Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

16 November 2016

Kertas Kerja Ganjaran Kelas Kehadiran Terbaik Ke Sekolah: Extreme Park

KERTAS KERJA
GANJARAN LAWATAN
ZOOM IN KELAS KEHADIRAN TERBAIK
 KE SEKOLAH


1.0       PENGENALAN
            Bulan November merupakan bulan terakhir sesi persekolahan untuk tahun semasa. Pada ketika ini banyak silibus mata pelajaran telah habis untuk tahun tersebut. Oleh kerana itu, program akhir tahun sesi persekolahan dirangka dengan pelbagai aktiviti bagi mengisi aktiviti pengajaran luar bilik darjah yang menyeronokkan. Memandangkan silibus pengajaran telah tamat untuk aktiviti di kelas, maka program pengisian luar bilik darjah yang dapat meransangkan minat murid untuk ke sekolah dirangka. Pembelajaran sebenar seperti lawatan lebih membuka mata murid dengan pengalaman yang dirasai kerana dapat melihat dan menjalankan sesi soal jawab dengan personalia tertentu di tempat tersebut. Program ini juga dijalankan kerana memberikan ganjaran untuk murid bagi kelas yang mempunyai kehadiran terbaik ke sekolah sepanjang Januari hingga Oktober 2016.

2.0       OBJEKTIF
1)         Agar murid dapat mempelajari melalui pengalaman sebenar dengan lawatan
2)         Agar murid dapat menjalankan tugasan di tempat lawatan melalui sesi temubual            dan pemerhatian di tempat sebenar.
3)         Agar murid dapat diberikan ganjaran lawatan sebagai penghargaan hadir penuh           ke sekolah dan menjadi motivasi untuk murid lain di sekolah

3.0       TARIKH
            24 November 2016
4.0       TEMPAT
            Extreme Park, Subang Jaya, Selangor

5.0       AHLI JAWATANKUASA
            Pengerusi         : Puan Kamariah Bt Abu
                                          Pengetua
            Naib Pengerusi : Puan Chong Moi Lian
                                           Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
            Setiausaha       : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
            AJK Pengangkutan: Puan Raudzah Bt A. Rahman
            AJK Modul            : En Che Mohamad Padali Bin Che Mat

6.0       TENTATIF PROGRAM
            12.30 t/hari    : Pendaftaran/ Solat  dan makan tengah hari
            1.10 t/hari      : Bertolak ke Extreme Park, Subang Jaya, Selangor
            2.00 petang   : Tiba di Extreme Park, Subang Jaya, Selangor
            5.00 petang   : Minum petang
            5.30 petang  :  Bertolak pulang ke sekolah
            6.30 petang  :  Tiba di sekolah

  
7.0       ANGGARAN PERBELANJAAN
            Sumber Kewangan
            UBK    =          RM 800

            Perbelanjaan
            Pengangkutan         = RM 400
            Makanan                   = RM 10  x 40 orang = RM 400
           
8.0       PENUTUP
            Diharapkan agar program ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang             diharapkan.

            Disediakan oleh,                                                                              Diluluskan oleh,


            (Nurhaiza Bt Che Mat)                                                              (Kamariah Bt Abu)                                                              

When we have done our best..

No comments: