2 November 2016

Bengkel Kerja Inisiatif Pendidikan Kerjaya Murid Peringkat KPM




Hari ini saya menghadiri Bengkel Kerja Inisiatif Pendidikan Kerjaya Murid Peringkat KPM. Perjumpaan ini telah dijalankan untuk kali kedua. Memandangkan perjumpaan pertama ketika saya sedang mengadakan pameran inovasi kaunseling di AADK Bangi peringkat kebangsaan, dan nama saya masih tidak digugurkan maka masih rezeki untuk join team ini. 

Terima kasih boss JPN saya untuk mempercayai saya membawa amanah ini untuk tugasan team KL membangunkan website Inisiatif Pendidikan Kerjaya Murid yg merupakan satu pencarian alternatif untuk murid , guru malahan ibu bapa dan org awam untuk mengetahui mengenai psikometrik yg dijalankan di sekolah. Contohnya inventori minat kerjaya dan ciri ciri minat kerjaya yg bersesuaian dengan pekerjaan tertentu. 

Pada perjumpaan pertama kami telah diagihkan dgn tugasan tertentu seperti Padali membangunkan sistem web ini bersama Wan Amin. Saya pula ditugaskan untuk mencari maklumat laluan kerjaya yang mana halatuju selepas UPSR then PT3 dan selepas SPM. Link link ke IPT juga dilengkapkan untuk memudahkan pencarian. Terdapat maklumat juga dalam kamus kerjaya untuk mengenalpasti persekitaran kerja berdasarkan bidang bidang pekerjaan tertentu. 

Laman web ini masih dalam penambahbaikan dari semasa ke semasa dan kami diberi timeframe sebelum laman web ini dirasmikan.
Selain itu kami juga bekerjasama dengan team penerbitan buku kerjaya dari negeri lain yg akan dimuatkan dalam penerbitan web kerjaya ini dalam ruang ebook. Jika projek ini berjaya dilaksanakan dengan lancar....diharapkan buku kerjaya dan laman web ini membantu guru guru kaunseling di Malaysia dalam satu laman web semua maklumat berkaitan psikometrik yg dilaksanakan dari peringkat rendah dan menengah dapat dilaksanakan dan diterokai oleh murid sendiri info info berkaitan psikometrik yg dilaksanakan. 

Semoga dimudahkan segala urusan kami hari ini.


Happy Birthday to my sis Khaty
Happy Birthday to my bff Ida
Congrats Padali..for your baby boy









 

Telegram Channel