Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

1 November 2016

Program Selepas PT3 : Aktiviti Panitia

Program selepas PT3 tahun ini, saya diberikan pasangan iaitu penyelaras tingkatan 3 untuk bersama -sama menguruskan program selepas PT3 dengan jayanya. Memandangkan kami sibuk pada bulan Oktober , saya jarang berada di sekolah kerana menyertai pameran dan in house kepada sekolah lain di luar, maka penyelaras ting 3 iaitu Puan Salina sangat sangat membantu untuk run program di sekolah. Saya sudah menyiapkan kertas kerja dan mendapat kelulusan dari pengetua dan slot-slot panitia memerlukan guru panitia yang perlu disusun dan dirancang dengan baik. 


KERTAS KERJA PROGRAM SELEPAS PT3 2016

1.0          PENGENALAN

            Peperiksaan PT3 merupakan peperiksaan yang penting bagi pelajar Tingkatan 3. Keputusan peperiksaan tersebut menjadi penentu bagi kelas –kelas yang akan diduduki oleh pelajar. Oleh itu, pelajar perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang baik. Oleh kerana peperiksaan PMR dijalankan pada minggu kedua Oktober, maka pelajar perlu ke sekolah hamper sebulan lagi untuk menamatkan sesi persekolahan. Jesteru pengajaran dan pembelajaran telah habis dijalankan bagi mata pelajaran Tingkatan 3, maka pengisian yang penting perlu dirancang dengan lebih bijak agar lebih berkesan dan dapat menarik perhatian pelajar untuk masih ke sekolah. Oleh kerana itu, satu program yang dirancang khusus untuk memberikan input berguna bukan sahaja dalam bidang akademik malah mencakupi bidang psikososial, kerjaya dan lain –lain.

2.0          OBJEKTIF
1)    Agar pelajar berminat untuk masih meneruskan persekolahan sehingga tamat sesi persekolahan
2)    Agar pelajar mempunyai tugasan yang bermanfaat


3.0    TARIKH
          19 Oktober 2016 – 18 November 2016



4.0    AHLI JAWATANKUASA
          Pengerusi          : Puan Kamariah Bt Abu
          Naib Pengerusi : Puan Chong Moi Lian
          Setiausaha         : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
          Naib Setiausaha : Puan Salina Bt Mohd Isa
          AJK                        : Ketua Panitia

5.0    AKTIVITI

          19 OKTOBER 2016 ( RABU)
Masa
Aktiviti

Personalia

1 - 8

Pengurusan subjek PBS
Guru mata pelajaran mengikut jadual seperti biasa

         
          20 OKTOBER 2016 ( KHAMIS)
Masa
Aktiviti

Personalia

1 - 8

Pengurusan subjek PBS
Guru mata pelajaran mengikut jadual seperti biasa

          21  OKTOBER 2013 (JUMAAT)
Masa
Aktiviti

Personalia

Sahsiah

Slot Bacaan Yaasin dan
 Slot Moral


Panitia Moral/ Agama
  1 - 3

Pemulangan buku teks

Guru Mata Pelajaran


Rehat


4 - 7

Pengurusan subjek PBS
Guru mata pelajaran mengikut jadual seperti biasa

          24 OKTOBER 2016 (ISNIN)
Masa
Aktiviti

Personalia
1- 3
Panitia Pendidikan Seni
Lukisan Menggunakan Warna Berasaskan Minyak
En Azrin/Pn Azyanti/ Pn Mahanum

4 - 6
   Panitia Bahasa Inggeris
Puan Zizawani/ Puan Usha/ 
Pn Kavitha

         
    7 - 8

   Panitia Sivik

Tayangan Video
En Hazmer


           
              25 OKTOBER 2016 (SELASA)
Masa
Aktiviti

Personalia
1- 3
Panitia Kemahiran Hidup
Cik Wong Mun Yee

4 -6


Panitia Moral
Tayangan Video

Pn Rodiyah

7 - 8

Panitia Geografi
Pakaian Mengikut Tema Geografi Tertentu

Puan Tan Nyok Moi/ Pn Tipah

             26  OKTOBER 2016 (RABU)
Masa
Aktiviti

Personalia
1-3
Panitia Sains

Cik Aida/ Pn Salina

4- 6

Panitia Bahasa Malaysia
Aktiviti Mencari Sumber Berita Terkini dan Membaca Mengikut Gaya Pembaca Berita

En Mohd Noor/ Pn Nor Haizad/
Cik Afiqah

7 - 8

Pusat Sumber
Info Hunt

Puan Zalilah/ Pn Roszita Md Toff

           
             27  OKTOBER 2013 (KHAMIS)
Masa


Personalia

1- 3

Aktiviti Sukan Dan Permainan


En Amiruddin/ En Yahya/ Pn Nor Afzani/ Cik Hamizah/ Pn Salina

4 - 6

Panitia Matematik


Cik Zalifah/ Pn Farah Hanum/ Pn Soleha/

7 – 8


Panitia Muzik

Puan Norlaili/ Pn Umi Salbiah

          28 OKTOBER 2016 – 2 NOVEMBER 2016 : CUTI HARI DEEPAVALI

   Hi Nov..
   Countdown for 2 awards more :)
   


Aktiviti panitia seni: lukisan kaler minyak



Aktiviti panitia 
Aktiviti Panitia BI speling bee meneka dalam cara lakonan

Info Hunt




Aktiviti panitia geografi




Aktiviti pantia Bahasa Melayu




Aktiviti Zumba untuk panitia Pendidikan Jasmani

No comments: