14 December 2016

From Cairo - Doha




Hari ke 14 di Mesir. Checkout pukul 1.45 petang dan kami sempat lagi ke Pasar Khalili pada pukul 8.00 pagi. Wah dah jem tiba pukul 9.30 pagi hampir satu jam 30 minit. Banyak kedai tak dibuka lagi maybe buka pukul 10.00 pagi. Kami shopping brg brg cenderamata lagi dan rushing pkl 10.30 pagi balik ke homestay. 

Terima kasih kpd travel agen kami yg mencari nasi ayam untuk kamu. Rasa macam ayam madu ayamas pun ada. Dibeli di restoren Asean berdekatan rumah sewa student Asean. Dan susu kurma yg sangat sedap rasa macam cendol..oleh kerana saya bukan peminat kurma dan tidak dapat menghabiskan kurma walau sebiji maka apabila saya dapat menelan susu kurma ini rasa seronok pulak. 



Tiba di airport pukul 2.30 dan sementara menunggu pukul 4.00 petang untuk kaunter bagasi kami duduk di airport melayan whatsapp dan prepaid Orange Mesir untuk dihabiskan hahaha. Pukul 7.00 malam flight kami transit ke Doha dgn Qatar Airways. Tiba pukul 10.00 malam di Doha krn flight 3 jam. Tapi krn beza masa sejam di Doha sudah pukul 11.00 mlm. Flight pukul 3 pagi dari Doha ke KL menunjukkan 4 jam ada lagi masa nak tidur. Airport Doha sangat mesra stafnya dan kemudahan untuk orang orang yg ingin transit disediakan dgn selesa. So jom sambung tidur..

Mesir negara yg kaya dgn sejarah terutama Cairo yg menempatkan piramid yg terkenal. Keadaan bandar ini agak kotor dan tempat pembuangan sampah sarap mmg merata rata kelihatan di jalan raya. Satu tips untuk anda yg ingin bercuti di Mesir,,sentiasa make sure ada tisu sama ada wet tisu atau tisu toilet. Dan lagi baik jika ada sebotol air mineral dibawa kemana kemana terutama ke toilet. Kemudahan tandas awam kurang memuaskan. Jika tidak bernasib baik, air pun takda sbb tandas rosak. 

Disini walaupun negara majoriti Islam tetapi budaya mereka yg sembahyang tidak mengira tempat tidak seperti kita yg akan mencari surau juga. Surau public di Mesir adakalanya tiada pembahagian untuk jantina tidak seperti  di masjid masjid memang wajib ada seksyen utk perempuan. Ada juga tempat tempat yg kami berhenti mmg tiada surau maka sembahyanglah di tempat yg terbuka. 

Satu lagi fenomena peminta sedekah merata rata. Pada hari hari terawal, apabila memasuki masjid atau makam kita perlu meletakkan kasut di dalam umpama pigeon hole tu pd penjaga kasut. Disitu apabila mengambil kasut, dimintanya duit. Bila nak masuk tandas ada juga yg minta duit. Tu belum lagi duduk kat masjid tetiba ada yg dtg minta duit. Keluar kat tpt parking pun ada yg minta duit. Pada mulanya saya confuse yg meminta duit ni untuk kegunaan masjid ke sebab tiada   peti duit untuk sumbangan ke masjid atau surau seperti negara kita mungkin bagi pada yg meminta...rupa rupanya yg meminta itu mmg peminta sedekah. Jika anda bermurah hati sediakan duit kecil dgn byknya kerana duit kecil sgt diperlukan. Tapi anda perlu berhati hati juga jika bagi pada seseorang di tempat public...makin ramai yg dtg mengerumuni anda. 

Jika anda berurusniaga di kedai runcit pula, mereka jarang ada baki. Maka anda perlu pastikan anda bagi mencukupi, jika tidak sama ada anda redha tidak dapat baki atau anda tetiba diberikan brg lain yg anda tidak perlu   untuk cukupkan baki duit anda huhuhu adeh byk kali kena maka kami selalu combine brg dgn duit yg agak agak tiada baki utk beli barang di kedai kecil. Ada juga penjual yg minta anda cari duit kecil sendiri dan sanggup tidak mengendahkan anda. Dan dalam kes yg keterlaluan ada yg naikkan harga brg agar tidak perlu membayar baki kepada anda dan anda tidak perasan hinggalah kawan anda membeli brg yg sama dgn harga yg lebih murah krn mempunyai wang yg cukup tanpa baki.  Mujur ada ahli rombongan yg fasih cakap Arab dan tinggal di Mesir, takdalah nak kena kelentong ttg harga brg dan adakalanya membantu mendapatkan baki duit semula. Ini kerana kebanyakan peniaga runcit tidak pandai bahasa lain selain Arab jadi kami menggunakan bahasa isyarat atau kalkulator untuk angka yg perlu dibayar. 


Terima kasih Mesir atas pengalaman dan pengajarannya. 


Kuala Lumpur.... i miss you









Layan mkn Arab dalam flight..tapi perut dan lidah kata no no.no takleh terima dah nasi Arab hihihi



Antara biskut yg sedap rasanya. 










 

Telegram Channel