Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

3 November 2016

Salam Mohon Restu Guru Bagi Menghadapi SPM



Majlis Salam Mohon Restu diadakan saban tahun dengan acara utama ialah
 taklimat puan pengetua

penyerahan cenderamata kepada setiap kelas melalui guru kelas dan ketua kelas iaitu barangan alat tulis utk menjawab soalan SPM.

dan acara yang paling ditunggu ialah bersalaman antara murid dan guru yg mana murid akan meminta maaf dan meminta agar menghalalkan ilmu yg diajar terutama kepada guru guru yg pernah mengajar mereka. Acara ini mmg agak emosional sedikit terutama apabila berhadapan dgn murid murid yg signifikan yg mempunyai hubungan murid guru yg mesra atau pun yg berpatah arang sama ada yg  guru kelas, guru mata pelajaran, sama ada guru itu guru yg paling garang , guru yg paling kuat berleter ke di sekolah atau apa sahajalah yg dilabel oleh murid sememangnya majlis mohon restu adalah majlis murid memohon maaf dan guru sudi memaafkan agar keberkatan memperolehi ilmu dari guru.


Bagi guru kaunseling, apabila berhadapan dengan murid PRS yang sentiasa membantu UBK baik lelaki atau perempuan walaupun sambil berseloroh dan bergurau senda ketika mohon restu wahhh...saya menahan diri dari terusik emosi maklumlah dari mereka tingkatan 1 hingga tingkatan 5 keluar masuk bilik kaunseling dan membantu bila bila masa diperlukan sudah tentulah cikgu sayangggg korang semua. Jangan kahwin lepas SPM mesti sambung belajar tau hahahaaha :)

bagi klien -klien sesi kaunseling saya yang mana saya tahu latarbelakang masalah mereka dan dakapan erat untuk mereka selepas bersalaman mengharapkan agar mereka fokus dengan peperiksaan SPM walaubagaimana hebat cabaran dan getir kehidupan mereka ketika ini...sambil berbisik cikgu tau kamu boleh buat! 

5 tahun bersekolah dan semestinya waktu ini adalah waktu yg paling berat kerana minggu hadapan lebih fokus dgn SPM dan akhir sekali bye bye alam sekolah menengah. 

Semoga anak anak SPM saya dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang dan mudah. 



Congrats Pn Maznah 
New born on 2 Nov
Kelas 5 Alpha
Kelas 5 Beta
Kelas 5 Al Farabi
Kelas 5 Al Khawarizmi
Kelas 5 Al Biruni
Kelas 5 Al Khindi
Kelas 5 Ar Razi
Kelas 5 Ibnu Sina
Kelas 5 Ibnu Khaldun
Kelas 5 Ibnu Rusyd
Thanks Zizawani sebagai juruacara
Sesi mohon restu
Cikgu Farah...sila tahan air mata :)
Wahhhh....janganlah nangis
Add caption






















No comments: