Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

6 December 2016

Free and Easy: From Hurghada to Cairo, Mesir



Ni cerita malan tadi memandangkan Malam masih muda huhu so ada yg  jalan jalan tengok bandar Cairo yg happening. Kebanyakan kedai menutup operasi pada pukul 4.00 pagi hari ini. 
Cuba try minum kopi jalanan..org lain la.bukan saya krn saya tidak minum kopi. Feedback yg dah minum kata best..tu ada harga kat kedainya yg comel di tepi jalan. 

Pening pening lalat hari ini memandangkan malam tadi ada event perkahwinan di adakan di tepi kolam renang hotel ini. Landskap hotel ini yg bertingkat tingkat ala auditorium memudahkan pengunjung hotel untuk melihat acara perkahwinan ini dari pintu bilik hotel sahaja terutama rombongan saya krn ditempatkan di bilik bilik hotel yg pintunya mengadap kolam renang. Maka 4 jam dari pukul 8 malam semalam hingga pukul 12 tgh malam saya dapat merasakan saya juga hadir dalam majlis perkahwinan itu kerana muzik ala ala konsert dari DJ yg bertugas dan pengacara majlis yg bertugas menggunakan PA System yg sangat bagus hinggakan walaupun fizikal saya di atas katil dan nak terlelap tetapi suara hadirin, muzik dan pengacara majlis sebiji biji seperti berada betul betul di hadapan saya huhuhuhu. Pengantin di Mesir ni memang ada acara tari menari semasa perkahwinan walaupun tari menari sekejap sahaja.


Orait dah Pukul 7.30 pagi jom breakfast dulu...adeh semua jenis roti roti dan aneka butter. Huhuhu rindu nasi lemak atau mee mihun goreng. 





Dah kenyang ada masa lagi, jom pergi private beach untuk menikmati laut yg cantik dan biru yg jernih. 





Pukul 9.00 pagi checkout untuk menuju ke Cairo. Saya mental saya untuk stay positif bagi menempuh jarak perjalanan yg membosankan selama 6 jam. Mujur juga bergerak siang maka mata boleh melihat sekitar jalan dari Hurghada yg kiri kanannya padang pasir saujana mata memandang dgn paip paip pjg dan tong tong minyak..jalan yg kering kontang berdebu hingga masuk ke Cairo dengan hiruk pikuk kota dengan jalan yg jem. 

Baru 2 jam perjalanan kami telah singgah ke Oasis Restaurant. Objektif utama mengisi minyak dan ke toilet tetapi bau hati lembu yg dibakar menggamit kami untuk duduk terus dalam restoren dan menempah set makanan iaitu daging masak merah, hati bakar, nasi dan acar sayur yg mmg merupakan set menu ini. Waahhhh mmg sedap sekali :) 


Tengah sedap makan, yg menjaga kaunter cashier tetiba bangun dan azan yg menunjukkan waktu Zohor dah masuk wahhh live azan dari staf restauran sendiri. 

Orait perjalanan diteruskan untuk dua jam lagi dan kami singgah di stesen minyak untuk berehat dan beli jajan huhu. Jus dlm air kotak mmg sgt pure seperti air buah yg manis sgt. Orait nanti borong lagi air kotak ni ada perasa delima , kurma dll. Jajan pun ada roti perisa kurma :)

Jom teruskan perjalanan melihat panorama Cairo. Kami menuju ke Giza tempat hotel kami ditempatkan yg berhampiran dgn piramid di giza. Melihat panorama matahari yg ingin terbenam walaupun waktu tempatan pada pukul 4.30 petang baru. Pattern rumah disini berwarna pastel atau coklat kerana debu yg tebal. Dan rumah rumah di Cairo ni pun ada yg mcm siap dan ada yg mcm tak siap tapi ada je org yg kami nampak di tingkap. Sewaktu sedang melangut langut melihat suasana rumah pangsa di situ, kami ternampak seorg lelaki sedamg mengibar gibarkan kain. Apa yg dia buat? 



Binaan dibawah ini yg menarik perhatian kami apabila org mengibarkan bendera di tempat tempat ini..dan sekawan burung akan datang untuk masuk ke dalam binaan ini. Menarik bukan? Saya baru perasan di Mesir tiada langsung pokok pokok untuk burung bertenggek atau singgah. Maknanya burung ini terbang ke sana sini dan singgah di mana..huhu maka logik juga jika ada binaan ini umpama burung masuk ke sarang dan seolah olah dipanggil balik oleh tuannya. So jika anda ke Mesir terutama di Cairo cuba spot binaan tersebut.

Persinggahan pertama sebelum masuk ke hotel ialah kedai menjual minyak wangi..iaitu minyak pati wangi tanpa campuran alkohol. Siap buat demo lagi dgn mencucuh api pada minyak wangi tersebut. Dgn harga segram bersamaan 2.5 LE maka pilih botol dgn isipadu mana yg anda suka untuk membuat pembayaran. Cleopatra...mari rembat 100g :)



Okey persinggahan kedua di kedai menjual barang cenderamata dan pakaian. Tp 5 minit je di sini kami berpusing pusing terus decide tinggalkan tempat ni sbb harga dalam dollar. Mahal tuuuw . 

Okey sampai hotel dah pukul 7.00 malam kami menikmati mkn nasi Arab dan ayam bakar bersama salatah. Sedapnya...huhu asalkan ada nasi ok je. So bagi yg nak travel ke Mesir silalah bawa sos cili atau cili dari Malaysia sbb mkn disini mmg tak pedas langsung. Kalo dah bawa tu bolehla buat cicah dgn ayam ni huhuhu.. 

Sekian untuk ceita hari ke 6 di Mesir. Jumpa esok ye;)





Thanks mak abah
 For love and caring

No comments: