-kanak akan memilih gambar dalam spinning box. Pada peringkat permainan boneka, kanak-kanak akan memilih satu boneka sebagai daya tarikan perhatian kanak-kanak dan alat untuk menceritakan pengalaman kehidupannya. Melalui cerita yang disampaikan, kaunselor dapat meninjau tahap keperluan kanak-kanak lalu membimbing kanak-kanak dan ibu bapa berdasarkan keperluan kanak-kanak.




 Nama Organisasi : Sektor Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak 
Jenis Penyertaan : Individu / Berkumpulan* 
Kategori Inovasi dan Kreativiti : Bahan Cetak
 Nama Ketua Kumpulan : Haji Mostaffa Bin Haji Sidik
 Ellan Balang Lau Chui Hsiang 
 Robert Anak Juin
 Mohd Nazeri Bin Othman 

 Sinopsis projek/ Inovasi dan kreativiti 
Tajuk : “INTER KIT”

 Inter Kit mula digunakan semenjak Encik Ellan Balang Lau Chui Hsiang berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hua, Sibu sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa. Kaedah ini dikongsi bersama kaunselor organisasi Negeri Sarawak pada Bulan Mei 2016. Kaedah ini dimurnikan dan didokumentasi penggunaannya sebagai bahan inovasi di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Sarawak. Objektif Inter Kit ini merupakan satu alternatif untuk menimbulkan “celik akal” klien. Satu pendekatan untuk klien mendapat gambaran jelas dalam jalinan sosial dan interpersonal. Klien dapat mengenalpasti faktor-faktor penyebab sesuatu hubungan sesama manusia menjadi baik dan jelekit. Klien juga dapat menyenarai faktor-faktor penyebab sesuatu hubungan sesama manusia menjadi renggang. Dengan itu, klien dapat “celik akal” cara menambahbaikan hubungan sesama manusia selepas sesi. Asas pembentukan Inovasi ini ialah Pusatan Klien. Klien timbul “celik akal” setelah melalui Inter Kit. Klien bebas berkongsi pengalaman yang menyebabkan konflik / perselisihan faham dalam suatu jalinan sosial / interpersonal. Hasil Inter Kit adalah perancangan klien untuk menambahbaikkan jalinan sosial / interpersonal melalui pemikiran dan perasaannya. 







Jabatan Pendidikan Negeri Kedah 
 Kategori Inovasi dan Kreativiti : Terapi 
 Nama Peserta : 
 1 Pn. Normi Hanim bt. Abd. Majid 
 2 Tn. Hj. Mohd. Azit b. Selamat 
 3 Tn. Hj. Muhamad Noh b. Osman 
 4 En. Abdurashid b. Hussein 
5 Tn. Hj. Azizan b. Hamid 

 Sinopsis Inovasi (TAJUK : 'SAND THERAPY' DALAM KESEJAHTERAAN ORGANISASI 

'Sand Therapy' atau Terapi Pasir adalah satu proses teraputik kreatif yang membantu kaunselor dan membolehkan klien untuk meneroka dengan kreatif dalam menyampaikan kisahnya yang dialami atau meluahkan emosi yang dirasai. Terapi pasir menggunakan koordinasi fizikal, emosi dan penumpuan fikiran. Terapi Pasir memberi peluang kepada klien meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya tanpa paksaan penggunaan terapi permainan pasir membuatkan klien lebih rileks dengan pergerakan otot yang diselarikan dengan perasaan ketika melakukan permainan pasir menyebabkan klien lebih fokus dan akhirnya punca sebenar kecelaruan emosi atau ketegangan dapat dikeluarkan. Selepas menjalani terapi ini, kanak-kanak ini berjaya meningkatkan ‘kuasa’ menangani perasaan marah dalam diri mereka. Teori yang dicipta oleh Dora Kalff ini memberi ruang tersendiri untuk berekspresi dengan kotak pasir tersebut dalam suasana tenang.


Plan your work for today
And every day
Then work your plan
#hectic week




No comments: