15 December 2016

Doha to KLIA : Throwback

Hari ke 15 masih di perantauan. Tiba di airport Doha dgn Qatar Airways QR 848 pukul 11.00 malam. Kami transit di sini hingga pukul 3.00 pagi 15 Dis untuk flight QR 1302 ke KLIA. Orait ada 4 jam untuk kami duduk diam diam dan tidur di bilik rehat. Naik flight untuk 7 jam lagi waaa jom throwback sepanjang 14 hari di Mesir.
Profil picture saya untuk facebook yg akan datang :)
Antara perkara yg mencuit hati kami di hotel Pyramid Plaza. Hotel ni ada lif tradisional yg mana kita kena buka pintu lif yg diperbuat dari papan. Sblm tu kena tekan lampu lif dulu bila lif dah sampai betul betul depan pintu lif tu barulah kita buka pintu tu mcm kita buka pintu rumah dan masuk ke dalam lif. Bila lif berjalan nampak batu bata pada dindingnya..menarik kan..lif kesukaan Ida hinggakan dia akan memilih lif ni setiap kali naik dan turun walaupun kedudukan lif ni bukan pada lif yg utama.

Hotel ni antara hotel yg paling lama kami menginap dan kedudukan piramid yg nampak dari bilik hotel kami. Tapi bila nak buat photoshoot hari terakhir menginap, jerebu ke kabus yg menghalang maka spoil sikit pic ni nampak kelam.kelam piramid nun di sana..
Di Mesir kaya dgn jus buah buahan yg segar. Dgn harga 6 LE segelas maka anda mendapat pure jus. Favourite saya ialah jus mangga. Setiap kali ke kedai jus, maka saya akan memilih jus mangga. Tidak cukup dgn itu bila ke kedai pun saya akan membeli air kotak jus buah mangga yg rasanya mmg fresh buah.
Oleh kerana kami travel jauh jauh juga antara.destinasi yg ingin kami pergi maka bekalan snack biskut dan roti wajib dibawa dalam beg. Kat bawah ni antara biskut yg jadi peneman setia kami memandangkan jadual makan sejak jejak kaki ke Mesir haru biru :)


Antara tempat yg paling tidak akan saya lupakan pengalaman mendaki Bukit Thursina...dan antara entri blog saya yg asyik saya ulang baca kerana keperitan jugak nak sampai di puncak dan hampir give up sebab sakit dan angin sampai termuntah muntah sepanjang pendakian  dan bila turun baru boleh enjoy the view. 




Antara jem dan cheese yg saya suka makan begitu saja...rangkaian roti yg mcm mcm jenis ni hanya croissant je yg mampu dimakan hingga menjilat jari :) 
Bila cakap pasal makanan..nasi Arab di restoren ni terbaik..sampai skrg kalo teringat nasi ni mmg saya kecur air liur . Nasi mandy..nasi Arab..kambing. Sos dia pun sedap..bubur dia pun sedap..semua sedap huhu

Gambar di Fayyum...dimana kami dapat masuk ke dalam kawasan rumah yg mempunyai kebun tp saya tak sure kebun apa. Dan disini tempat tinggal org yg menjaga kebun ni yg sgt ringkas. Saya dpt melihat bagaimana daif kehidupan mereka di sini.


Dan tentunya yg menjadi penarik untuk saya ke Mesir ialah melawat piramid yg menjadi ikon keajaiban dunia. Terasa bermimpi jap bila masuk dlm piramid antara tempat yg menjadi idaman untuk dijejak.



Bawah ni tasik Qarun yg terkenal dgn kisah Qarun. Bau kawasan ini mmg busuk dan airnya pun tak cantik di belakang tu. Tak sure apa yg berlaku hingga jadi rupa macam tu

Peninggalan kuil yg dibina selepas harta Qarun tenggelam.

Apa yg menarik di bawah ini ialah  di kubu Sultan Salahuddin. Kami dtg dgn timing rombongan sekolah. Budak budak ini bergambar dgn kami dari mula kami jejak masuk hinggalah nak keluar dari sini bertukar tukar murid sekolah yg bergambar bersama kami. Adeh terasa artis sekejap..hihi

Rasanya semua org tau ni apa..tinggi shisha ni sikit lagi sama padan dgn ida


Antara haiwan yg sempat jugalah saya merasa naik ialah keldai ni..tergelak gelak budak Arab ni tgk saya susah nak imbang badan naik keldai ni. Kejap je naik tak sampai 5 minit kot huhuhu. Last sekali posing jela dgn keldai ni. Jom layan naik kuda. Kat saffari Hurghada.

Trip yg sangat infomatif. Seakan buku cerita kisah Nabi yg dibaca menjadi realiti di depan mata. Semoga dapat menjadi ikhtibar buat yg hidup.


Well Malaysia I'm coming 
Home sweet home
 

Telegram Channel