Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

18 November 2016

Majlis Persaraan Pn Lee Soo Heong Dan Majlis Perpisahan Guru Berpindah


Hari ini adalah hari air mata. Mengadakan majlis persaraan untuk Pn Lee Soo Heong yang telah berkhidmat hampir 40 tahun dalam dunia pendidikan dan akan berakhir pada 23 November 2016. Memandangkan hari ini adalah hari yang sesuai kerana paper SPM tiada , maka kami mengadakan majlis persaraan ini lebih awal untuk meraikan Pn Lee dalam suasana yang meriah. 

Sebagai guru kaunseling saya ada pelbagai bidang tugas yang berkaitan dengan Pn Lee antaranya hubungan kamu sebagai guru kaunseling vs guru disiplin. Jadi kerap kali jadual disiplin mengawasi murid lewat di pintu pagar bertembung dengan jadual saya. Oleh itu kami sentiasa berinteraksi. Pn Lee terkenal dengan kelembutannya dan sentiasa tersenyum. Wow awet muda tu hingga saya berkali kali inginkan kepastian adakah dia memohon pencen awal akhir 40an atau awal 50an...rupa -rupanya sah berumur 60 tahun pada 24 November ini! Sebagai guru kaunseling juga, saya tidak pernah dengar mendengar rungutan murid tentang cara Pn Lee mengajar malahan cara beliau berinteraksi dengan orang lain. Hampir semua murid akan bercakap yang baik baik sahaja mengenai Pn Lee sesuai dengan keperibadian Pn Lee yang bercakap baik -baik juga mengenai orang lain. Saya jarang mendengar rungutannya menguruskan murid dari kelas -kelas yang dikendalikannya..  padahal boleh tahan juga murid yang diajarnya dengan perangai masing - masing, dia tetap layan. 

Mempunyai keperibadian yang baik, melayan murid sama rata tanpa mengira bangsa dan jantina. Bersifat keibuan dan beliau suka memeluk murid perempuannya tanpa mengira kaum yang melambangkan betapa selesanya murid -murid dengan Pn Lee dan ada yang menggelarnya mummy. 

Linangan air matanya tumpah juga sewaktu guru -guru menyayikan lagu untuknya. Emosi saya terusik apabila melihat orang menangis ni waaaaa....saya memang ratu air mata bab bab sentimental macam ni.

Tugas saya sebagai AJK Hadiah membelikan hadiah jam tangan design yang diminatinya dan diharapkan agar beliau suka dengan jam tangan tersebut. Ada pepatah menyatakan yang jangan berikan hadiah kepada orang Cina dalam bentuk jam ...huhuhu oleh sebab itulah saya perlukan kepastian dari mulutnya sendiri sama ada 'betulkah jam tangan yang diimpikannya dari kami AJK Kelab Guru agar memudahkan kami membeli hadiah yang disukai.

Semoga hubungan silaturrahim yang terjalin tidak terputus dan semoga menjalani kehidupan berpencen dengan bermanfaat. 

Selesai majlis persaraan Pn Lee Soo Heong. kami menjemput Puan Sakinah guru kategori duka lara kerana berpisah dengan suami dan anak anaknya untuk diraikan kerana dapat bertukar ke destinasi pangkuan keluarga 

Akhir sekali, Terima kasih boss belanja makan pot luck guru dan didoakan agar murah rezeki boss.







Terima kasih Lembaga Disiplin

Terima kasih Puan Lee Wan Yee dan Cik Tuong
Terima kasih panitia Bahasa Inggeris
Terima kasih dari pantia Moral
Terima kasih dari panitia BM
Terima kasih Sakinah dari koperasi
Sebak Puan Lee dengan nyanyian guru guru
Hai sakinah guru duka lara yang akhirnya berjaya berpindah
Persembahan guru guru khas untuk Puan Lee Wan Yee

















Majlis Perpisahan Guru Sesi Petang Yang Dapat Bertukar





Petangnya pula AJK Kelab Guru menganjurkan majlis perpisahan untuk guru sesi petang yang dapat bertukar iaitu Puan Aziana dan Puan Rozita. Semasa saya menjemput mereka untuk menyampaikan ucapan, tersenyum simpul masing masing tetapi apabila masing masing mula berbicara dan mula bergenang air mata dan mengalir , maka senyap sekejap guru -guru yang ada di situ...melayan bait bait terakhir ucapan perpisahan yang diraikan. 

Majlis memotong kek diadakan dengan semua guru sesi petang yang dilahirkan pada bulan November diraikan dengan nyanyian selamat hari lahir termasuklah puan pengetua yang baru sahaja meraikan hari jadinya pada 7 November 2016 yang lalu.

Semoga ukhwah kita akan berkekalan dan semoga lebih cemerlang di tempat baru Aziana dan Roszita :)

Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu rinduan

















No comments: