Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

13 November 2016

Pakej Bermalam Di Muzium Telekom - Jungle Tracking Bukit Nenas - Menara KL


Program Selepas Peperiksaan yang sangat berbaloi kerana pakej outreach program Muzium Telekom menawarkan hanya RM22 sahaja untuk
- makan malam dan sarapan pagi
-penginapan sleeping bag bermalam dalam muzium yang bersih
- aktiviti menarik info hunt dan taklimat sejarah muzium
- Jungle tracking ke Taman Bukit Nenas
- naik ke Menara Kuala Lumpur

berbaloi hanya terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur yang mana saya berpendapat tidak ada yang nak menjejak ke sini jika tiada trip sekolah. Maklumlah lokasi ini tidak seglamour Muzium Negara atau Zoo Negara yang mana murid -murid teruja untuk program sehari. Maka apabila program bermalam diadakan dengan aktiviti dan pakej bersama aktiviti Bukit Nenas dan Menara KL barulah ada penyertaan untuk pergi. Unit Bimbingan Kaunseling sendiri menawarkan lawatan ini kepada murid menengah rendah iaitu kepada PRS tingkatan 2 dan murid kelas 1 Imtiyaz. Dengan kos RM50 bagi menampung kos pengangkutan dan kos makan tengah hari kami menganjurkan program ini pada 11 November 2016 dengan bertolak pukul 5.20 petang dari sekolah sehingga 12 November 2016 dengan tiba di sekolah pada pukul 2.30 petang.

Program ini sangat interaktif dan menarik minat bukan sahaja murid malahan guru pengiring. Kami disambut oleh 3 orang fasilitator Muzium dan dapat mengetahui sejarah telekomunikasi dengan lebih dekat secara aktiviti taklimat sambil bercerita dan aktiviti seperti ice breaking dan aktiviti kumpulan. Tarikannya ialah aktiviti bermalam di ruang pameran Muzium itu sendiri yang menyebabkan kita akan membaca info info menarik sepanjang berada di ruang pameran. Aktiviti Info Hunt diadakan untuk mengukuhkan pemahaman dan pengetahuan murid selepas taklimat ringkas mengenai Muzium dan mereka dapat explore Muzium ini sambil mencari maklumat. Selepas tamat aktiviti Info Hunt lebih kurang pukul 10.30 malam, murid menjalankan aktiviti sukaria di tingkat atas sekali. Di tingkat atas, terdapat pelbagai jenis komputer dan games seperti Xbox yang tentu tempat paling mereka suka! Saya sendiri melayan movie Train To Busan dengan murid -murid perempuan tingkatan 1 yang ada menangis kerana terlalu menghayati filem ini tanpa memperdulikan murid tingkatan 2 yang gamat dengan nyanyian karaoke mereka. Hahaha dan murid lelaki tentulah sedang conquer games sampai kena tunggu giliran kalo tak melekap dengan game tu tanpa orang lain dapat merasa. Orait dah pukul 12.00 malam, kami diagihkan ke tingkat 2 untuk murid lelaki tidur dan murid perempuan di tingkat 1 di dalam bilik pameran Muzium Telekom. 

kami tidur di dalam sleeping bag yang memang disediakan khas untuk peserta dan kami peserta perempuan  tidur di dalam bilik pameran Muzium yang sangat sangat bersih dan sejukkkkk...Orait cikgu pun sama tau tak mengelat pun tidur tempat lain :)

Majlis penutup program di Muzium Telekom dijalankan oleh fasilitator yang in charge mereka dengan majlis penyampaian hadiah untuk kumpulan pemenang 1, 2 dan 3 dengan pelbagai cenderahati yang menarik. Diikuti doorgift untuk semua guru pengiring yang berkaitan dengan Muzium Telekom..best isi dalam beg doorgift tu. Murid seronok dengan aktiviti di Muzium telekom dan tahniah diucapkan kepada team fasilitator ini yang berjaya membuatkan murid seronok dan tidak bosan mendengar sejarah Muzium Telekom. Murid juga seronok dengan aktiviti ini. satu pendekatan outreach bagi mengenalkan orang awam dengan sejarah Telekom yang berkesan.  

Esok paginya senam robik panorama bangunan KL dan selepas sarapan pagi kami berjalan kaki ke Bukit Nenas. Aktiviti mengeluarkan peluh dengan panorama hutan hijau yang mendamaikan. Kami melalui track yang selesa dan menaiki jambatan gantung dengan terujanya. Wahhh...walau dibesarkan hampir 40 tahun sebagai anak jati KL saya belum menjejakkan kaki ke sini. Tak sangka di tengah KL ada hutan pelancongan seperti ini siap seperti Taman Herba, dan macam macam ala Bukit Cerakah pun ada..cuma kecil dari Bukit Cerakah. Kami berjalan kaki sehingga sampai ke Menara Kuala Lumpur

Di Menara Kuala Lumpur kami menaiki ke deck observation untuk melihat panorama Kuala Lumpur .Hampir sejam disini mencuba pelbagai angle panorama KL dan bergambar. Oh ye..gambar serendah RM5 sahaja ditawarkan oleh jurugambar Menara Kuala Lumpur dengan latar belakang pilihan yang kita suka saiz standard gambar yang kita cuci di kedai. 

Tengah hari kami menikmati makanan tengah hari dengan pakej yang berasingan dari RM22 tadi dan ketika ini barulah staf Muzium Telekom melepaskan kami. 


Keep doing good work
Remember
Sun rises even though million 
Of people are sleeping :)

 

















Ruang makan








Info Hunt

























Pemenang tempat ketiga info hunt
Pemenang tempat kedua info hunt
Johan Info Hunt

Barisan guru pengiring

Berjalan kaki dari Muzium Telekom ke Bukit Nenas

Taman Bukit Nanas



Taman Bukit Nanas : jungle tracking

Taklimat naik jambatan gantung

Aktiviti yang menyeronokkan







Menara KL

Dalam teater





Persembahan tarian selamat datang





No comments: