13 December 2016

Trip to Cairo; Restoren Melayu MP Bistro - Masjid Imam Shafiee - Pasar Attabah - Harley Davidson Mesir - Restoren Nur Malaysia -.




Hari ketiga belas di Mesir :)


Hari ketiga belas di Mesir. Kami bercadang merasa makanan Melayu di Mesir. Destinasi pertama di MP Bistro di alamat awwal sabiek , madinah nasr , cairo ..
Makan nasi lemak ayam penyet dan laksa huhuhu rasanya memanglah tak seperti di Malaysia kerana kurang bahan untuk membuatnya . Rasa tidak seperti masakan tempatan Malaysia tapi yg pastinya habis juga. 



Destinasi berikutnya ialah ke
Masjid Imam al-Syafi'i terletak bersebelahan dengan makam Imam As Syafie atau namanya Muhammad bin Idris As Syafie adalah ahli fiqh Islam yang terkemuka.Beliau adalah pengasas mazhab Syafie yang menjadi ikutan penganut-penganut Islam di seluruh Asia Tenggara,sesetengah kawasan di India,sebahagian Mesir,Kurdistan,sebahagian Yaman,Daghestan di selatan Russia dan lain-lain lagi.Beliau dilahirkan di Gaza,Palestin pada tahun 767Masihi/150Hijri dan meninggal dunia pada tahun 820Masihi/204Hijri.Berketurunan Quraisy sama seperti Rasullulah dan banyak merantau mencari ilmu dan menyampaikan ilmu kepada masyarakat Islam. Bangunan makamnya dipagari dengan pagar kayu berukir hadiah kaum muslimin India. Imam Shafei masjid di Kairo merupakan masjid terbesar yang dibangun oleh Sultan Shalahuddn al-Ayyubi pada tahun 1211 M.




Jom pergi ke pasar Attabah pula..pasar ala ala Petaling Street Malaysia. Macam macam dijual di jalan raya. Pandai pandailah menawar harga. Berbeza dgn pasar Khalili yg lebih mudah untuk tawar menawar berbanding di sini. Difahamkan barang barang disini sudah pun murah harganya krn harga borong. Berbanding dengan Khalili saya lebih suka krn brg beridentitikan Mesir, fridge magnet dan.barang cenderamata berbanding Attabah semata mata shopping dgn baju kasut jaket yg mmg murah. 


Pukul 4 petang kami menuju ke Harley Davidson Mesir. Memandangkan ada ahli rombongan kami merupakan ahli kelab motor Harley Davidson maka layanlah kami ke sana pula. 



Keluar dari sini dah pukul 5.30 petang dah gelap sangat jom cari makanan Melayu lagi untuk makan malam. 

Jom ke Nur Malaysia restoren Malaysia yg terkenal di Cairo. Saya menempah nasi goreng paprik dgn harga 16 LE , Ida menempah mee goreng mamak huhu. Kak yan minta tomyam ..perghhh sedapnya makanan hari ni. 








Pukul 9.30 malam kami tiba di homestay kami dgn van yg disewa khas dari pagi. Tetiba  Pukul 10.00 malam kami keluar balik merasa menaiki tut tut Mesir huhuhu bayangkan 6 orang naik satu tut tut huhuhu adeh sakit perutku ketawa sepanjang jalan. Driver tut tut tak mahu buat dua trip untuk angkut separuh separuh maka diangkutnya semua kami naik tut tut tu. Bayar 2 LE je seorang ke kedai buah berhampiran untuk ole ole kami bawa balik ke Malaysia. Mujurlah dari kedai buah ke homestay..ada banyak tut tut bolehlah kami naik dua tut tut. Bayangkan dgn buah yg byk masing masing borong dgn naik 1 tut tut..adeh.









Ni kedai sebelah dgn kedai buah ada kedai menjual pelbagai jenis kacang. Owner kedai dgn baik hatinya menunjukkan mesin pemprosesan kacang di belakang kedai..

Pukul 11.00 malam tiba di homestay dan stay up untuk packing barang balik ke KL. 



Good night KL
Good night Cairo


 

Telegram Channel